21 April, 2010

Kelas

Dua minggu nie aku agak bz. Bukan sesaje bz membzkan diri. Tapi memang giler bizi. Dan memang bizi yang sebenar benar bizi semata mata. Err..dah berapa kali aku taip bizi?

Minggu nie aku juin tag team ngan unit aku conduct training class. Kelas macam mane nak jadi Horatio Caine yang cemerlang macam aku..errr..macam Pak Zack.

Pak Ariff berdiri bagi syarahan. Pak Arif dengan sora yang macam speaker rosak, kejap kuat kejap selo. Aku terpaksa kensentret betul betul nak dengar sora dier. Yang trainee sebelah belakang lagi laa..tak nak plak diorang suruh dier kuatkan sora. Nak sound, dier senior dari aku. Kang dier baling marker kat aku plak kate aku lawan tokey.

Sambil dia memberi syarahan, aku tersenyum sengsorang.

"Hanpa paham dak?"
soal Pak Arif selepas habis syarahan awal.

Takde jawapan.

"Hah.. paham laa tue kan. Takdak soklan. Ada soklan dak?"
soal Pak Arif lagi.

Semua senyap.

Aku angkat tangan.

"Hang loklak. Nak kena tibai? Hah..nak soal apa?"
soal Pak Arif.

"Zip seluar Pak Arif memang saja kasi buka kaaa???"

Pak Arif segera berpusing dan periksa zip seluarnya sambil terkekeh kekeh gelak.

***

Aku balik ke opis tengahari dan Encik Mad sengsorang duduk di meja lamanya.

"Hah.. Hang pi mana?.. makan rumput?"
soalnya.

"Makan rumput?"
soal aku kerutkan dahi.

"Hang kan L7!"


Cipan. Dier ingat lagi callsign tue!

7 comments:

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD