Ini kali kedua aku ke Vietnam. Sebelum nie aku pergi secara koboi. Sehelai sepinggang. (sini dan sini) Kali nie pun lebih kurang jer. Aku pergi dengan beg kosong. koh koh koh.
Aku ingatkan kacang dengan ikan bilis tue sebagai snek ganti kacang masin yang dulu.
Dah habis Nasi Lemak baru aku tau...ape punya tur, Nasi Lemak kan ada Kacang dengan Ikan Bilis.. patutlah aku rasa Nasi Lemak aku tak cukup korum..koh koh koh.
Aku tiba di sana lebih kurang pukul 1050hrs waktu tempatan. Vietnam lambat sejam dari Malaysia. Keluar dari Arrival Hall, tu dia, dah macam stadium bola dia punya ramai manusia yang menunggu. Ramai gak drebar yang offer service. Tapi semuanya nak USD30.
Dari Airport ke area ben Thanh cuma USD10 saje satu kereta ok. Kalau lebih tue, memang kena sembelih laa tue. Bro K kabo, bulan lepas dia datang dengan family 15 orang pun satu kereta paling mahal dia ambik USD20.
Masa nak topap simcard no Vietnam, sempat aa borak borak dengan tokeyh kedai.
Dia pesan suruh berhati hati.
Ahhh.. teringat trip yang lepas, aku hilang handphone Nokia E71 kat pasar malam Ben Thanh. Sadiss...tapi rasanya masa tue hilang sebab aku cuai tak masukkan handphone dalam pouch bag dengan betul...
koh koh koh...
Bro K nasihatkan aku supaya kurangkan pegang handphone. Kaki handphone macam aku mana boleh tak pegang handphone lama lama. Nasib baik aku ada bawak sling bag kecik.
Dengan cara nie, aku rasa secure laa sikit. Tiap masa aku kepit guna tangan. Don't want banana fruits two times.
Kitorang dapat gak teksi USD10. Kalau korang keluar dari arrival hall, korang belok kiri ke tempat teksi banyak berhenti. Di situ ada ejen teksi 10 Dollar.
Dari airport ke area Ben Thanh lebih kurang 15 minit. Trafik diorang takde laa teruk mana. banyak motor dari kereta. Kitorang takde book book hotel. Pakai walk in jer. Aku dan Bro K survey harga hotel. Hotel yang first kitorang survey agak mahal USD38 semalam. Dapat satu hotel harga USD32. Hotel Blessing nama dia. Pelik, kat luar nama lain Gia Huy ke apa nama entah., kat check in counter nama lain.
Selesa dan simple dan wayyyyyy better dari hotel BP International kat Hong Kong dulu yang konon 5 Star tapi sempit giler. Ada gak ruang nak bentang sejadah. Kat BP International nak berdiri pon susah der.. Hunsff ~
Lepas check in aku ingat nak lelap barang sejam dua. Belom sempat aku nak tanggal seluar... er.. maksud aku tukar seluar jeans, Bro K dah ajak pergi shopping. Dengan hati yang berat aku meninggalkan katil yang empuk dan kedinginan air kondisi untuk berpoloh terik matahari Vietnam. Dia punya perasaan tue seperti baru clash dengan makwe. hunsff
Hotel kitorang check in memang dekat dengan Ben Thanh Market. Lebih kurang 150 meter jer. Jalan kaki pon boleh, eh kalau merangkak pon sampai der... Kitorang ke kedai jual barang sukan dulu yang kena-menapak-sampai-cair-lemak jauh dia dari hotel. Kerana teringat pesan Bro K supaya handphone aku low profile, aku langsung lupa nak ambik gambo kedai dan area tue.. huhuhu.. amoi kedai sukan tue pakai skirt pendek gilos... berapa kali aku betulkan kopiah.
Lepas tue baru kitorang ke Ben Thanh market.
Pasar Ben Thanh yang femes emes. Dan seksi.. dan err..seksa..
Aku pernah cerita dulu macam mana suasana di dalam kompleks nie. Tak banyak berubah. Apa yang berubah ialah ada peniaga depa makin fasih berbahasa Melayu dan diorang terima Ringgit Malaysia. Power kan kan kan. Dah macam shopping kat Nilai 3.
Dan juga pusing kiri pusing kanan... muka orang Malaysia jer ramai. Kaya kaya gak orang Malaysia rupanya.. koh koh koh. Dulu aku pergi Beijing pon muka orang Malaysia gak ramai.
Laici laici everywhere. kalau pagi susah nak dapat sekilo USD1. Cer try petang atau malam. Mesti boleh punyer... koh koh koh.. Tapi.. tangkai dia pon dah berat dekat sekilo..(T___T)
Peniaga jalanan yang aktif. Ada yang tangan kanan kelek baby, tangan kiri pegang kotak barang. Memang power!
Marketing diorang pakai ialah, dari customer cari barang lebih baik barang cari customer.
Haa gitu gaya dia...
Lima minit kemudian...
kali ke entah berapa kali ....
... bapak gajah dia mengannoyingkan.
Lapan kali dia lalu depan aku, lapan kali dia offer barang kat aku.
.. yang datang sorang aku ok lagi. Yang kelek baby tue yang aku lemah sikit..
Kalau rajin, aku sambung...
huhuhu... ~
_____________























































