16 February, 2014

Tak sakit mana...

Selamat petang.. aku tak tau aaa korang baca entri nie bila, tapi masa aku menaip nie memang dah petang. Burung-burung pun dah balik sarang dah. dah habis syif depa kabo. Esok depa nak keluo pagi-pagi. Depa pon malas nak hadap kerja cari makanan hari-hari tapi dah itu jer kerja dia. 

"Hai Encik Burung, awal balik hari nie?"
"Ha'ah" jawab encik Burung.. "ulat kurang sikit kalau dah pepetang gini. Panas. Depa dah balik lepak rumah tengok berita.." sambil mengesat peluh di ketiaknya.
"oooo.." jawab aku sambil menguis-nguis skrin handphone macam kanak kanak terencat tak tahu nak buat apa sebab dalam handphone, game flappy Bird pon takde.

Haa, yang baca entri aku nie sebab nak rileks lepas main Flappy Birds, dah berapa kali burung korang mati.. Nyiahahaha. Menyesal aku tak cipta game tue dedulu kalau tak sekarang nie aku dah kaya, dah tak payah sesusah menaip entri nie. Macam pencipta game tersebut Dong Nguyen yang serta merta jadi femes dan kaya. Lepas tu sampai tak sanggup nak hadap kefemesan dan kekayaan, terus tarik semua game tue dari semua online store. 

Penangan burung dia power betei..sampai bebudak/makwe/pakwe/mak/bapak orang sekarang pon hari hari main burung dia.. maksud aku Flappy Bird dia..err.. maksud aku game Flappy Bird yang dia cipta.. tengok Aujinz dah merapu pasal burung jer nie.. ai ai ai..

Tapi oleh kerana aku tak berapa pandai nak buat programming, so dapatlah korang hadap entri merapu aku nie.... so, bersyukurlah. Eh, berapa panjang mukadimah lah..

Zaman aku kekecik dedulu takde Flappy Bird. Game paling lejen masa tue pun cuma Brick Game 1000 in 1. Nampak macam gempak macam Kopi 3 in 1 tapi game semua sama jer ..balik balik itu.. balik balik itu...Harey betei... pe'el serupa ahli politik. Menipu jer memanjang. 

Kembali ke pangkal jalan, selain daripada pandai membuang masa, masa sekolah dulu bebudak sekolah zaman dedulu agak pandai mencipta permainan. Kalau tak percaya korang tanya laa abang abang/ kakak kakak korang yang lahir lewat 80an dan 90 dulu.... eh korang nak pergi mana, duduk baca nie dulu. Korang boleh tanya diorang kendian. Aishh..

Korang cuma perlukan sebatang pen yang boleh dibuka penutup dia. Macam pen Stabilo. Anskru (..ko Aujinz semua perkataan English ko nak Melayukan kannnn..) errr.. Unscrew dalam bahasa Melayu ape nok? Ahhh.. duliklah.. tengoklah rajah di bawah..

Haaa... ambik bahagian hujung tue jer. Dengan menggunakan skill korang, tekan dan gelincirkan jari korang pada hujungnya sehingga bahagian penutup itu berputar pada paksi dengan gerakan yang selari dan sekata ibarat giro mini yang berputar serupa gasing pada paksinyaaa dengan titik paksinya menetap setempat menentang graviti dengan daya sesaran yang sekata... (...tarik nafasssss..)

Nak lebih afdhol lagi, korang lawanlah dengan member sebelah korang siapa paling lama boleh memutarkan penutup pen tersebut. Sebelum putar lagi bagus korang pandang kawan korang kat sebelah dan kata "Saya putar, Halim" dan tanpa menunggu dia kata "OK" korang terus putar jer. Abaikan jer dia. Bukannya penting pun. Lagi cun kalau kawan korang tue namanya Halim. Nampak sadis sikit. Kalau Halimah macam tak in plak. " Saya putar, Halimah!" nampak tak? Tak komersial sungguh.

Kengkadang, memerhatikan penutup pen tersebut berputar boleh jadi ghalit. Sehingga terlupa dunia yang fana dan sementara ini. Ok. Terover plak. Penutup pen yang berputar akan membuat bunyi yang mengasyikkan jugak, terutamanya kalau diputarkan di atas meja kayu... so korang memang boleh layan. Aku pun tak faham ayat aku sendiri, korang jangan tanya aku apa-apa. Sob...

Ekceli objektif permainan tak berfaedah ini bukanlah skill putaran korang. Tapi, aftermath selepas setiap pusingan perlawanan tersebut...korang ciptalah hukuman "Siapa kalah dia kena........" yang akan menambahkan lagi perisa keterunaan keterujaan tersebut. Gerenti permainan ini akan jadi 100 kali lagi best.

Skill yang power belum tentu menjamin korang akan terselamat dan menang..


jadi.. seperti perjanjian yang telah dipersetujui, yang kalah terpaksa menerima hukuman...
jangan buat muka stebeng, jangan buat muka seposen... bayar tetap bayar! Jangan nak mengelat dengan ucapan "Woi, asyik aku jer kena, mana aci macam nie..
Aci kat India. Jangan jadi pondan. terima jer akibatnya...

Yang menang, jangan bagi can. Ibarat perempuan yang pantang tengok pasaraya ada sale, ibarat kawan kau offer kau Nasi Lemak yang dia terlebih beli atau orang Malaysia yang pantang dioffer benda free,
sambar jer peluang yang ada...gunakan jari korang dengan sebaik baiknya...

..dan lepaskan keterujaan korang dengan seikhlas hati.
Okeyh, lepas tue ulang permainan lagi dan kita tengok siapa yang paling berbirat pelipat siku 
selepas sepuluh pusingan.

P/s
Minyak urut dan plaster berubat dijual berasingan. 

41 comments:

  1. kahkahkahkahkhakah! permainan yg paling tak berfaedah selepas lawan pemadam.



    tapi best :')
    serius rindu giler zaman sebelum moden T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. kan kan kan... memang ohsem zaman dedulu sebelum pra modenisasi koh koh koh

      Delete
  2. Tak tahu pula ada permainan ni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. permainan ini tak pernah di daftarkan dalam sukan olimpik, sebab tue tak terkenal.. kho koh koh

      Delete
  3. Aku pernah main game ni...
    Sape kalah kena stalit (eh, gitu ke eja dia ek?) Kena jentik dgn kuatnya di dahi smpai tahap boleh lebam dan lembam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha... stalait.. atau mungkin juga Starlight.. mana kita tahu asal usul perkataan tue dulu.. koh koh koh

      Delete
  4. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai.. awak ikhlas tak komen kat blog saya nie?.. koh koh koh

      Delete
    2. haha.. dah berpuluh kali baca komen ni

      Delete
  5. akak tak pernah pun main menan ni? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak, permainan nie tak femes kak .. koh koh koh

      Delete
  6. siyesly...aku x pernah main game ni. ke aku yg ada amnesia?? err..konfius. =.="
    selalunye game2 camni, part hukuman dia la yg paling syiok. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. game macam nie kurang femes bro.. sebab tue tak dikenali ramai.. bab hukuman tue aku rasa biasa dah..

      Delete
  7. yeah..aku faham perasaan tu bero..
    banyak penutup pen aku hilang lepas main tu..
    dah batang dakwat tu terjojol maked macam tu..

    sobs :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha... lenkali lepas main, pasang balik.. koh koh koh...

      Delete
  8. uiks...xnak larr maen....huhuhu...xberani tanggung hukuman kekalahan...hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaa.. hukuman tue boleh diubah, macam ketuk ketampi ker, lambung kasut ker...

      Delete
  9. bongoksss sungguh entri... ketawa dekah dekah daku...
    nasib time rehat...
    tapi tak penah tau pon menan ni~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. nasib baik time break kan kan kan... tue laa tue.. tak ramai yang tahu.. hue hue hue

      Delete
  10. awok ni byk cerita mainan zaman dulu..haish..menyebabkan sy terfikir awak ni umur bapa eh..pastu hidup zaman sy ke zaman tuk kaduk ke..huhuhu..haaa cpt bg jawapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. awok, kite budak kampung awok... memang banyak permainan cipte sendiri.. koh koh koh

      Delete
  11. eh.. pesal aku tk penh tahu permainan ni. atau game ni budk laki2 jer main. hmmm....

    ReplyDelete
    Replies
    1. game nie tak komersial.. ia adalah improvisasi kanak kanak sekolah kampung yang kekurangan game digital zaman dahulu kala.. koh koh koh

      Delete
  12. kau sorang je main pakai pen, bebudak lain semua pakai battery double A. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bateri double A berat dan tak mampu berpusing lama... penutup pen nie boleh pusing lama.. koh koh koh

      Delete
  13. hahaha... pernah maen game nih. cuma tak popular sgt di kalangan kawan2 aku. kitorang maen benda laen.

    ReplyDelete
  14. tak penah main game ni tapi bab hukuman camtu selalu guna kalau kalah main apa2 benda....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahhaa.. kan.. seronok oooo.. koh koh koh

      Delete
  15. "Woi, asyik aku jer kena, mana aci macam nie.."
    Aci kat India. Jangan jadi pondan. terima jer akibatnya...


    KAHKAHKAH! Aku syak hang mebi tgh kekurangan oksigen dan glucose masa hang menaip entry ni...

    weh... apa releven hukuman kat pelipat siku? apsal tak buat forehead flick? ;>

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa aku menaip nie bukan saja aku kekurangan oksigen dan glukosa, malahan aku kekurangan siuman juga... koh koh koh.. apa pon tak boleh..

      forehead flick aka starlight aka stalait terlampau sadis. Ia akan meninggalkan kesan pada dahi kalau yang kena starlight itu di serang bertubi tubi. ia akan mengurangkan kehenseman kami lelaki lelaki macho si sekoloh.. koh koh koh

      Delete
  16. dah dah ojin.hang dah 30 dah umuq.nak main lagu ni zaman sekolah ja hang tau dak?haha

    anywaayyy meh aku balas mende yang hang komen kat blog aku.

    TAK tu ok jek aku tengok berlakon watak jadi org islam tu.tadek apa yang ermm ermm nya.dalam drama tu tadek tunjuk dia baca quran.ambik quran.ambik wudhuk.bagi jawab salam pun tak.sebut Allah pun tak..hang jangan bagi aku ungkit pasal Hans Isaac haaa.itu lagi lah dengan jawab salam lah alhamdulillah lah apa semua.maybe kau tak perasan kot...

    lelss.k dah tu jek.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhh.. hang jangan nak bela TAK. dalam episod yang last tue, lepas dia takleh pujuk Ariana, dia kengkonon ambik wudhu pas tue bentang sejadah lepas tue solat. Ai ai ai.. hang nak kata apa.. koh koh koh...

      Delete
    2. dia tak tunjuk dia solat bebetul kan??haaa banyak jek adegan cut kat situ.kalau tak mana depa boleh lepas tayang kat tv.haaa ah hang jangan nak bela ariana rose (tetibe).ha dah hang nak kata apa lagi?kihkih kah!

      Delete
  17. Aku main pakai bateri AA. lagi cantik dan bunyi sedap.
    putarannya bersimetri. dan nampak macam permainan yg canggih. guna bateri la katakan haha

    ReplyDelete
  18. hahaha.. habis berbirat pelipat siku.. dulu2 ada jugak game yang main denda macam ni.. main ngan budak lelaki, memang parah la pelipat siku kena tampar dgn 2 jari tu.. hehe

    ReplyDelete
  19. haha cis!! ayat last x boleh blah.. gigit jugak ojin ni kang!! grr!!

    ReplyDelete
  20. salam bro, tak penah tau plak ada game ni, tp dulu2 ada gak penah main sarung pen jadi senjata, caranya cucuh hujung sarung pen kat kulit limau then dah lekat apa gi..jadilah sumpit dgn menyucuk btg dakwat pen kat sbelah...aha mcm pistol gitu^^

    ReplyDelete
  21. lahir dalam 90 an, memang pernah main dengan semua tu...yang tak tahan, Brick Game tu...hahaha
    sampai berebut dgn abang2, sebab tu la game yang paling power time zaman tu...hahaha

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD