21 March, 2013

Merayau di Hong Kong-Macau pt 1

Hohoho... sambungan dari Snake preview... Hehehe.. ada yang teka tapi tak berapa tepat. Yang follow instagram, baguih sebab korang tak ngengada meneka... kah kah kah

Aku sebenonya baru balik dari Hong Kong-Macau trip. Lepak sana lebih kurang seminggu laa..sampai aku meronta ronta guling guling kat jalan nak balik Malaysia sebab tak boleh makan best best macam kat Malaysia.

Malas nak taip panjang.. aku tepek gambo ngan caption jer laa eik.. XD

Aku berlepas dari KLIA dengan flight 072 menaiki Airbus 330. Aku prefer A330 dari B737 kerana lebih besaq dan selesa. 
Layan Hantu Kapchai sambil bersarapan.. Sebab aku belom tengok cerita nie. Boleh tahan merapu. Ada banyak lagi movie best, tapi tak cukup masa nak tengok semua. Baru layan Rush Hour lima belas minit, stewardess dah datang collect headphone. Hampeh betei.

Sarapan pagi. Roti tue aku mintak 3 bijik. Dua lagi aku spare masuk dalam beg. koh koh koh... eskrem tue aku bedal time tue jugak. Ingat nak pau gak lagi tiga tapi nanti kang stewardess kata aku buruk lantak plak.. kohkohkoh

Touch down di Hong Kong pada jam 1238hrs. Suhu masa nie sekitar 25 darjah celsius. Aku tak terus ke hotel, sebab ada urusan dan tugas di airport tersebut. Pukul 3 lebih baru bergerak ke hotel.

Perjalanan dari airport ke hotel lebih kurang setengah jam. Highway depa macam takdak kereta. Boleh baring (metafora yang tak boleh pakai) Hotel aku terletak di kawasan Cologne. Eh.. salah tempat. Kowloon.. Tambang dia HKD244 dari airport ke hotel. (T____T). Baru sampai dah miskin 200.

Aku lepak di hotel BP International. Kalau korang kenal lambang tue, korang tau laa BP itu untuk apa.
koh koh koh... hotel dia mahal, tapi bilik kecik. .. kos sara hidup di Hong Kong adalah mahal. Dengar cerita dari contact kami di Hong Kong, sekaki persegi property di Hong Kong harganya boleh cecah 5Ok. Diorang dah takde tanah nak jual. Bapak dia mahal. Kesian depa. Malaysia lagi untung maaa... mihs...

hah, yang bayo cukai pintu setahun RM88 tue.. ko nak merungut lagi? *cakap depan cermin*



Dah tahan diri berjam jam, kena la cari benda nak mencekik. Gila lapo baq hanggg.. cari restoran halal. Yang kitorang jumpa cuma restoran nie. Jalan apa aku tak ingat. Kecik jer. Ada empat meja jer dalam kedai. Nasib baik customer tak ramai. Konsep restoran dia, makan dan blah. Orang lain nak makan plak oii.. kalau ko tak blah, dia clearkan meja korang sesiap. 


Dapat laa aku pekena Nasi Briyani Ayam. HKD65 sepinggan. gila hape nasik briyani memahal gini. Aku tau laa nasik beriyani mahal. Tapi nasik dia.. tu diaa... penoh pinggan. Terbelahak jugaklah nak abiskan... koh koh koh..mahal punya pasal.. aku habiskan jugak. sampai pinggan pun aku nak gigit... dah kunyah dah sikit, nasib baik boss aku tarik kaki heret aku keluar.

Lepas makan, kitorang survey kat mana tempat nak beli souvenir. Tempat tue ala ala Danau Kota atau Jonker Street. Aku dah terpandang apa yang aku nak. Cuma survey jer dulu, balik baru borong. Heh heh heh. Boss, garu kepala kenapa boss?.. tak bawak duit lebih? koh koh koh..



Hari Kedua
 Destinasi kitorang adalah Macau. Pulau Kasino. Venice Timur. New Vegas.
Haippp... aku ke sana sebab conference laa.. bukan nak try mesin slot.. koh koh koh...

Dari hotel, kitorang ke China Ferry terminal. Dekat jer dari hotel dan nampak dalam peta.. memang dekat pon.. tapi Hong Kong bukan macam Malaysia sepanjang panjang jalan korang boleh lintas dengan the power of hand..Terminal ferry seberang jalan jer, tapi ya ampunn.. berpusing ko kena menapak heret beg cari lintasan pejalan kaki. blerghhh...berpoloh ketiak pakcik nak. nasib baik sejuk.

Ke Macau, korang tetap kena clear dengan imigresen. So, passport aku memang jadi stamp collector laa sepanjang di sana. koh koh koh


Dari Hong Kong kena naik Powerjet ferry. Atau kalau dari Malaysia, korang boleh naik Air Asia X terus ke Macau. Kalau naik ferry, lebih kurang 45 minit sampai laa.. dari Hong Konglah tapi.. 

jangan korang ngengada naik feri dari Malaysia plak...

Tiket aku first class rupanya. koh koh koh Ada makan makan. 
Menu dia.. chicken Noodles. *Sengih*

So..walaupun first class..aku cuma hirup ini jer laa sepanjang perjalanan.
Hampeh punya First Class. Mihs

Sampai di Taipa Macau, clear dengan imigresen, dah boleh naik bas ke hotel. Bas diorang free ride.. korang boleh naik jer. Setiap hotel ada bas masing masing. Ini bas aku. Koh koh koh. Owh, ini juga adalah kawasan airport Macau. Ada terminal feri baru dalam construction. Blom siap.

Ini plak hotel yang aku duduk. Venetian Macao. 


Main Lobby interior dia jer pun dah buat aku jadi budak kecik balik. Hulur henfon ke boss aku suruh ambik gambo, check in hotel kendian. Hua hua hua...

Hujunnnnnggggg sana adalah kasino. Nak ke bilik, memang korang kena masuk, lalu dan boleh tengok diorang perabih duit di kasino. Aku tetap kuat iman. Gila hang, tak pasal pasal hilang keistimewaan musafir aku kang..hik hik hik..

Sesampai, masa check in ada sedikit confusius masa booking itu hari. Oleh sebab itu, aku dengan boss aku lambat masuk ke conference room. Lepas check in, terus heret beg ke conference room. Tapi takdelah lambat mana. Setengah jam jer. Ada group dari India lagi best, diorang sampai, duduk, conference habis. koh koh koh

Pen tue free. free flow. Melambak. Tapi aku tak terfikir plak nak sapu banyak banyak bawak balik. Rugi rugi... Pesen rakyat Malaysia kan suka barang free.. kah kah kah...

Sesetel Conference, heret bag bag ke bilik. Tengok bilik, rasa nak kuak lentang kat depan pintu bilik. ribu ribu kali lagi best daripada BP International kat Hong Kong. Hua hua hua. Venetian Hotel takde bilik biasa. Semua suite. Dulu toplist aku adalah Hotel Royal Penang, la nie aku letak hotel ini dalam toplist aku. Dah tentunya, aku mungkin tak dapat datang sini lagi. koh koh koh..

Kabinet tue bukan untuk baju. Ia adalah kabinet TV, electronic safe dan kabinet kasut. Sila abaikan jaket dan beg beg aku. Hiks.. Ya.. bilik ini memang untuk aku sorang. Boss aku dan lain lain depa ada bilik masing masing. So.. aku nak bogel pon boleh..takde hal....... eh..

Aku bukan kaki berendam dalam bath tub. Tapi, kalau ada peluanggg.... tak tolakkk...koh koh koh..
kalau ada bini lagi best.. err.. bini mana bini???

Satu lagi tv di ruang tamu. Cerek elektrik atas kabinet. Sebelah tv tue ada lemari es yang penuh dengan macam macam minum halal dan haram. Aku tak usik pon. Tapi bukak jugaklah lapan belas kali... hiks hik hik.

Di Macau, macam Sabah. Pukul 6 lebih sikit dah gelap. Malam tue kitorang dinner dengan Organizer. Kabonya makan makanan Portugis. Aku tak teruja sangat. Pukul 7 berkumpul di lobi hotel (Hotel dia ada South North East dan West. Setiap satu ada lobi sendiri. Aku punya South)

Salah satu exhibition yang aku sangat kecewa sebab tak dapat masuk. Kekangan masa. Sob sob sob..ada replika interior Titanic termasuk tangga yang femes tue.. ai ai ai..


Kitorang dinner di A Lorcha. Restoran Portugis di pulau Macau lama. Satu pulau dengan Hotel MGM dan Macau Tower yang femes dalam Running Man ep 133 (Hambik kau... siap hafal episod berapa...kah kah kah). Owh, Macau terdiri daripada beberapa pulau dan dihubungkan dengan jambatan. Hotel yang aku duduk terletak di kawasan baru membangun. Sebab tue banyak construction lagi.

Macam mana korang tengok gambar nie, macam tue sepanjang masa pinggan aku kosong. Minum air Mineral dan makan Udang Bakar jer. Selebihnya....... blerghh...yang lain sedap kunyah dan teguk air harommm...

Pukul 10, dinner settle. Balik ke Hotel. Berjalan kejap. Masa nie suhu adalah 20 darjah celsius. sejuk dengan angin laut lagi. Snap dua tiga gambar sebelum balik ke bilik. kepenatan. Mihs...

Sampai bilik, mandi dan salin baju, keluarkan stok Milo cereal sebab perut meronta ronta suruh isi proper meals. Mana nak ada kannn... megi jer laa..., masak air, on tv, keluarkan buku fixi dan hanyut sampai pukul 1 pagi. Lepas tue hai hai bai bai.. katil ku cumbui. Koh koh koh.

Owh.. lupa nak kabo.. ada wifi... laju gila...4G.
tapi korang kena bayo laa... hua hua hua HKD160 untuk 24hrs, untuk 3 devices. Koff



Bersambung...

43 comments:

  1. Untungla gi obersis.. :)

    Bila sebut pasal Macau ni teringat Runningman...

    Hohoho... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha... kannn... yang kat Macau Tower tue laa paling femes... tapi saya tak sempat ke sana XD

      Delete
  2. tetiba rasa mcm dgr lagu boys over flower kuar :P

    ReplyDelete
  3. wahh Macau.. best giler.. hotel itu terbaik.. sronoknyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehhe... tapi bab makanan, tak berapa nak best sangat.. XD

      Delete
  4. wah... bestnyer.. hhaa.. agak la, sebut hongkong n macau, pale teringat Runningman..

    So, agk2 bila kita boleh pi jejalan ke over the sea yup?? =B

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha... jangan risau Miss Alieya, ada rezeki masing masing boleh merasa. Saya dulu pun tak sangka dapat berjalan ke negara negara orang. Alhamdulillah, dah banyak negara orang saya lawat XD

      Delete
    2. InsyaAllah, 1 fine day... doakan yer! =D

      Delete
  5. Mak haih besonya bilik dkt macau tu. Boleh dibuat lari-lari pun takpe. I'm soo jelly right now. *pandang jendela*

    ReplyDelete
    Replies
    1. beso beso beso... huhuhuhu.. jangan jeles jeles... ada rezeki esok, boleh jer rasa XD

      Delete
  6. seronoknya ojin..seronoknya

    *peluk bantal bayang ojin bawak ke Macau

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha... janganlah bayang bayangkan...

      Delete
  7. wahhhhh..nak souvenir!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhuhu... tak beli souvenir banyak.. mahal.. XD

      Delete
  8. ohoh conference kat macau... ang ada present paper ka? menarik2... bilik hotel mmg dasat woh, jgn bogel silap2 ada hidden camera for security purpose :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa... alaaa... kalau ada camera pon, mesti diorang menyesal... kah kah kah

      Delete
  9. "Dari Hong Kong kena naik Powerjet ferry. Atau kalau dari Malaysia, korang boleh naik Air Asia X terus ke Macau. Kalau naik ferry, lebih kurang 45 minit sampai laa.. dari Hong Konglah tapi..

    jangan korang ngengada naik feri dari Malaysia plak..."

    hahaha..sib baik mention..dh tepikio nak naik feri dr mesia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa... kannn... nasib baik kabo awal awal.. koh koh koh

      Delete
  10. bestnyer!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  11. bestnyeee!ade apa2 souvenir utk kite x? #tetibe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaa... maaf ler... kat sana semua mahal XD

      Delete
  12. fuyyooo!!dapat eskrem jgak ea dalam flight..best2..
    untong laa leh cuci mata kat hong kong..ole-ole xde ke..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Mh memang ada. baru baru nie kot dapat aiskrim.. dulu ada jugak Haagen Dasz, lepas tue depa stop gantikan dengan kacang. Yang Magnum nie tak tau sejak bila ada.

      Delete
  13. Wah....bestnye...chntek hotel tu...tp seksa erk nk mkn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah.. makan dia tak seksa mana laaa.. cuma kita jadi was was XD

      Delete
  14. bilik hotel hg kemain cntik lagi.huargghhh nak pegi jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan cheq punya hotel.. cheq tumpang jaaaa.. koh koh koh

      Delete
  15. encik ojinz frust ngn saye sampai lari bawak diri ke hong kong ye?
    kehkehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyer laa cik Ezy, awak tunang senyap senyap... koh koh koh

      Delete
  16. aku tak tengok lagi raningmen 132..dem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila tengok.. sila tengok.. owh.. aku salah episod.. episod 133 laa.. koh koh koh

      Delete
  17. syoknya p oversea. bab makan je yg tak best ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab makan best jer.. cuma kita jadi was was.. XD

      Delete
  18. awak kerja ape aujinz? *tau...mst x nak jawab*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha... saya kerja sebagai jaga jer..koh koh koh

      Delete
  19. wargh! jeles2. semenjak duamenjak ni asik tengok org gi obersea je. entah bila rzeki dapat pegi.
    tp kalau dapat terjun dri macau tower tu lg hebad, hehe. krim salam hero2 cina,hiks.

    ReplyDelete
  20. nie kalau honeymoon best pe en. hehehe

    ReplyDelete
  21. peminat Runningman akan tahu tempat-tempat ini.. -..-

    ReplyDelete
  22. Err..xseram ke tinggal sesorang dalam blik yg beso cenggitu...?

    Bab running man tu...saya langsung tidak tahu menahu...sebab langsung tak pernah tengok running man...

    Percaya tak...?

    Mohon percaya...


    -NA-

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD