19 November, 2009

Sadis di pagi hari..

Pagi tadi sebelum ke opis, aku singgah kejap di kedai mamak kuih donut Tayar Kereta untuk membeli tosai. Tosai kedai mamak tue sangat sedap dan lembut ibarat selendang sutera buatan Korea.

Perghh..asyik. Boleh lupa diet setiap kali aku menikmati tosai kedai mamak tue.

Sementara aku menunggu mamak tue siapkan tosai aku, aku di sapa oleh Syamsul aka Choi bekas member satu jabatan yang singgah di kedai yang sama dengan anaknya yang berumur dua dan empat tahun.

Sambil duduk duduk, kitorang berbual hal dunia yang tak membantu pun menaikkan taraf ekonomi rakyat Malaysia nie. Ikut sedap mulut jer pot pet pot pet.

Sambil berborak, Choi mengeluarkan kotak rokoknya dan menyalakan sebatang. Aku baru nak pau rokok dier bila tiba tiba anak dier yang sulung bersuara..

"Babah nak mati taon dua ghibu sheploh heh?"

Choi terkujat. Dengan aku-aku sekali terkedu tak bersuara.

"Kenapa kakak cakap macam tue?" terkebil kebil Choi tanya anak sulungnya tue.

"Tue.. bila Babah nak berenti hishap wokok? Wokokkan bahayekan keshehatan! Babah nak mati taon dua ghibu sheploh heh"
jawab anaknya dengan pelat pelat tadika.

Choi telan air liur. Aku pulak membatalkan niat suci aku nak pau rokok dia..

Takpelah Choi..Taon depan la aku pau rokok kau.....

9 comments:

  1. hye..

    ala kciannya..
    trbantut nk pau rokok erk..
    pesanan dr kmntrian kshtn..
    rokok tu mnbahayakan kchtn..
    bawa2 la taubat merokok..
    hehehhehe

    ReplyDelete
  2. hahahahaha pesanan dari makcik purplelicious..(makcik aku yang pesan taw)..sila wariskan segala harta pusaka ko keatas nama aku sebelum meneruskan menghisap rokok yang seterusnya..wakkakaakakkaka...

    wei dari ko dok abiskan duit nan rokok baik ko belanja aku tengok senario the beach tue wei..

    ReplyDelete
  3. Bintang Hati : saya tauu buattttt.....uhuks..

    Purplelicious : hahahhaha..banyaknye harta aku weh..

    Beach Boy laaa..suke suki jer tuko tajuk...keh keh keh..

    ReplyDelete
  4. bawa2 la mngucap..bdk tu pun blh pk..hohoo..baik ko simpan duit utk kawin..ko dah kawin ker...?klu belum..simpan duit lg utk tambah bini lagi..hehheheh

    ReplyDelete
  5. hahaha sokong!!! terrrrsangatla sokong budak tu... caiyalah dik...kita boleh geng!!! hihihi...

    (psttt.... komen intan pun sy sokong jgk...tp tang last tu..bab tambah2 tu x sokong la kan...hihihi... intan, no tambah2 k... hihi)

    ReplyDelete
  6. muakakka..
    ske ar loghat due ghibu shepuloh tu..

    ReplyDelete
  7. emmm... berenti ah merokok... baik utk diri, baik utk keluarga jugak... insyaAllah..kuatkan tekad...

    ReplyDelete
  8. dari ko pau rokok member ko tu, baik ko mintak dia belanje ko makan pau...lagi syahdu beb

    ReplyDelete
  9. Intan : insaf insaf....

    Miss Nurul : ahaks..

    Applemintlady : pun suke gak....

    zul : sedang berusaha..

    Bullet : pau sangat sedap...aku sokong..

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD