03 June, 2010

Sukut..

Masa : masa kecik kecik dulu ler..
Tempat : Bawah Pokok Jering, Kampung aku - tempat membuat onar. Malam Raya tahun 1989.

"Dier datang weh!"
Mael yang dari tadi jadi peninjau tetiba bersuara.

Aku, Ijan dan Abang Black bertungkus lumus menyiapkan rancangan kami.
Aku tuang air ke dalam lubang, dan memasukkan batu ketul ketul hitam. Cepat cepat aku tutup lubang dengan tin milo.

Shahmie datang sambil menggaru kepala. Aku dan yang lelain buat buat macam takde pape. Si Shahmie nie sepupu Mael. Dier nie agak selo sikit..dengan perkataan paling sopan santun...lembab lampi kuasa lima!

Mael sibuk memanggang ayam yang entah ayam sape di culiknya tadi..nak makan ramai ramai. Masa tue, aku tak pikir pun halal haram. Yang aku tahu, janji ayam tue sembelih cara betul..halal aaa di makan...[..semoga kanak kanak yang sedang membesar tak mencontohi perangai setan setan ini..]

"Gelap aa..aku tak nampak. Shahmie, ko pasang pelita jap!"
Mael purak purak menyuruh pasang pelita.
 
"Pelita mane?"
soal Shahmie sangat innesen.

"Tue!"
Ijan memuncungkan bibir pada tin milo yang telungkup di atas tanah.

Shahmie menggaru kepala. Kendian dia capai ranting kelapa sawit kering. Dier celup dalam minyak tanah dan di nyalakan guna lighter.

"Abang cik, sumbu takde pon?"
soal Shahmie dari jauh.

"Itu pelita tak yah guna sumbu. Ko sukut jer kat lubang!"
jawab Mael.

Shahmie menjenguk ke dalam lubang pada tin Milo.

"Weh Shahmie, tutup hidung. Pelita tue guna taik lembu!"
saran Ijan.

Shahmie menjauhkan muka dari tin Milo. Dier tutup hidung.. dan mencucuh api pada lubang tin Milo.

Dummm!!!!!

Satu letupan yang memekakkan telinga kedengaran. Shahmie terlentang kerana terkejut. Dia bingkas bangun dan menangis berlari masuk ke rumah.

Aku, Mael, Abang Black dan Ijan ketawa berguling guling.

***

Raya 2008

"Mael, agak agak ko, kalau kite kenakan Shahmie guna Meriam Tanah macam dulu, dier terpedaya tak?"
soal Abang Black kepada Mael.

"Jangan cari pasal. Mamat tue study Nuklear Fizik kat US!"





SUKUT = Cucuh


14 comments:

  1. baru nak tya sukut tu aper... nasib baik ader kamus kat bawah tu...

    ko mmg wajar diikat kat pokok kelapa akibat kenakalan ko tu...ishshshshs

    ReplyDelete
  2. hooo... cucuh ke?
    jauh beno ngn sukut ojin oi!!
    senget tol!!

    tgk2~ ko buli dia kecik2..
    2 psl skunk smbung blaja nuclear..
    nak bls dndam kat korang tah2~~
    bek hati2!
    ngeee

    ReplyDelete
  3. nah amek ko..stdy nuclear trus..kakakka mmpos law die psang nuclear lak..hncus beb

    ReplyDelete
  4. nasib baek bagitau sukut tu apa..karang ada plak yg kena suntut..hahaha...

    ReplyDelete
  5. gile zalim weh zalim

    ahahahhahah

    ReplyDelete
  6. Zul:

    tak yah bro...aku dah merasa macam macam penderaan..dah kebal..

    ReplyDelete
  7. Aki:

    ..betul laa..orang kampung aku memang guna perkataan tue..

    ReplyDelete
  8. Kniedaz:

    suntut...errr..a'ah...hehehehe

    ReplyDelete
  9. wanie:

    mane ade zalim...paling baik laa tue..

    ReplyDelete
  10. ko try la kenekan dia...haha...agak2 ko kene tembak pakai bom nuklear tak?

    ReplyDelete
  11. a-m-i-r:

    aku tak pasti la bro..tapi mau kampung aku rata kena bom...

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD