24 March, 2009

Dah Tengok cerita Geng - Pengembaraan Bermula? Salah satu produk Malaysia yang aku bangga sekali. Pertama, filem animasi 3d pertama di Malaysia, 100% anak tempatan dan lagi mereka mencipta perisian sendiri untuk filem ini. Filem geng melahirkan Upin dan Ipin. ( aku ingat siri animasi Upin dan Ipin mencetuskan Geng...)

Jangan bandingkan animasi Geng dengan Shrek ataupun
produk Disney mahupun Pixar. Memang tak sama, tapi Geng takde lah kaku macam animasi 3d buatan Malaysia yang lain. Malahan ekpresi muka wataknya amat menarik dan tersendiri. So produk kita, wajah kita.

Aku sukakan suasana perkampungan yang di gambarkan dan lagi watak watak sampingan yang berbilang bangsa sesuai dengan suasana Malaysia yang sememangnya begitu. Les Copaque berjaya mencipta produk asli Malaysia dalam 3D.


Aku masih lagi nampak, geng masih di pawagam walaupun telah sebulan ia di tayangkan. Bangga seh. Aku pun telah menonton filem ini sebanyak 2 kali dan masih mampu tergelak ketika menonton.

Tahniah kepada Les Copaque kerana berjaya mencipta karya yang bermutu dan boleh di puji. Di harapkan filem ini mampu mencetuskan produksi dalam cara yang sama dan semoga industri animasi di Malaysia berkembang lagi. Teruskan berkarya.

0 Ngomelan:

Post a Comment

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD