02 September, 2013

Konda Kondi

Di kampung aku, kitorang panggil Coktat. Dari mana nama tue datang jangan tanya aku. Tapi nama komersial dia Konda Kondi atau Kaunda Kaundi. Nama lain pon ada gak macam Catuk Ayam, Ketuk Pedang dan entah apa apa lagi. Glemer gak game nie.

Permainan nie perlukan tiga benda jer. Kayu anak - (10-15 cm), kayu Ibu (60 cm) dan sudah tentulah pemain. Takde pemain takde lah permainan.. koh koh koh.. oh ya, dan juga lubang yang dikorek di tanah. Lubang kecik kira kira beso penumbuk.

Bebudak kampung aku main game nie dengan dua step jer. Sungkit dan Catuk Ayam. Kalau ikutkan dia ada 3 step. Tapi dua jer pon dah berlengaih ketiak baq hang.. Ok, ini stail permainan kampung aku. Lain lain tempat, mungkin berbeza cara permainannya.

Langkah pertama - Sungkit.

Dua team paling kurang 3 orang pemain. Kalau dah takde kawan, dua orang pon boleh. Tentukan giliran pertama dengan Osom atau lambung duit. Pemain pertama bolehlah letakkan kayu anak melintang pada lubang. Dengan menggunakan Kayu Ibu, sungkit kayu anak sejauh yang boleh dan bukan setinggi yang boleh. Sebab apa? sebab pasukan lawan akan cuba menangkap kayu anak tersebut. Kalau pasukan lawan tangkap sebelum kayu anak jejak ke tanah, seluruh pasukan akan habis giliran.



Kalau pasukan lawan gagal menangkap Kayu Anak, permainan diteruskan. Kiraan mata boleh dibuat dengan mengira jarak di mana Kayu Anak jatuh dari lubang permulaan menggunakan panjang Kayu Ibu. 

Setelah itu, pemain lawan akan berdiri di mana Kayu Anak jatuh dan baling Kayu Anak ke dalam lubang permulaan. Kayu Ibu hendaklah diletakkan melintang pada permukaan lubang. Samada Kayu Anak masuk ke dalam lubang atau menyentuh Kayu Ibu, pemain akan hilang giliran untuk ke step seterusnya.



Langkah Kedua - Catuk Ayam

Sekiranya pihak lawan gagal memasukkan Kayu Anak ke dalam lubang atau menyentuh kayu ibu, pemain akan ke langkah seterusnya iaitu Catuk Ayam. Kayu Anak akan di letakkan/disandarkan pada penjuru lubang. Dengan teknik yang betul, pukul Kayu anak yang akan menyebabkan ia melenting ke udara. Hayun sedas sebelum ia jatuh ke tanah. Pihak lawan akan cuba menangkapnya seperti langkah pertama.



Teknik ini paling susah, oleh itu pemain diberikan peluang sebanyak tiga kali. Sekiranya gagal memukul kayu anak selepas tiga kali, pemain akan hilang giliran. Sekiranya pihak lawan berjaya menangkap kayu anak selepas dipukul, seluruh pasukan akan hilang giliran.

Sekiranya pemain berjaya memukul Kayu Anak dan pihak lawan gagal menangkapnya, permainan diteruskan, mata dikira dan ulang langkah pertama sehingga pemain hilang giliran. Pemain seterusnya akan mengambil alih.


Selalunya permainan akan berlanjutan sehingga berjam jam atau sehingga salah satu pasukan fed  up dan mengalah atau ada pemain yang bergaduh kutuk-kutuk nama bapak sebab tak puas hati. Oleh itu, permainan hendaklah dimainkan dengan jujur dan semangat kesukanan. Koff..

P/s: 
Konda Kondi agak merbahaya kerana menggunakan kayu yang melenting. Tetapi jarang ada pemain yang cedera terkena Kayu Anak atau Kayu Ibu. Kalau ada pun cedera sebab kena beduk dengan Kayu Ibu kerana mengelat semasa mengira mata.
Nyiahahaha...

Permainan tradisional dah semakin pupus ditelan zaman.
Tak pasti laa samada bebudak sekarang tahu main Konda Kondi lagi ke tak.
Ini laa permainan aku semasa kecik, dimana handphone, iPad, Temple Run, Pou dan PS3 belum wujud lagi.

Amacam, ada bran??



44 comments:

  1. nyiahahahaa..... sesungguhnya aku tak pernah tau pun pasai permainan tradisi yg bergelar konda kondi ini, yang aku tau dan pernah terlibat masa kecik2 dulu ialah congkak, gasing, layang-layang, dan beberapa lagi yg aku tak brapa nak ingat... tapi konda kondi ni tak termasuk dlm list la... ahaha, hang kira lejen la, hahah XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakaka... hang buat apa tak tidoq lagi nie...
      Haaa.. itulah untungnya jadi budak kampung. Kitorang takde benda nak hiburkan hati, so bila takde playstation, kitorang play outside... kakakaka

      Delete
    2. alang2 belum ngantuk lg time tuh, skodeng blog memember dlu, komen apa2 yg patut... kekeke xp

      Delete
  2. untunglaa..sy zaman kecik2 tawu main congkak, batu seremban dengan galah panjang je.tak tawu nak men coktat ni acane :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. mungkin sebab permainan nie selalunya dimainkan oleh budak lelaki kot..

      Delete
  3. masa kecik dulu pernah la main...lama dah tinggal huhu

    ReplyDelete
  4. Antara game - game yang pernah main waktu kecik dulu.
    1. Konda kondi. Kat kampung panggil 'balun ular'
    2. Tuju kasut
    3. Congkak dalam tanah guna biji getah
    4. Polis sentri
    5. Aci sembunyi (siap lawan tukar baju lagi - tak kira laki pempuan)
    6. Tuju getah (letak pancang kayu setinggi lutut macam korang pacak tiang gol kecik tu, lintangkan getah diantara kayu, letak getah2 atas getah yang dilintang dan cuba jatuhkan sebanyak mana getah yang mampu dengan menembak getah yang ada kat tangan)
    7. Gasing
    8. Guli
    9. Dangau (Pondok²)
    10. Cikgu - cikgu
    11. Layang - layang
    12. Lawan getah pemadam
    13. Lambung tangkap (Batu sambut)
    14. Toi (galah panjang)
    15. Cappelong (tembak buah cenerai dalam buluh)

    dan baaaanyak lagi! (ni tak masuk board game lagi)

    hehe..

    oh rindunya permainan dulu - dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuh penuh senarai. *thumb up.
      memang semua game ni best. rindu nak main game ni dengan kawan-kawan. hehe

      Delete
    2. mmg penuhlaaa snarai/..ahahha...fi biasa men pemadam ja..ahaha

      Delete
    3. Fina : fuhhh.. penuh senarai baq anggg... kekekekeke

      Dani: zaman bebudak dulu best kan kan kan ~

      syarafi: main pemadam pon lejen gak tue.. kakakaka

      Delete
  5. oh dulu aku dengan member2 panggil konda kondi ni 'ala konda ala kondi'. memang tensen men game ni kalau tak bebetul fokus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... sebab selalunya main game nie lamaaaaaaa... hahahaha

      Delete
  6. tau, tapi member member tak berapa nak main.

    so jarang la main. lupa dah~~~ huuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiks, alaaa... game nie kan nampak ganas... kakakaa

      Delete
  7. Replies
    1. Kikikiki.. Alhamdulillah, terima kasih. Ayong dia hensem tak?

      Delete
  8. gua salu jadi pemerhati politik je kat tepi. nak main abg gua xkasi, dilarang main dgn kawan2nya. jatuh stended katanya ada adik pompuan T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. biasanya kawan kawan aku pun tak bagi adik pompuan depa join... tapi kalau dah tak cukup korum, kitorang ok jer...

      Delete
  9. pernah main jugak masa kecikdulu..

    ReplyDelete
  10. aku kecik2 main golf...
    cari kayu buat batang, guna bola ping pong tebuk lubang atas tanah. tinggi darjat aku main mainan org kaya haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakaa.. nie mesti nak join golongan elitis nie...

      Delete
  11. aku tau games ni mse kitorg kne anjurkan permainan tradisional. best woooo. tp xmoh lwn dak laki sbb diorg teror bab trick kitorg. satu agi, baling selipar. nnti wat entry k. kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe...baling selipar? Baiklah.. (>^ω^<)

      Delete
  12. Rietta xpernah men nie...xreti men pown....tpi pernah dgr...mgkin sebab kitorg xcukup korum ataw xckup kawasan...maklum la...kg kecik jerr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehee... tapi boleh jer main lagi kalau ada anjuran Hari Keluarga ke apa ker...

      Delete
  13. generasi aku, maen lg benda alah nih.

    ReplyDelete
  14. Dah berzaman woii tak main game ni. Bila nak share pasal galah panjang?

    ReplyDelete
  15. walaupun aku org kampung, tapi x pernah main menatang nih.. sbb kat kampung aku, mainan ni x popular.. stakat gasing, toi, caplong, apa semua tu, pernah la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehee... tue laaa tue.. lain kampung, lain permainan femes depa.

      Delete
  16. Penah dgr tp xpenah main..tp bila dh bc entry nie..tringin plak nk main...cm best je..

    ReplyDelete
  17. zaman kecik awak meriah tak tanpa main konda kondi dgn saya? kakkaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tue laaa tue.. kurang kemeriahannya. Hahahaha

      Delete
  18. Saya suka...saya suka...
    Permainan paling best! Hehe...
    Selain tu..permainan yang kira top la jugak..
    1) Ting-ting
    2) sep tiang
    3) pepsi cola
    Hehe...
    Terbaikk!! :)

    ReplyDelete
  19. hahahaha! kutuk2 nama bapak tu klako. padehal tak kutuk pun. sebut nama bapak je. ahahahaha! rindu gile zaman tu. dah bosan main konda kondi.. lepas main konda kondi. pegi mandi lombong mati tangkap haruan/talapia (sauk gune bakul je). tapi in the end.. game yg slalu kite main.. kejar-kejar or polis sentri

    senang je nak bond ngn org sekampung, or bile ade jiran baru pindah. main skali. skrang nih, rupe jiran pun taktau walaupun dah duduk sini 10 tahun. haha.. la ni aku baru sedar jiran ade anak pompuan cantik. gyaahahaha!

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD