07 July, 2014

Ramadhan 2014

Salam Ramadhan.. 
Hamboii.. Dah masuk minggu kedua puasa baru aku nak wish.. dasar pemalas kannn.. koh koh koh.. eh, akak baca blog saya sambil kunyah apa tu? koh koh koh...

Korang jangan laa tanya aku puasa penuh ke tak. Sebagai lelaki mentolseksual yang kacak macam aku ni yang tiada uzur syarie atau tumpahan darah setiap bulan sebagai alasan, takde sebab aku tak puasa. Walaupun puasa, kena gak menten kacak. 

Untung aku punya boss sangat sporting. Bila rasa nak nak recharge bateri waktu tengahari, aku cuma whatsapp boss aku "Boss, lelap kejap!". Dia akan balas "OK". Selalunya memang itu jer jawapan dia.  Kengkadang nak lagi manja aku akan whatsapp "Kejut bila waktu berbuka ya!" haaaa... yang ini pun dia reply manja gak. Selalunya jawapan yang aku terima ialah "P****k!" Sweet tak? Sweet tak? 
Boss korang hado? Koh koh koh...

Aku steady kalau tugasan hari tersebut tak melibatkan kerja menadah kulit aku yang sawo matang sedap mata memandang menjadi buruan gadis-gadis ni bawah kukusan cahaya matahari. Steady jer wa cakap lu sampai berbuka... err.. (takpe ke riak bulan puasa ni. Hiks..)

tapi kalau kena tugasan luarrr...

... lo nie, cuaca gila babun punya ekstrimvaganzabbqwtfish baq hanggg...
rasa kering semua air air dalam badan kalau berjemur bawah matahari dua tiga jam. Ketiak tak sempat basah dah kering semula. Bulu ketiak pun kejung jer rasa macam dawai.

Kalau hari hari kena masak macam ni, mau aku hilang lapan belas kilo menjelang Hari Raya nanti.
tapi.... harap-harap kurus laa....

koh koh koh

32 comments:

  1. ok la tu hilang 18kg.. pas raya nnt boleh tmbh balik 30 kg. hohoho

    skrg ni klu boleh mmg aku elakkan dok kat luar building. sampaikan nak pegi smyg jumaat pon klu boleh nak parking dlm lobi masjid. miahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hamboii, sampai macam tu sekali. Kakakaka

      Delete
  2. Replies
    1. Selamat berpose cik Ezy. Eh.. Puan.. koh koh koh

      Delete
  3. Cuaca terik betul. Aku memang buat tak dengar je kalau boss suh pg site. Hahahaha. Malam nak tido bukan main lagi bahang dia. Fuhh.. mencabar..

    tapi aku rasa susah nak tyrun 18kg tu Jinz. Nak2 kalau berbuka melantak tak ingat akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haip haip haip... aku berbuka masih ingat akhirat ok. Sahur pun ala carte eh.. ala kadar jer. Koh koh koh..

      Delete
  4. Asal tak tunggu penghujung puasa je baru wish..?

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. selamat berpose gak Cik hani.. hua hua hua

      Delete
  6. selamat berpuase Hencik Aujinz..!

    p/s: kem salam kt bos yg sporting tu..heh heh

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheehe... selamat berpuasa NzaOdonut... hhue hue hue

      Delete
  7. So,here's my comment again after the first's failure haha
    Yep, tahun ni memang sangat panas sampaikan aku demam dan terdehidrat.
    Tak pernah rasanya sepanjan 2x tahun hidup ni.
    Takpela,lagi besar dugaan untuk ganjaran yang besar gak.
    Ramadhan Mubarak!

    ReplyDelete
  8. selamat posa!! semoga ramadhan kali ni membawak kepada aujinz yg kurus hahaahaha..

    ReplyDelete
  9. teknik solar flare tu ten shin han punya

    ReplyDelete
  10. Area rumah aku, dah laa panas, dgn habuk asap kenderaan lg, dengan jerebu lagi...
    Mmg bukan idea bagus utk keluar tgh panas...
    Nak pakai payung, kang kena perli 'patah' plak...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. aku keluar kalo panas, aku selamba jer guna payung bro... duliklah orang nak kata patah ke apa... koh koh koh

      Delete
  11. dah sejibik mcm zombie dalam anime ape ntah... hahah, jinz... kalo kurus setakat hilang berat air dalam badan je tu perkara biasa la, nanti da lepas bulan puasa dia naik balik mendadak, kekeke ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. nope... aku memang pantau berat aku sebab penimbang aku boleh detect air dalam badan.. koh koh koh... so, aku memang tahu itu berat aku, bukan berat air.. hue hue hue

      Delete
    2. Uuuu~ canggihnyer... brand apa tu? Bg link kalo ada, aku pn nk beli sbijik... hewhewhew~

      Delete
  12. Muka solar flare tu kemain nakal + jahat hahahaha

    ReplyDelete
  13. bestnye boss....kat cni cuaca xpanas sangat...ok larr...boleh lagi nak berjemur...

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD