20 February, 2013

Kuda Longkang

Budak kampung macam aku, yang membesar di kampung dimana permainan video paling maju pada masa tersebut adalah NES dan MicroGenius, game paling femes ialah Double Dragon dan Contra. Tapi aku tak merasa itu semua. Masa tu, ia dikira permainan mewah woi..

So, bebudak kampung macam aku banyak menghabiskan masa melakukan aktiviti outdoor. Mencipta permainan sendiri untuk membesar dengan sihat. Antaranya... Kuda Longkang.

Korang cuma perlukan dua benda jer...

Daun Ubi dan ♫♪ Minyak Angin Cap Kapakkkkkk ♫♪. Koh koh koh... dah lama tak tengok iklan Minyak Angin Cap Kapak kat TV. XD Daun apa pon boleh sebenonye tapi daun Ubi paling banyak enter-frame dalam scene background di kampung aku. So, daun Ubi ler paling senang nak cari.

Koyakkan daun Ubi tu di bahagian hujung sahaja, dan celupkan bahagian runcing dia ke dalam Botol Minyak Angin Cap Kapak. Lepas tue, korang cuma letakkan saja daun tue dalam air..dan tengok dia punya pergii...


Reaksi kimia yang mudah, berlaku. Minyak Angin pada daun akan tersebar di permukaan air dan menyebabkan daun bergerak laju ke hadapan. Tapi reaksi itu tak lama. Korang masih memerlukan air yang mengalir untuk racing.  So, korang tau lah kenapa ia di panggil Kuda Longkang kannnn...sebab ia dimainkan di longkang. Teknik ini bolehlah digunakan sebagai booster permulaan racing Kuda Longkang. ~

Tapi, seperti namanya sendiri, permainan ini hanya sesuai di mainkan secara outdoor. 
Penggunaan berlebihan Minyak Cap Kapak boleh mencemarkan air. So elakkan bermain di dalam kolah bilik mandi rumah korang...


.... atau
Okorium Ikan Emas milik makcik korang yang garang macam Singa...

Aku berjaya menjalankan eksperimen tersebut... dengan mengorbankan lima ekor Ikan Emas Diktator Sadis dan menerima Libasan Padu Maut di bontot aku yang mantop. 

Not bad for science, eh?
koh koh koh

Disklemer : Penulis tidak akan bertanggungjawab sekiranya ikan, itik, arnab, kucing atau haiwan ternakan korang koma kerana terminum air tercemar akibat daripada korang mencuba eksperimen ini. 

72 comments:

  1. selamat pagi encik aujinz :) ermm menarik nih..nnt nk ajak wafa wat eksperimen nih..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Pagi Ibu Wafa... hahahhaha... boleh boleh... jangan sampai kena mata Wafa yer minyak cap kapak tue.. koh koh koh koh

      Delete
  2. aku bubuh ubat gigi kat bontot daun tu..heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahhaha... pon boleh.. asalkan benda tue berangin, boleh laaa.. XD

      Delete
  3. not bad for science, last last diri jadi mangsa. not bad eh? ;p hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. not bad laaa kannn.. koh koh koh.. bukannya meletup pon.. hik hik hik

      Delete
  4. Pergh lukisan mnyk cap kpk n daun ubi tu real gile

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..
      aku memang sentiasa mengagumi lakaran encik Lanun neh.. ohsem!. huhu

      Delete
    2. mana ada real... aku lukis biasa biasa jer tue bros XD

      Delete
  5. x pernah main ni.. tp mcm best je... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha... bolehlah.. permainan budak kampung.. XD

      Delete
  6. kenapa den x th mainan ni??


    eh bak alamat..nak pos kad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin awak tak biasa ber outdoor... koh koh koh... atau awak tak sampai lagi kajian ke situ... hua hua hua

      Delete
  7. Aaaaaaaaaaaaa kesan libasan padu maut tu kat bont*t awak yang mantop tu ada tinggal tanda tak sampai sekarang. Ksajetanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde... bontot saya kan mantap... koh koh koh

      Delete
  8. Replies
    1. terbang mana plak cik Rapunzel Cikilolo.... bukan terbang.. tapi dia boleh merayap atas air... koh koh koh

      Delete
  9. hahaha..macam2 la.

    #nice post. tringat zaman kecik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman kecik kan best... semua orang sukakan zaman kecik XD

      Delete
  10. kikiki nampak sangat saya muda sangat2 lagi sebab tu tak tahu pun pasal permainan ni..kiki..

    =P

    ReplyDelete
  11. Akak dulu main sampan longkang..koyak buku latihan buat sampan main dalam longkang waktu hujan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu pun saya dah rasa kak.. tapi itu biasaaaa.. XD

      Delete
  12. dulu semua benda buleh jadi permainan.. kreatif betul2 bebudak zaman dulu. haha~

    nak buat eksperimen pastikan bahaya berjaya dikurangkan.. kan x pasal2 kena libasan maut. *masih terasa ke sampai hari ni?* hoho.. ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. takkk... dah okeyh dah.. koh koh koh

      Delete
  13. wow...! bleh cuba nih..
    menghidupkan balik permainan zaman dolu2.. ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh boleh... boleh cuba... koh koh koh

      Delete
  14. aku tak penah buat plak mende ni..maybe bagi kuarga kitorg minyak cap kapak ni sangat mahal dan jangan sewenang2 nya gune.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha... ooo.. tapi Minyak Cap Kapak botol kecik pon tak mahal mana kan kan kan

      Delete
  15. contra sllu maen.. best woo tp sllu kalah ngn ank sedare.. haha

    bnde pe ni ojinz? xprnh maen pon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. power laa dia main Contra... hahahhaha..

      benda apa?.. err... Daun Ubi cicah dengan Minyak Cap Kapak..

      Delete
  16. wuuhuu.. ini sesuatu yang aku x pernah tahu.. hebat..!!!
    science is awesome!!!

    ReplyDelete
  17. kecik-kecik dah pandai kimia. hebat!!

    ReplyDelete
  18. haha pernah main nie nie lumba dengan itik -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. itik pun nak lumba gak??... koh koh koh

      Delete
  19. haha.. kretip gila hang.. xterpikir kot nk main benda alah cam tu..
    yg cek tau minyak kapak letak kat pale je bila migrain..haha..

    pe daun tu migrain gak pe letak minyak kapak bagai?? =B

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa.. itu yang awak tak tahu tuee... koh koh koh

      Delete
  20. Grangnye...xpe xpe....experimen berjaya.....xpenah plak men cmtu...biasa buat kapal ketas....time abis skulah hujung thn.....racing dlm sungai....

    ReplyDelete
  21. aku tak pernah cuba dan mungkin sekejap lagi akan mencuba.

    lukisan memang ohhhhhhsem la pakcik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba Dani, jangan tak cuba... koh koh koh...

      Alhamdulillah, terima kasih Dani XD

      Delete
  22. wahh..menakjubkannn!!haha..nsb baek xlukis sekali libasan kat bontot yg mantop tu.muahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak lukisss.. tapi tak sempat... koh koh koh

      Delete
  23. Replies
    1. koh koh koh.... haaa.. dah tau kan kan kan... koh koh koh

      Delete
  24. selalu jugak eyza main zaman muda2 dulu...hehe ajak geng lelaki lawan sapa yg boleh cepat sampai dulu....tapi kami tak guna daun ubi...kami lumba guna kertas terpakai kemudian buat bentuk kapal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha... bagus bagus... ada letak minyak cap kapak tak?... koh koh koh

      Delete
    2. tak letak pun sebab kalau pakai minyak cap kapa sahih kepala kena kapak...hehe..tak cukup tanah nak lari nanti kena kejar dgn mak.

      Delete
  25. ohh forst time tau pasal permainan ni.. kitorang dulu kat kampung tak penah pulak main ni.. main cplum penah r.. tembak2 pakai buluh ngn kertas tu.. pastu cekup ikan kat sawah padi.. pendek kata best la membesar kat kampung ni.. macam2 outdoor game ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. cplum tue apa Cik Ten 10?.. adakah ia sama dengan Bedil aka Senapang Lantak?

      Delete
  26. sekampung-kampung hamba tidak pula hamba pernah bermain permainan ini.. :3 (hey masak lomak kan sodap tuu). Ouh, dah macam buku teks je tengok entri kali ni, ada illustrasi tutorial sekali. kah! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhahha... apo kono mengono lak ngan Masak Lomak?.. itu daun Ubi, bukan Pucuk Ubi.. koh koh koh...


      owh, kalau awak klik pada tag KerasTangan tue, semua entri yang macam nie adalah dengan format yang sama.. koh koh koh

      Delete
  27. Main gak lumba guna air longkang tu, tp minyak kapak tak trsenarai lak time tu.. hmmmm~

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin awak belum belajar pasal ketegangan permukaan pada masa itu.. koh koh koh

      Delete
  28. AKu dulu letak ubat gigi kat belakang daun sebagai pemberat.
    Tp bukan booster arr..Hehehe

    Dulu, kecik2 sgt tak kesah main kat longkang..
    Sekarang, bau longkang pon dah merungut, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue laaa pasal... dulu siap masuk dalam longkang lagi... kah kah kah

      Delete
  29. mse kecik2 tu ko msti rse daun tu ade magic kan? hahah

    aku dlu suka maen masak2. guna periuk lme yg dah xpkai, pastu tanah n pasir jd bahan masakan. we are one big family! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. tak.. sebab masa kekecik memang minat sains, dan benda tue tak membuatkan saya fikir ia adalah magik. Magik pada saya masa itu adalah David Copperfield XD

      Delete
  30. Main ngelat.. mengunakan minyak untuk membanti menolak geseran air
    tapi pihak lawan tak perasan ke ada kesan minyak pada lapisan air..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LOL... mengelat kalau seorang saja yang buat yang lain tidak... tapi kalau semua buat, ia bukan mengelat... dan dah khabarkan, ia digunakan di awal perlumbaan. Mereka yang kehabisan minyak lebih awal akan kekurangan peluang untuk menang XD

      Delete
  31. wakakkakakka eh cam best ajelah, aku nak cuba ar, men kuda parit wkakakakkaka balik kampung nak men, sure best

    ReplyDelete
  32. kalo letak kat kaki sndiri boleh berenang laju tak agak2?

    ReplyDelete
  33. Alaaaaa....cam x prnh dgr je game nie dolu2.

    Klu nk try skng aci x? :P

    ReplyDelete
  34. patut la punggung awak mantap! aherher eh tak bukan punggung. pungguk rindukan bulan maksud saya

    ReplyDelete
  35. Laa haii...membazir minyak cap kapak jeee...
    Hehehe...sian ikan2 jadi mangsa...

    -NA-

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD