06 April, 2015

Adegan yang dah sering kita lihat ...

Semenjak abang menceburkan diri dalam bidang Fesbuking, dah bermacam-macam ragam manusia abang tengok. Kengkadang abang gelak pon ada, sebab kengkadang abang tertanya-tanya "eh, aku pernah buat ke perangai macam ni?"

Iya lah mana tau, ibarat pepatah moden ciptaan Prof. Aujinzugerberg, seperti membaling donut keras tak jadi ke dinding, akhirnya memantul ke muka sendiri, dinding tak pecah, muka penuh gula. 
*krik krik krik.........*

Salah satu perangai manusia di fesbuk.. (abang rasa semuanya manusia kot yang guna Fesbuk, belum pernah lagi abang nampak Kuda Padi menaip status kat Fesbuk......"Kuda apa paling mengkengkelkan? KoDa kenape? #hambar" ), depa suka viralkan benda-benda yang diorang rasakan boleh dikongsikan bersama-sama, maki sama-sama. Sikit-sikit viral, sikit viral, hatta typo bodo-bodo pun siap mintak orang tolong viralkan. Banyak benda yang lagi berfaedah tak nak plak depa kongsikan... resepi Char Kuew Teow Penang contohnya.... ko ingat senang nak buat?

Agaknya sebab terlalu banyak kongsikan benda yang tak berfaedah, akhirnya jadi benak susah nak nampak samada sesuatu status tu bengong asli atau umpan troll sindiran halus. Dan kengkonon sharing is caring, ramai-ramai pakat viralkan sesuatu tanpa rasa nak selidik dulu.

Yang bestnya, setiap komen pulak manis-manis ayatnya macam Susu Cap Teko expired.Tak kisah yang free hair, closed hair, yang pakai tie atau songkok, muka nerd, muka suci, pakai jubah cantik ropol ropol kat ketiak (.... apa?... owh itu bulu ketiak ke? Abang ingatkan ropol ropol..), profile kabo pensyarah kat Universiti Ontahmano, lepasan atau terlepas universiti luar negara, komen asyik nak bagus ala ala padayappa. Bodoh, bahalul, bangang senang tersentil kat komen. *pusing jari telunjuk di udara, sentil rokok kat bibir*

Kenapa perlu melemparkan kata-kata  tu semua? Adakah dengan mengata seseorang itu bodoh menjadikan kita lebih pandai satu darjah, kasta semakin tinggi dan final year exam mampu memukul cgpa empat rata?

"Esah, sebelum aku jawab exam petang ni, aku nak maki status bodoh mamat x tu! Dulu aku maki dia bodoh, terus aku dapat anugerah dekan!"
"Bongoknya engkau!"
"Kenapa engko maki aku bongok plak?"
"Aku maki engko bongok sebab aku pun nak anugerah dekan gakk...!"

Dan kenapa setiap status yang nampak bengong, tetiba di kaitkan dengan politik?

"Bodoh memantul-mantul. Ini kucai parti Tapeweh ler ni. Benak macam plastik!"

Dan bila kebenaran terserlah, dek malu kerana tergigit umpat sindiran halus, depa serang peribadi pulak.

"Hek eleh, muka macam tuntung nak sarcasm bagai..sarcasm tak sampai doh. Cuba belajo lagi ilmu sarcasm!"
Walopon ilmu sarcasm mereka pun tak tepu mana. Koh koh koh.

Serius, abang dah tak larat nak tengok komen-komen sebegitu. Kat mana depa cicirkan sopan santun budi bahasa tu semua entah. Haishhh...

****

Tahukah korang, kenapa watak Patrick dalam kartun Spongebob bodoh bodoh alang?
sebab
Tapak Sulaiman tiada otak. Cuma jalinan saraf primitif.
koh koh koh...



50 comments:

  1. ntahnye..sume bnde nk di viralkan..
    skrg ni rmai org pemes sbb video yang diviralkan je..
    kalo dlu nk pemes ssh.. skrg dh senang..


    kalo nk share bnde2 pon share bnde yg berfaedah.. share resepi best gak..

    hoho..

    kagum ngn ojinz! entry ni ayat panjang.. ehh..

    bye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hua hua hua... dah kenapa dengan entri ayat panjang? Sebelum ni pon banyak jer entri ayat panjang... wkwkwkwkw

      Delete
  2. har har har.. depa suh kita simpan sedikit kebodohan untuk anak cucu sedangkan depa keluaqkan abeh kebodohan depa macam esok dah tak mau hidup lagi..

    ayayayayaya..

    ReplyDelete
  3. best giler..nak dekan jugakkkk..hahaha..
    mari la berdoa agar kite semua x tergolong dlm golongan ini..amin...

    apepon, i love patrick, sbb dier jujur dan ikhlas...
    muah to you en.patrick

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya itu kelebihan Patrick, walopon bengong, tai dia jujur.. koh koh koh

      Delete
  4. Sebab tu lah FB dah deactivate, jarang bertweet (walaupun ada baca) dan jarang ber-Insta. Ntahla... kadang-kadang rasa macam manusia ni suka cari kesalahan manusia yg lain. Yang tukang provoke pun bukan main lagi.

    Contoh paling best - Hanis Zalikha post gambar sparkling grape juice. Rata-rata orang akan tahu tu sparkling grape juice, bukan wine, sebab obviously Hanis tu Islam. Tapi setengah orang pulak akan sengaja nak timbulkan isu "Tu wine ke?" Tapi berbalik pada Hanis, dia patutnya tahu benda tu akan jadi isu, timbul fitnah, lepas tu masing-masing cakap orang tu bodoh, orang ni bodoh. Dah siapa bodoh sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sparkling Grape Juice tu saya pun pernah minum. Huhuhu.. tapi tak pernah tayangkan kat media sosial sebab kitoa bukan tahu perangai orang kannn... huhuhu

      Sesetengah orang, kalau tak londehkan kain orang, diorang tak senang hati.

      Delete
  5. Hahahaha bak kata orang zaman sekarang: fesbuk gua fa'
    Ada semata2 utk handle fanpage blog, hiuhiuh. Byk bertuit je, at least org2 yg gua follow tu xde lah otak sengkek sgt berbanding org2 kat fesbuk yg bg gua sgt primitif dan rela kongsi apa saja kat timeline termasuk suami isteri. Adengan mlm jumaat je kot yg tak dikongsinye. Itu belum tayang pregannacy test pada umum. Helo? Bekas air kencing pun nk tayang ke?

    hahahaha dari situ boleh tau mentaliti depa tahap mana. Tau dah apa yg depa percaya. Jenis terima berita bulat2 tanpa selidik. Jenis kondem org sampai tak pijak dunia.

    Gua takut ni. Belum pun kuar si dajjal org kita dah jadi macamni.. =_=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pregnancy test tu satu.. ... yang tayang hasil tenusu pun satu gak. Wkwkwkwk...

      Delete
    2. Hasil tenusu? Atau punca hasil? Oemgee?
      Dan ojin pun bukan main suka hadap timeline. Dah la, nk ikut patrick. Bye ><

      Delete
    3. haishhh.. ini para ibu-ibu yang tayang hasil tenusu mereka laaa.. wkwkwkw

      Delete
  6. Hmmmmmm, tima kaseyh buat entri ni so aku tak payah susah2 cari idea camne nak olah pasal ni.. Lama dah aku peghati jek orang2 macam ni kat fb..tapi kena berterima kasih jugakla dengan orang2 macam ni.. Sekurang2nya mereka memberi kesedaran kepada aku, janganlah jadi seperti mereka..mintak jaoh.. Kalau termasukla dalam kelompok ni, tak berkembangla otak sampai bile2 pun..haishhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. sama sama... ini pun sebab entri Buasir Otak yang ini;

      http://buasirotak.blogspot.com/2015/04/seni-trolling-pancing-ikan-besar-untuk.html

      Jadi aku cuma buat pemerhatian perangai-perangai pembuli siber jer

      Delete
  7. aduu aku gak dh gantung tablet

    ReplyDelete
  8. terbahak bahak aku gelak baca entry ko ni. geli ketiak.

    pasal isu ni, tu pasal aku pesen tak suka baca komen orang. kalau aku dapat fwded message tru whatsapp ke, Line ke, apa apa lah, aku malas nak tolong fwd ke lain pulak. kalau dekat fb tu, cukup cukuplah dekat wall si polan tu. lainlah benda yang di viral kan tu benda molek (aku rasa 20% je kot yang molek yang orang orang suka viralkan. ke menghampiri 1%? haha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa ketiak geli? Ni mesti ketiak ropol ropol ni... koh koh koh

      Aku suka baca komen orang. Bila tengok komen masing masing, aku cuma terfikir, dalam mentaliti mereka, adakah mereka rasa mereka superior dari orang lain?

      Delete
    2. Hampeh. *hulur ketiak* wakakaka

      Aku rasa ko dengan cero sepesen. Suka baca komen orang dekat memana. Sampai pengkomen tu nama pelik pelik pun boleh perasan kot.

      Ok, Cero. Aku petik nama ko ni. Mahap la ye. :p

      Delete
  9. hahahahahaha..power. punya panjang ayat dia, tergeliat nak baca bagi habis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahhh poyolah CheTa,... selalu dulu dulu okey jer entri panjang panjang.. wkwkwkwkw

      Delete
  10. hahaha. serius. aku perati je gelagat manusia kat facebook terutamanya. :D\
    semoga jadi manusia beradab walaupun di alam maya ye dak? :D

    ReplyDelete
  11. Sebab ni laa aku dah jarang berfacebook sekarang ni...
    Bukan hape, sesetgh friend dlm fb aku tu kalau ikut memori aku diorang seorang yg hebat, alim, bagus, pandai, cun, ayu...
    Tapi bila aku tengok apa yg diorg share dan viralkan, dan tengok plak bahasa diorang yg kadang2 indah lagi taik di jamban, terus memori baik aku utk diorg berubah.
    So, utk kekalkan memori baik diorg dlm otak aku, baik aku jauhkan diri dr tahu lebih lanjut.
    Biar aku ingat diorg sbg seorang yg baik, bukannya sisi buruk yg jadi juara papan kunci tu.

    Selalu aku guna ayat ni..
    "Mulut yg caci maki dlm dunia tu laa yg cium muka suci emak dan anak kau.
    Tangan yg menaip hina carut tu jugak laa tangan yg sama mencari rezeki untuk keluarga.
    Tak rasa kotor ke? Tak rasa malu ke?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius bro, aku ada member dalam alam maya perghhh... ayat dia memang power gila dan tajam.. tapi bila aku jumpa, nak dengar suara dia kemain susah. Wkwkwkwkw...
      Mungkin mereka melampiaskan rasa mereka di atas papan kekunci sebab mereka rasa mereka boleh!

      hua hua hua

      Delete
  12. pergh cero dgn noob bergabung buat entri sarcasm..powwerr

    ReplyDelete
  13. I feel you brohh..bahlul tolol tol lah memasing.eh aku termaki ni.kakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... tengkiu tengkiu.. agak agak aaa kalau nak Anugerah Dekan ponn.. wkwkwkw

      Delete
  14. saya adalah saekor tapak sulaiman berwarna pink

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkwkwkkwkwkw... hai Boss!

      Delete
    2. Oooh hai patrick! Jom tangkap obor2? ><

      Delete
    3. hai semua, mari kita pergi menangkap obor2 bersama Sandy si tupai dan Squidward sekali... weee~ ;3

      Delete
    4. Ahahahahahaha.. Aku rasa tak cukup ruang nak gelak.. Hello Mr Patrick Noob..

      Delete
  15. manusia mmg mcm mcm ragam...ssah klu nak dialayan smeua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn.. kita bukan nya boleh faham semuanyaa... koh koh koh

      Delete
  16. skrg nak delete je semua social media

    ReplyDelete
  17. keyboard warrior je semua tuh. jumpa depan2 terus jd sopan santun...

    ReplyDelete
  18. Hai abiang, bila nak buat entri adegan yang tak sanggup kita lihat pulak, kakakaka ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. dah buat dah entri baru.. sila baca dan komn.. koh koh koh

      Delete
  19. silent reader lg best! gelak sorang2! naseb baik duk bilik sensorang kalo ta mesti roommate kate aku gile! hehehe

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD