30 June, 2011

Rumahku, kau buat macam rumahmu juga

Pesen yang mengabdikan diri lebih kat pejabat dari rumah nie sememangnya aku la. Kelas der lepak kat opis dari lepak kat rumah. Astro aku bayo bulan2, Stimik aku bayo bulan2 semuanya aku bayo free2 jer kat Astro dan TM. Gunanya tidak.

Malam, Sesampai jer dirumah, bila selak jer pintu bilik, tu dia, bersepah lari ke hulu ke hilir macam tak cukup tanah lipas lipas kaki berbulu dalam gelap . Walaupun kaki aku lagi berbulu, tapi aku tetap berbulu dengan menatang kaki berbulu kaso nie.

Dalam gelap, aku sambo aerosol yang aku mmg letak sebelah meja tulis. Aku halakan muncung aerosol ke arah makhluk makhluk tersebut dan menekan punat.

Psssssssssssssssttt...
memang aku tak bagi can. Aku tau, aerosol cap CNI nie memang power kalau bunuh lipas. Sup sap sup sap lelipas tue masuk bawah katil.

Aku rilek jap. Kejap lagi bergumpal laa depa mati akibat serangan gas saraf tersebut.

Belum sempat aku berpusing, tetiba depa keluar dari bawah katil menuju ke bawah meja tulis. Aku bidik lagi aerosol dan tekan punat. Semburan panjang sekali lagi kedengaran.

Lelipas tue tetap berlari larian seperti larian pecut polis sentri. Aku pelik, selalunya tak sampai seminit, mesti lipas lipas akan tinggal nyawa nyawa lipas. Yang nie agak berlainan plak perangai depa.
Mutan ke ape?

Tetiba hidung aku menangkap bau sesuatu. Cecepat aku belek aerosol yang aku pegang dalam gelap.
Dan aku menyumpah bangang diri sendiri. Aku rasa lipas lipas tue pun berfikiran yang sama.

Tertulis pada tin Aerosol tersebut

2 in 1 Sparkling Citrus Air Freshener.



28 comments:

  1. kalo sembur minyak wangi silkymen ka hugo boss ka.. lagi best... haha..

    ReplyDelete
  2. alahai cik abang oittt....disemburnya benda tu lagi galak la dia berlari. aigooooo


    =.=''

    ReplyDelete
  3. hahahaha naseb baik x sembur guna perfume mahal ko wehhh..kah kah

    membazir satu hal,malu dengan lipas lg stu hal.kah kah kah

    ReplyDelete
  4. hai..anda ahli CNI ber nombor keahlian berapa? hehehe

    ReplyDelete
  5. terbaik hahahhahaahhaahhahahahhahahahhahahaahhaahahahahaaaahahahahahahahahhahah
    XD

    ReplyDelete
  6. hahah.yg disembur dlm gelap tu knapenye!ater cube la bawak2 bukak lampu.aih!

    ReplyDelete
  7. @Yanayo:

    uishhh.. sah sah leh kenal dalam gelap.. botol depa lain..hue hue hue

    ReplyDelete
  8. @Fiq:

    ha'ah.. lagi hyper depa tue.. koh koh koh

    ReplyDelete
  9. @Vampire's Lovex:

    ha'ah.. aku agak kemaluan dengan lelipas tue..

    ReplyDelete
  10. @The Sharkox:

    errr.. no keahlian 13*****
    koh koh koh

    ReplyDelete
  11. @Aleen:

    ater, kalo sembur bile terang, mesti lelipas dulu lari dahh...

    ReplyDelete
  12. hahahaha...bertuah betul lelipas itu..hakhak..

    ReplyDelete
  13. tehehehee.. dh hagakk dh.. ^^

    ReplyDelete
  14. @d_LA:

    hahahha.. semalam berjaya korbankan seekor lipas..

    ReplyDelete
  15. @Ishiko:

    aaa.. hue hue hue.. dah agak ape?..

    ReplyDelete
  16. @Cik Kelip kelip:

    masuk nie, dah dua entri hang taip bodoh..

    apekah salahku?.. koh koh koh..

    ReplyDelete
  17. hahaha...
    ni mesti kes x tahan sabar...
    terus je amik
    n sembur... LoL

    ReplyDelete
  18. jangan ridsect buat penyembur ketiak tau tau. keh3

    ReplyDelete
  19. ahahaha. sengal la pkcik ojinz ni. nak pinjam perfume silky girl x?

    ReplyDelete
  20. hahaha. camne buleh terkompius sembur nyamuk dengan sembur bilek ni?? adoyaiii! sakit porut den ni ha golak an ekau! haha.

    ReplyDelete
  21. kah kah kah mengommm laaaaa!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  22. segar kejap lipas tu lepas kena sembur..
    hahahaha

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD