15 August, 2009

Wayang lagi...


Khamis lepas, aku sengaja ambik cuti untuk merehatkan kepala yang berserabut dengan keje di Opis.. dan apa lagi aku nak buat kalau tak menonton.

Aku dah baca review filem District 9 dan trailer dier pon nampak macam best. So, pagi tue aku dah rejek idea untuk ke Shah Alam membeli peralatan lukisan aku dan menuju ke Alamanda. Menonton filem District 9.

Nasib baik aku tak makan dulu semasa menonton filem tersebut. Kalau korang pernah tonton filem Cloverfield, rakaman ala ala kamera tangan betul betul membuatkan aku nak keluar jer dari panggung waktu tue. Tapi, oleh kerana di bahagian tengah citer tue dah mula saspen..aku lupakan dan menanggung pening pening lalat untuk mengetahui kisah selanjutnya.

So, aku rasa filem nie bagus. Special effect dier pon best, terutama semasa robot alien tersebut berperang. Dan senjata alien2 tersebut yang betul betul ganas..huhuhuhu..

Selepas menonton filem tersebut, aku kluar dari panggung terhuyung hayang. Masa dalam panggung lagi aku dah mual nak muntah. Awek yang duduk sebelah aku pulak rilek jerk tengok sambil makan hot dog.. hahahhaha...

Lepas tu, aku sambnung plak menonton filem Aliens in the Attic. Cerita nie untuk family boleh lah. Tapi aku layan jerk laa...tak best mane pon..

Hermm.. so, aku habiskan hari cuti aku menonton filem. Aku tak tau laa samada ada aku nak beli atau tidak DVD filem nie kalau keluar. Mungkin aku kena habiskan masa main FPS game, sebelom aku boleh menonton mana mana filem dengan stail sinematografi macam nie.. huhuhuhuhu...:P

0 Ngomelan:

Post a Comment

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD