10 June, 2013

Lanun Guide for cinema goers part 2

Salam Hari Isnin harap korang semua dapat Monday Blues macam aku... koh koh koh..
Okey, menyambung dari entri yang sebelum ini, mari kita tengok plak pe'el pe'el manusia yang aku pernah jumpa bila menonton wayang. Almaklumlah kan, Malaysia nie rakyat dia ramai, jadi opkoslah pe'el pon macam-macam... so let's cekidaut..

1. Remisier

Spesis ini dia tak boleh tutup handphone barang sejam dua. Ada call dia angkat. Ada call dia angkat, pesen tak nak rugi dalam pasaran saham gamaknya. Aku dah kerap sangat jumpa. Cakap tak boleh nak slow plak tue.

2.  Pengulas

Spesis yang ini pulak dia suka bercakap dengan orang sebelah dia apa yang dia fikirkan. Kiranya mungkin dia nak orang lain tahu apa yang dia fikirkan tentang cerita tersebut pada masa itu juga. Mungkin juga dia takda blog nak buat movie review. So, jalan terbaik, mengulas cerita yang dia tonton pada masa itu juga. Sabo jer laa... yang pesen ulang tengok yang dah tahu jalan cerita lagi laa sibuk nak bagi spoiler.. apa pon tak boleh. Aku pernah tengok Ironman 3 dua kali dalam satu hari. Takde plak aku sibuk nak bagi spoiler pada adik aku. Paling kuat, aku tido sebab dah tahu jalan cerita.


3. Jackhammer 

Pernah duduk tengok wayang tetiba terasa gempa bumi? haaa kemungkinan korang duduk sebelah mesin urut tanpa elektrik. Jenis duduk nak goyang kaki, sampai sebaris kerusi bergoyang sebab dia dok gerudi lantai dengan kaki. Aku tahu, kadang kadang tak perasan pon kita goyang kaki. Goyanglah slow slow tapi janganlah sampai bergegar satu barisan orang sebelah tengok wayang pon sampai pening kepala.


4. Pusat Asuhan

Ibu bapa yang bawak baby ke dalam panggung wayang. Aku tahu bukan baby tue yang nak tengok, tapi ibu bapa pon tahu kot baby bila-bila masa boleh menangis. So, aku tak nampak relevannya ibu bapa bawa baby masuk dalam panggung wayang. Tapi banyak kali juga aku jumpa. Aku nasihatkan, toksah laa bawa anak anak kecik bawah 6 tahun dalam panggung wayang. Aku tahu, aku pernah bawa Mem Kecik tengok cerita Rango, dan ia adalah disaster. (-_-#)


5. Penyebar Haruman

 Aku bukan tak pernah terus ke cinema bila balik kerja, tapi aku ambil kira gak dengan bau peluh bagai. Biasanya aku memang bawa deodoran dalam beg untuk masa masa kritikal macam ni. Dan lagi, aku cover dengan sweater. So, sweater penting dalam cinema bukan sahaja untuk kesejukkan dalam wayang, tapi untuk cover bau peloh. koh koh koh.

Dan lagi, yang kaki bau belacan tue, janganlah tanggalkan kasut.
Bawak bawaklah sedar diri.


Itu antara yang aku pernah jumpa dalam wayang. Ada lagi sebenonya, tapi aku dah malas nak lukis... koh koh koh...cukuplah yang ini yang paling selalu aku jumpa. Lenkali kita cerita yang lain plak.
Adios.

P/s: Tahukah anda, PAWAGAM bermaksud Panggung Wayang Gambar? Ia dimulakan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dizaman kegemilangan beliau.

64 comments:

  1. itu tak masuk lagi yg suke menendang kerusi dari blakang.. tkejut2 gugurl tau.. rse nk bgn g lempang org ittew.. gggggrrrrr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann...? yg menendang kerusi dari belakang mmg mengudang kemarahan betol la... kita da jeling pon depa masih tendang2 lagi.

      Delete
    2. @Khadijahzulkefli - haaa.. itu pun selalu dah jumpa, tapi dah malas nak lukis dah malam tadi... koh koh koh

      Delete
    3. haah! ini kami pun kena gak..suka no sungkik2 kosi org depan..ate kaki ko giant sgt ke punn lutut takley letak leklok!

      Delete
  2. jom tengok hindustan aujinz//heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha... pepagi nak layan hindustan ke mende bro... koh koh koh

      Delete
  3. pagi2 monday blues aku da terbaca entry nih.. huarghhhh!!! tahan mata ngantok! tp mmg slalu kowt jmpe kelangan kelangan cmneh, hampeh sungguh depa haha

    ReplyDelete
  4. Yang part goyang kerusi tu paling selalu kena, goblok betul diorang ni. HAHAHA

    pastu aku pernah tengok wayang ada budak kecik *bukan baby*, dia boleh main lari-lari dekat dalam wayang tu. Pastu mak/ayah dia buat tak faham je. HAh tu lagi goblok. HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. herm hermm.. itulah pasal... bebudak bukan semua reti duduk diam sekejap.. nak nak kalau cerita tue tak menarik minat depa

      Delete
  5. Replies
    1. koh koh koh... samalah kita... tapi aku okeyh jer... hik hik hik

      Delete
  6. Yang pesen remisier tu layak duk dpn laptop je..haha.

    Lagi satu kalo yang datang dlm satu group. Dahla buat bising, buat macam rumah sdri pulak. Ada ke patut cite seram diorang boleh gelak2? takpaham betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang datang dalam group buat bising tue biasalah. Diorang punya self confident tinggi bila dalam gu masing masing. Tapi saya pernah masuk wayang dengan member member, kitorang bising masa wayang belum start. Bila dah start, kitorang layan ikut keadaan. hormat orang lain.. XD

      Delete
  7. nasib baik aku jarang jumpa spesis2 hantu ni. cuma part mak bapak bawak budak tu yang kadang2 muncul. macam perangai orang zaman batu baru 1st time masuk wayang je. (marah lak orang2 zaman batu kat aku camni.. hohoho.)

    tapi aku lagi tertarik dengan post script kau tu. baru ku tahu... ;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... baru tahu eh?.. aku ingatkan dah ramai yang tahu... huhuhu

      Delete
  8. Replies
    1. hahahha.. aku tak pernah jumpa yang pesen nie lagi.. XD

      Delete
  9. cik puan katak merahJune 10, 2013 at 9:47 AM

    ekekeke..no 5 ngn no 3 mmg xley thn...bau yg sgt xley thn...xkonsentret nk tgk movie...sbb asek dok tahan napas dr terhidu haruman yang xsepatutnye...yg jack hammer tu...hammer kn je kaki die...tensen je ase...T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan kan.. kembang kempis hidung tahan nafas.. koh koh koh

      Delete
  10. saya dah jumpa macam2 species ni (dah tulis kat blog sal dorang2 ni) dan yang paling banyak jmpa jenis pengulas tulah. pastu cakap bukan main kuat lagi... ckp dgn org yg belakon dlm tu, macam la dia dengar ko cakap apa... rasa nak lempangggg je... grrrr!!
    saya pon mengulas jugak dgn inche tunang, tp bisik2 je tk bg org dgr... tp dorang ni cakap kuat kot smpai satu panggung leh dgr. tensen gila...
    yang bawak anak jenis tak reti dok diam tu pon satu, rasa nak suruh dorang tgk wayang kt umah je boleh???

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboiii garangnye diaaaa.. koh koh koh...

      Delete
  11. oooh... PAnggung WAyang GAMbar rupanya :D

    sungguh informatif blog hang ni aujinz :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. koh koh koh.. perli kaa apa... takkan hangpon baru tahu kot.. XD

      Delete
    2. lol.. siyes aku baru tau asal usul perkataan pawagam, tapi kalo word bayang pawaka sampai skang aku taktau asal usul dia XD

      Delete
    3. kalau Bayang Pawaka aku pun tak tahu koh koh koh

      Delete
  12. haha.. tadi baca nota tuk paper ptg ni, tba2 tgn gatal on lappy.. end up kat blog hang..
    dlm byk2 pnh jumpa 1,3 n 5 laa..
    yg no 2, kalau tgk ngan adik je la.suka tanya dia byk2.mls nk tggu citer habis..
    slalu dia akan jawab, "akak, tgk la dulu~" =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa.. kannn.. adik pun malas nak layan koh koh koh... lenkali tengok dulu baru tanya... hua hua hua

      Delete
  13. Ko pernah jumapa malaun yang main laser dalam panggung tak? aku pernah. sangat bangang orang itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. main laser dalam panggung tak pernah lagi. kalau ada, aku sound jer...

      Delete
    2. ada mamat sound.. "hoi, batak ke apa?".. tersembur popcorn time dengar. hahahaha

      Delete
    3. hahahhaha.. sound jer kasi pecah panggung, dalam gelap siapa nampak.. koh koh koh

      Delete
  14. ooo info yang last tu rietta xpernah taw...thanks for the share...itu la, kdg kdg org xpedulikan org laen...dia kira dia jerr...bayar tiket sama harga, biar la sama sama selesa...err....dik aah tgk rango?fuyoo.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah, sebenonye lebih kepada Rango tengok dia.. dan Ayong dia juga... koh koh koh

      Delete
    2. Uiks....ayong nie.....nakal cam dik ah juga yea....

      Psss....yg kt pantai blom pernah nek....nnti nk cuba la...tpi yg off track niel..mmg mencabar....tapi best sesangat.....

      Delete
  15. kalau makan popcorn ngunyah secara ternganga..dan tertidur sambil berdengkur, itu nak klasifikasi kan sebagai rakyat malaysia yang kurang sopan keee.. atau si pendengar itu yang sebenarnya bermasalah??

    ** kejadian berlaku sewaktu babak-babak senyap lagi suspen..tiba-tiba "kruk krak kruk krak.. kroh kroh" memecah sepi.. <-- tulisan disengetkan =3=""

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha.. adakah si perlaku itu adalah si Cekot?..

      Delete
    2. huuih tuan ambe..selekeh-lekeh ambe tak ada la sampai nk tidur dengkur.. paling koman pun tidur2 ayam. tp waktu tidur2 ayam tulah terdengar bunyi kerangupan popcorn. pedihh je ati. =3=

      Delete
    3. ooooooo.. orang sebelah lah eh... hehehehhee

      Delete
  16. walaupun masuk wayang boleh dibilang lg dgn sepuluh jari...dah jumpe dah serupa ni...cume x semua.

    yang mengulas tu. serius, sakit hati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe.. so, bila kita nak gie tengok wayang nie?.. koh koh koh

      Delete
  17. hurmm..yang masuk satu group..pastu gelak kuat2 pun ader..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya bila ramai ramai, konfiden diorang level tinggi... dah pernah rasa dah perasaan tersebut... koh koh koh

      Delete
  18. Hahaha.. aku pnah kne kusi kne tendang2.. bangang sggh.. geram..
    huihui

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sabo sabo... baling jer kotak popcorn ke belakang...

      Delete
  19. 1 sampai 5 mmg kalau kena kat aku kompom kena jerit kaw2!

    ReplyDelete
  20. yang kentut slow-slow ada tak? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kentut slow slow pon ada... tetiba jer bau harum memenuhi ruang... koh koh koh...

      Delete
  21. huahuahua....

    lucuuuuuu....

    ReplyDelete
  22. haa, bab anak kecik tuh, kalau yg atas 6 tahun lain pulak pe'el dia. dok berlari sana sini. main kejar kejar dgn adik dia dalam panggung. rasa nak heret tarik keluar je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm erm.. tapi sekurang kurangnya yang dah sekolah rendah diorang takde laa ligat sangat... hue hue hue

      Delete
  23. alaaaa..terasa...sebab selalu jd pengulas..tp pengulas sikit je..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. pengulas kalau tak kacau orang takpe laaa jugak.. koh koh koh

      Delete
  24. yang no. 4 tu biasa jumpa dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... selalu jumpa?.. power power XD

      Delete
  25. owh..
    nasib baik pergi haritu..
    (yang sekali jer tu..)
    xde yang pelik2..
    happening jer masing2 ketawa2..
    sebab sorang ketawa semua nak ketawa ye x?
    huahuau..
    (tapi lepas ni x boleh pergi lagi.. ayah x kasi huii..saje nak ngadu..^^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolololo.. kesian dia... takpelah. Esok dah kawin boleh pergi kot... koh koh koh

      Delete
  26. hahaha , kalau tgk pun , tak suka yg suka pengulas or pengomen or pengkritik dan adik-beradik dengannya...kalau nak cakap banyak , sila keluar...yang suka call dan mesej , mmg awal2 sruh silent kan handfon , kalau dah jenis tak boleh duk diam , memang duk jauh2 dari dia...tak boleh nak concentrate tgk nanti...chewah :P

    ReplyDelete
  27. huhu sy pun pernah beberapa kali alami benda mcm nie. geram pun ada. kacau line betul!

    ReplyDelete
  28. pasal "pusat asuhan" tu pnah kena... spoil mood betul...

    ReplyDelete
  29. Okey...maksud pawagam tu saya dah lama tahu...sekian..hihihi.

    Erm...bab jadi pengulas tak bertauliah tu..mmg byk kot...mmg rasa mcm nak belasah la-la tu jugak. Dan kalau lah ada solotep...nak je solotep kan mulut org tu tebal2 kan.. -_-"

    Dan yg gegar kerusi tu...pernah jugalah saya alami...mmg xdinafikan pening kepala tu kompem..pernah saya tolak kerusi dgn badan kuat2 sbb sy xnak bagi rasa goyang...lenguh jugaklah lepas tu..huhuhuhu...

    Bab bau badan tu...kalau kena pun saya akan cepat2 sapu myk cak kapak kat hidung..xrela kot nak hidu bau yg entah hapa2 dari ketiak depa....eeeeuuuww....!

    Yg bw anak kecik...setakat ni xpernah lak jumpa bw baby...bwk budak2 2tahun keatas tu pernahlah nampak...itu pun sebab bw adik tgk upin ipin...hehehe....

    -NA-

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD