20 November, 2009

Hari ini...

Jam berbunyi..

Bila aku pandang jam pada henpon..dengan sepantas kilat aku bangun dan tak sedar bila masa aku dah gosok gigi di bilik air..aku dah lambat. Subuh semuanya aku langgar...gara gara lupa nak setkan alarm.

Dalam masa menggosok gigi itulah aku memanaskan seterika dan kembali ke bilik air untuk mandi. Mandi ala carte kadar dan terus ke bilik semula menggosok baju dan seluar.. haishh..kalaulah malam tadi aku gosok baju siap siap...

Dengan kepantasan di luar kemampuan manusia normal..(..aku memang kurang sikit..) aku dah siap semuanya, berbaju dan bertali leher, berstokin dan berkasut, terus capai beg dan kunci kereta.

Sampai di kereta, aku sumbatkan kunci kereta pada ignitor dan pulas. Takde kesan..kunci tersekat. Berpoloh ketiak aku nak pulas. Masih lagi gagal. Dalam kemarahan aku hantar SMS kepada Encik Din..

En. din, lambat sikit. Kunci kereta jem! Nak anto repair.

Aku cuba lagi untuk memutar kunci. Masih lagi gagal. Aku cabut kunci. Ada kedai servis kereta bukak awal pagi nie. Tapi aku terpaksa menapak jauh.

Aku cek dompet. Ade sekeping jer not biru. Gila sengkek. Aku call pomen biasa aku..

"Panjang..anto budak kat tempat aku. Keta aku takleh start. Kunci jem!"
"Ok ok!"

Setengah jam kemudian, budak suruhannya sampai cuma berbekalkan WD40 dan kertas. Aik? Dengan dua tiga kali spray, dier jolok kunci dan putar. Mengehek kereta aku hidup enjinnya. Badigol!

Aku terus ke kedai panjang untuk settlekan apa yang patut. Kopak pagi tue bayo servis caj budak suruhannya. Kalau aku tau, aku sembur jer WD40..selamat duit aku.

Dengan poket kontang, aku singgah ke bank. Aku jolok kad ATM dan masukkan no pin.

"******"
NOMBOR PIN ANDA TIDAK SAH. SILA MASUKKAN SEKALI LAGI
"******"
NOMBOR PIN ANDA TIDAK SAH. SILA MASUKKAN SEKALI LAGI

Err..betullah..ape plak tak sahnye...

"******"
KAD ANDA DITAHAN

Argghhhh....! Bila kad keluar dari slot, aku tepuk dahi. Aku jolok kad CIMB pada ATM Bank Islam dan menekan nombor PIN Kad Maybank. Mana tak ATM tue sawan!

Aku SMS balik kepada Encik Din.

"Saya ambik EL hari nie. Repair kereta"

Aku balik rumah, lepak atas katil dan terus sambung tidur sampai tengahari..giler punye tensen.

9 comments:

  1. hahha sometime ada hari yg betul kite jdi mcm agak tak betull...so byk2 sabar dehh...tak smeua hari2 yg kite lalui tu is a lucky day hehe

    ReplyDelete
  2. hahaahhaah ko lupa niat mandi tolak bala la tue..hahahaha..sabar2 dugaan tuk ko yang tengah berdiet.. :)

    ReplyDelete
  3. Pinky lucia : sob sob...sob sob..

    applemintlady : sedang bersabar..

    Cikgu Farha : iyup...semua tue Cobaaannnnn..

    Purplelicious : banyak laa hang mandi tolak bala. Itu dugaan untuk aku yang hensem nie...(..nak cari singki..jalan terus..belok kanan..)

    ReplyDelete
  4. lu kelam kabut la bai... pasal tu la!!!

    ReplyDelete
  5. cIK AiDa : hari bengong ku...uhuks..

    ReplyDelete
  6. mak aih... ni mesti ader wat dosa apa2 ni.. tu terus dapat balasan bala bencana...hehehhe

    ReplyDelete
  7. Zul : memang pun ahahaha.. tak bangun solat Subuh.. terima jer laaa...

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD