Hari Ketiga
Selesa memang selesa, sampai aku tak nak keluar dari selimut. Tapi aku jenis bangun awal. Tak kira laa seselesa mana pun katil tue.. dan lagi, di Macau, Subuh masuk awal.
Bilik dah laa beso, lepas tue sunyi jer. Cara paling terbaik, on tv dari malam sampai pagi. Kah kah kah...
aku jaga pagi pagi, bising jer dengan cerita Hawaii-5-O. Pepagi sejuk, katil tue macam ada medan graviti yang tak dapat di atasi bila aku nak bangun. Koff..
Tadah air dalam bath tub sebab semalam tak dapat nak berendam sangat. Badan letih. Sambil tunggu air penuh, aku buat eksesaiz setempat dalam bilik, masak air, pekena Milo Cereal. Bila penuh, aku campakkan garam dan shower gel. Berendam sejam sambil bercamwhore. ( Gila phegak dalam bath tub pon bawak handphone sambil beronline Twitter... koff)
Siang pun sunyi jer lorong nie malam apetah lagi... dah laa bilik aku paling hujunggggggg daripada lif. Bilik 35-17. Tingkat 35 bilik no 17. Kena biasakan sebab berapa kali aku sesat tak jumpa lif. Kompius. Koff...
Hari ketiga, agenda aku memang penuh dari pagi sampai ke malam. Conference mula pada pukul 1000, tapi breakfast start pukul 0700. Tapi aku tak turun breakfast. Satu yang aku suka dengan conference ni ialah aturan masa dia sangat tepat. Please be on time diorang kabo. Semuanya on time. Diorang takkan tunggu walaupun dewan belum penuh. Dan juga, time break..cukup masa, coffee break. cukup masa, sambung conference. cukup masa lunch break. Heh, tapi Asian kannnn... aku ingat Malaysian jer yang tak reti on time.. koh koh koh..
Conference settle pukul 1730hrs. (sorry, aku guna masa 24hrs. Dah terbiasa..mihs XD). Organiser dah kabo awal awal. pukul 7 berkumpul untuk dinner. Aku balik ke bilik, lelepak dan mandi segarkan badan.
Kitorang dinner di Portofino, dalam Hotel tak macam semalam. Restoran Portugis jugak. Bedallah labu. Bahagian bawah adalah bar, kena naik tangga tue untuk ke Dining Area.
Sebelum start dinner, diorang bagi minum dulu. Lelepak kat balkoni restoran yang romantik de amore dengan suhu Macau yang dok kat 20 darjah celsius. Yang lain semua dok togak air tapai tue. Nasib baik laa kitorang nie ada pilihan nak fresh juice. Kalau tak, Sky juice lagi laa jawabnye...
Lepas minum, dinner. Oh oh oh.. apa yang best tentang restoran nie, waiter dia adalah gegadis comel yang seakan akan Melayu. Comel gila baq hang. Aku nak curi curi ambil gambo, tapi gambo tak clear sebab cahaya dalam restoran sangat suram. Mihs... lapo pon yer. Owh, satu satunya tempat yang ada free wifi 4g. Sempat laa aku post seketul dua gambo ke Instagram.. koh koh koh
Kitorang tak nak laa order menu merapu. So, kitorang kabo, "we are vegetarians, but we can eat seafood". Mihs.. pening gak aa waiter restoran tue.. hiks.. appetizer pon dah pepelik. sayurlah tapi.. diorang letak depan aku.. aku pandang pelik siap ciom dulu.. kah kah kah... pesen tak hormat chef, diorang kabo "All veggies.. don't worry". Aku tak kisah sayur, cuma preparation tue takut diorang letak wine. koh koh koh..
Serius diorang served lambat. Boss aku dah tahap bosan tunggu siap sempat gie hisap rokok. Lepas appetizer, diorang bagi lentil soup. Lepas lentil soup barulah dapat main course. Itupun mussels dengan Salmon. Boss aku tolak Salmon dia ke aku. Aku tak tolak, siap tarik lagi. hik hik hik.. Diorang asyik refill cawan wine tapi diorang tak tak refill cawan juice kitorang. Sebagai balasan, setiap kali waiter lalu, kitorang order juice... hambik kau, kenyang gila dengan air...sampaikan waiter tue datang meja tanya betul ker kitorang order Juice lagi? Last last, takde waiter dah lalu kat meja kitorang.. kah kah kah~
Dinner settle pukul 10 lebih. Yang mana non muslim, diorang lepak kat bar mabbuk mabbuk. Kitorang plak beransur keluar. Boss aku lepak hisap rokok.
Aku ajak yang lelain merayau untuk malam last. Misi aku ialah nak bergambar di tasik buatan yang aku tengok masa sampai semalam. Berbekalkan map hotel (siap ada map baq hang..) kitorang merayau sekitar hotel.
Model Titanic nie sebenonya coklat. Nice gila. Aku memang peminat fanatik Titanic (Bukan setakat movie, everything about Titanic), malahan aku pernah buat Titanic guna Manila Card dengan skala 1:350. Dan aku boleh tahu, Titanic coklat nie tak ikut design Titanic sebenar. Lebih kepada Titanic sister ship, Olympic. Tahukah anda, Titanic adalah kapal kedua dalam kelas Olympic? Yang first adalah Olympic, yang last adalah Britannic. Dua yang last tenggelam. Britannic sebab torpedo, Titanic plak korang pon tahu sebab apa kan kan kan...
Baru jalan tak sampai sejam, diorang dah mengadu sakit kaki, maklumlah orang lama. So, diorang mintak diri balik ke bilik. Aku plak masih dengan misi nak cari tasik tersebut. Dua tiga kali sesat tak jumpa jalan. Terutamanya bila sampai ke kasino. Kasino kat tetengah The Great Hall, so, bila masuk, aku tak tahu mana south mana east kalau tak jumpa signboard.
Akhirnya aku jumpa signboard tertulis Grand Canal shoppe. Aku follow jer laa walopon was was sebab signboard tue menghala ke dalam bangunan, tasik tue aku tau kat luar bangunan. Ahh.. follow jer lah labuuu...
Bila sampai area nie.. aku bebetul kompius. Grand Canal Shoppe. Aku masih di dalam bangunan tapi terang serupa siang. Perghh...aku tak henti henti sengih sengsorang baq hanggg...
Masa nie, aku rasa berbaloi aku menapak jauh sampai longgar lutut. Walaupun sebenonya, aku bukan cari tempat nie, tapi tempat nie lagi best dari tasik yang kat luar tue... masa aku sampai, shop lot banyak dah tutup. Diorang tutup bisnes pukul sebelas, so tak ramai orang.
Efek siang tue adalah daripada bumbung yang dilukis dengan corak awan dengan menggunakan airbrush dan di simbah dengan cahaya. serius nampak macam langit betul kalau tengok secara real. Dan lagi satu, masuk masuk sini... wangi. Bau bunga. Aku ingatkan aku masuk ke alam bunian... koh koh koh
Struktur bangunan sangat cantik. Aku tak pasti samada bangunan tersebut cuma hiasan ataupun depa buat hotel/pejabat. Berdesap desup handphone camera aku snap gambo. Dah balik bilik baru aku teringat, aku lupa nak rakam video... hampeh betei..
Kalau korang ada menonton Boys Over Flowers, diorang ada shooting kat sini. Aku baru perasan, bila ada member instagram kabo. Aku ingat scene kat sini, sebab aku cakap "kengkonon venice, tapi macam kat studio jer". Mihs... diorang tak berlakon kat studio. Diorang berlakon kat sini.
Salah satu babak Boy Over Flyover. Ambik gambo sendiri sebab takde orang tolong ambikkan gambo. #SepiSelamanya...
Nasib baik terjumpa member conference dari India dan amoi dari salah satu kedai. Diorang tolong ambikkan gambo aku bila diorang tengok aku camwhore sengsorang macam #foreverAlone... kah kah kah..
So kalau korang berpeluang ke Venetian Hotel, Macau, cer jenguk Grand Canal shoppe di tingkat 3. v(^ ^)v
Dan aku ambik masa hampir sejam untuk cari jalan balik ke Hotel... gila loser... koh koh koh
Malam itu, aku tidur dengan perasaan puas hati... mihs..
Bersambung...
untung untung. paling aku nak tengok, Grand Canal Shoppe tu. gila cantik
ReplyDeletebestnyaa..tap org ckp hujan emas di negara orang..hjan batu di negara sendiri..hujan batu lagi best..dpt mkn nasi.. =P..**jeles
ReplyDeleteBest giler... nakpegi..nak pegi..x kira..(sambil hentak kepala.ehhh
ReplyDelete?kaki.....)
alaa bestnye.. bawak balik la ole2 nt boleh buat ga :P *jelly*
ReplyDeletebestnye...siap ada cannal bagai...eehh tingkat 3? hebatnye dorg punya design,kreatif....rietta pown igtkan awan btul, nasib baek gtaw...klu x, mmg tertipu lew jugak...hehehe....
ReplyDeletesedihnya tengok makanan T_T. agak2 klo bawa beras sendiri, dorg sudi tak nk masakkan utk pngunjung eh.. =3=
ReplyDeletesangat cantik....best kalau dapat gi
ReplyDeletetime ni la nak feeling2 kaya kejap kann.. flyover pon bolehhh, hehe :D
ReplyDeletesangat teruja!thanks for sharing DL..
ReplyDeletepart siling awan tu unik la..siang manjang x jumpa malam dah..heheh..
ReplyDeletecantiknya kartun ada dlm gamboo!
ReplyDeletedone follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee..
http://tengkubutang.blogspot.com/
klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
waaaaa bestnya! nak pergi yang tempat yang kenkonon venice tuuuuuu.
ReplyDeletedeme oghang Pahang ke?
ReplyDeletesronok la baca.. wah, buat org teringin nak ke sana.. InsyaAllah, 1 day~ =)
ReplyDeletethanks sharing.. btw, share gambar je ke.. ole2 dari sana xde ke?? ^^ (muka mengharap~=B)
mencik ojin..!!~
ReplyDelete*sambil kira duit syiling, masukkn semua dlm tabung... nk gi sana gak ah! tak kira!!~
hoho.. ntah nape tetiba aku dpt idea nak cilok picture astronaut kat bulan atau space station yg kat tingkap dia ada view earth, pastu lukis gambar katun aku posing kat situ... hahahah
ReplyDeletepehhh..dengkinyaaa tengok dia bercuti sambil meeting
ReplyDeletesakan noo..souvenir takde ke? :P
Aaaaaaaa..x aci. Yg blh naik gondola tu ada masuk dlm citer boys over flower. Cantik!!!!!
ReplyDeleteuntg ler... dapat juga pergi, kita niy.. dok sni je.. :3
ReplyDeleteserius aku tak reti nak makan kalau camtu jenis makanannya. megi la jawabnya.
ReplyDeletegile dasat design bngunan n landskap.
aku ni jenis mudah sesat, aku rasa klu aku yg merayau mmng lebih dari sejam la sesatnya
cantik.. huhu.. tah bila la sampai.. kat luar senang tak nk cari mknn utk veggie?
ReplyDeleteBestnyaaa....walaupun sesat tapi puas hati kan...!
ReplyDeleteTapi serius cantiklah tempat tu..
Siapa ada lukisan awan lagi...
-NA-