Makan di kedai bukanlah rutin harian aku. Kadang kadang aku masak sendiri. Dan selalunya aku tak cerewet makan makan nie. Yang menjadi cerewet aku kalau makan di kedai ialah layanan.
Ada beberapa cara layanan yang aku perhatikan bagi peniaga makanan di Malaysia nie. Antaranya :
Layanan Professional - sebaik sahaja duduk, dah bersiap sedia dengan kertas untuk mengambil pesanan. Walaupun pesanan di ambil, apabila mereka melihat meja kita kosong, mereka akan bertanya lagi untuk memastikan pesanan telah di ambil.
Layanan Biasa - sebaik kita duduk, kena angkat tangan memanggil pelayan untuk mengambil pesanan.
Pelayan Kurang Layan - Dah duduk, tunggu untuk pesanan di ambil agak lama. Dah tue pesanan dah di ambil tapi tahap kebulur kita menunggu makanan untuk sampai. Air pun tak sampai-sampai. Pakej hantar sekali ke ape!
Pelayan Tak Layan - dah berjanggut kita duduk, sorang pun tak datang ambil order. Nak panggil sorang pun tak pandang. (aku nie pemalu orangnya..lagipun aku kena laa kontrol macho dan kekacakkan aku..) Aku dah kena banyak kali, selalunya aku pegi kat kaunter bayaran dan cakap " Takpelah, saya datang sini memang nak makan angin! Berapa ringgit? " masa tue barulah terkebil kebil dan sibuk memanggil pekerja dan kononnya marah kenapa tak ambil pesanan.
Pelayan Terlebih Layan - Yang nie jarang tetapi pernah ada, jenis nie aku tak berapa nak berkenan. Kita nak makan dia bantainya layan berborak. Hal politik lak tue...hampeh..
0 Ngomelan:
Post a Comment
Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD