01 August, 2013

Mercun mercun lejen

Hah, raya dah tinggal berapa hari lagi nie.. siapa yang tak cukup kaki dan tangan sebab main mercun sila angkat tangan... eh.. koh koh koh..
Tetiap tahun memang ada jer isu pasal mercun kan. kenapelah diorang nie tak belajar belajar lagi. Sebagai bekas mangsa mercun lalat, gua kecewa gak aaa sehingga gua termakan dua bungkus cendol santan kelapa sawit semalam.. ok. Jauh plak menyimpang.

Ok ok, gua antara generasi yang pernah merasa main mercun sepuas puas hati sebelum mercun diharamkan di Malaysia. Tapi biasalah orang Malaysia, benda yang haram jugak ditibainya.

So sedikit sebanyak gua kenal mercun mercun nie sebab gua pernah in dalam scene kemercunan secara professional. Okay, gua ratekan mercun nie ikut pendapat sendiri. Terpulanglah korang nak ratekan sendiri tahap ke otaian mercun mercun nie. Ok jom cekidaut

1. Mercun Tepek
Kampung aku panggil mercun tepek kategori mercun lipan, kat tempat lain panggil mercun cili dan nama nama manja lain. Dia kecik sikit dari mercun lada. Penciptanya cipta suruh bako setepek tapi biasalah bebudak Malaysia kan, diceraikan satu satu sebab nak jimat. Bako setepek habis cepat. Mercun nie kategori beginner laa sebab bunyi pon manja jer. Tapi sumbu dia gila laju. Pernah sekali aku tak sempat lempar dia dah meletup dalam tangan. Kebas jugaklah tangan dengan melecur sikit. 


2. Mercun Lada
Mercun Lada aka Mercun Cina besar sikit dari mercun lada. Yang ini bunyi kuat gak. Dan yang ini aku tak pernah biarkan meletup dalam tangan. Kalau kena memang pingo lah kata orang kampung aku. Harga masih dalam kategori sederhana. Dan kebiasaannya bebudak kampung gigih ceraikan satu persatu.Gerun sebab sumbu dia laju gila. Tipikal untuk mercun lipan.

3. Mercun Mancis
Ini untuk kategori intermediate. Dah nama pun mercun mancis, opkos lah kena gesek macam mancis bila nak bakar. Selalunya penggesek dia takleh pakai pon. Gesek lah kat penggesek mancis betul, atau cucuh dengan lighter. Bunyi dia agak power tapi sebab dia guna delay fuse, so, ade sedikit perasaan selamat. Sebab tue aku letak nilai kegerunan dia rendah. Dan juga satu satunya mercun yang boleh meletup dalam air. 



4. Mercun Roket 
Orang kampung aku panggil mercun lidi sebab tongkat dia macam lidi. eh.. memang lidi pon. Untuk beginner, boleh main mercun nie. Bunyi roket dia tak kuat mana dan meletup pun ala ala mercun tepek jer. Bolehlah nak geli geli.

5. Thunderclap
Bagi kategori mercun roket, ini paling orang kenal kot. Ada satu lagi mercun roket yang bebetul bentuk roket. Aku pernah main..tapi jarang jumpa ahh..Sebab bunyi dia dan kepoweran letupan dia, aku rasa semua orang boleh kenal. Aku letak gerun tinggi sebab, kengkadang menatang nie jadi gila terbang merapu masuk dalam rumah. Dan ko bayangkan bunyi dia meletup dalam rumah macam mana. Aku pernah kena tibai dengan Diktator Sadis sebab menatang sekor nie masuk dalam jamban masa dia tengah melepaskan hajat. Terbantut. Tak ke haru.

6. Mercun Telur
Beli sebijik boleh tahan mahal. Bunyi memang ummmlah tapi aku gerun dengan plastic shell dia. Plastik doh. Dah tentu dia bersepai bila meletup dan walaupun plastik, pada kelajuan tinggi tetap merbahaya. Aku pernah calar pipi bawah mata terkena serpihan Mercun Telur. Tak berapa nak ngam dengan mercun nie.

7. Mercun Bola
Sama jer lebih kurang dengan Mercun Telur. Bunyi power gila dan jangan sesekali biarkan menatang nie meletup dalam tangan. Mesti menyesali keseelapan diwi sendiwi nanti.


8. Mercun Katak
Diorang kabo ke aku dulu, mercun nie kejar orang. Tapi aku rasa mercun lalat lagi samseng sebab tak tau dia nak tuju ke mana. Mercun katak bagi aku macam mercun bebudak. Tak feel langsung nak main. Pom pom pom pom... Koh koh koh. Mercun nie tak lejen pon, tapi saje aku masukkan. hiks

9. Thunder King
Yang ini paling best bagi aku, dia meletup sekali, dekat atas dia meletup sekali lagi. Tapi jangan sesekali bagi dia tumbang selepas sumbu dinyalakan. Alamatnya semua lari tak cukup tanah laa jawabnya. Dan paling seriau bila sumbu dia suka troll, nyala sikit sikit. Kita ingat dah masuk masuk angin, bila dekat.... sedas dia bagi, semua lari lintang pukang. Nak selamat, biarkan mercun nie dalam setengah jam sebelum datang dekat. 

Banyak lagi mercun mercun yang power. Macam Mercun Ketupat, Mercun Bom, Mercun Botol dan kategori mengarut macam mercun Ular. Entah hape hape...

Dan aku pernah ada dendam dengan mercun Thunderclap.



Korang pernah dengar letupan Thunderclap dalam tiang besi jaring badminton pada jarak dekat?


Discreamer pekat manis: Aujinz telah lama menyokong pengharaman mercun di Malaysia. Artikel ini cuma untuk berkongsi pengalaman dan bukan sesekali menggalakan pembaca dan anak anak, sedara sedara sepupu sepapat bermain mercun. Utamakan keselamatan. Berayalah dengan kegembiraan bersama orang orang tersayang dan mampu menyusun sepuluh jari. 
Sepuluh jari pastikan jangan kurang. koh koh koh 



84 comments:

  1. hehehe.. syok plak membaca... fiza pun pernah main mercun time kecik2.. skang dah jd ladies2 ny dah x main.. klu blik kmpung.. tgk sepupu lain nak main..fiza org pertama tutup tingkap n pintu.. asap dye peh~~~ boleh buat org semput.. klu dulu mmg join skaki .. tgk2.. baju dah berlobang kne bunga api.. hhehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... dah kategori bukan bebudak nie, saya pon tak suka main mercun dah. Sekarang lebih prihatinkan keselamatan budak budak yang main mercun. kah kah kah... dulu masa kecik mak makcik nenek membebel buat dokno jer... koh koh koh

      Delete
  2. mercun lalat ke lebah, org penah kena kejor dengan mercun tu, cisss

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa... saya pun pernah.. sila rujuk link yang diberikan... koh koh koh

      Delete
  3. pernah kena kejar dengan mercun lebah. cisssss natang lebah sungguh =,=

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha... bertabahlah awak... saya lagi haru, dia cium terus...

      Delete
  4. tgk org main je.. x pernah main.. B-)

    ReplyDelete
  5. mercun tepek tu, baru ambe ingat.. mercun papan nama lainya. dulu rajin kumpul mecun tu.. dek kerana org tercicir. pastu membakarnya tidak juga. sayang nanti habis. & mercun mancis, beli tapi xbakar. takutt~ (ahaktuih =3=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha... betul betul betul.. nama lain dia mercun papan.

      Delete
  6. Aku selalu buat muka tak malu join brader depan rumah main mercun masa kekecik dulu. Bila baca ni terimbau pula mercun yang selalu brader tu main. Sekarang main mercun pop pop pun dah okay lepas gian. Koh koh koh (Eh).

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa... mercun Pop pop aka Mercun Bawang tak feel sangat.. huhuhu

      Delete
  7. budak2 kt kg dulu suka main mercun dekat ngan surau. ada skali tu budak2 cucuh mercun bola melatah sorang mak cik yang tengah dok solat terawih.aduhaiii gelak sampai senak perut dengar mak cik tu melatah.nasib baik xde yg sakit jantung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hamboi dia gelakkan makcik tue melatah.. tak baik, lenkali marahkan budak yan gmain mercun tue... koh koh koh

      Delete
  8. adik akak selalu sangat duk main mercun..walaupun dah ada anak 2....semua jenis mercun dia beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik lelaki ke perempuan? haahahha.. mesti lelaki kan kan kan

      Delete
  9. pernah main mercun bawang je sbb gerun terlebih kat mercun2 dlm Malaysia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha... mercun dalam Malaysia nie kebanyakkannya daripada China...

      Delete
  10. Replies
    1. hahahhaha.. gegadis sungguh... koh koh koh

      Delete
    2. tapi masa nak baling tu macam atlet lontar peluru ko tahu

      Delete
    3. Ambik feel ke apa.. kah kah kah

      Delete
    4. mercun pop pop aka mercun bawang... petik ngan jari je, tak pun pijak... tak rasa apa2 pon, paling selamat utk dimain sekadar bg ada feel raya :p

      Delete
    5. hahahhaa.. Mem Kecik selalu mintak aku belikan mercun nie.. la nie dia dah tak bentuk macam bawang, dia bentuk macam tiub kaler kaler tue..

      Delete
    6. plain83, feel tu penting. janji selamat. hahah.

      Delete
    7. kasi bakar sebijik mercun bola aaaa.. kah kah kah

      Delete
  11. thunderclap dengan tahunder king powerrrr!!!!

    btw, gua 1st kahkahkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang powerrrrrr... tapi bero, lu bukan first... koh koh koh

      Delete
  12. hahaha.. teringat plak zaman budak2 dulu.. thunder king je yg x pernah main.. yg lain smua mainan zaman budak2 dulu..

    ReplyDelete
  13. Saya pernah dengar letupan Thunderclap meletup betul2 sebelah telinga, kes gagal terbang. Berdengung telinga semalaman. Dahla mlm tu kawan ramai2 dtg beraya. Mampuih xdgr apa dorg cakap huahua

    Btw, petua keselamatan main mercun tepek: cucuk mercun kat hujung lidi so kurang sikit risiko meletup kat tangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kih kih kih kih... ala apa barang cucuk kat hujung lidi... tak feel lahhhh... huhuhu

      Delete
  14. xminat la mercun2 ni.. sesak jantung dengaq bunyi..
    layan mercun pop jer..n bunga api..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak join memang sesak dada... tapi kalau join.. halwa telinga... tapi skang dah tak in dah dalam scene merecun... koh koh koh

      Delete
  15. ada tu sy tgok pakai pampes budak..adehh..xleh nk ckp apa..somi sy kaki mercun kaw2..layan je laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah... cuma pastikan suami main mercun secara berhemah ya.. koh koh koh

      Delete
  16. nasib baik masih cukup sifat sampai dah besor ni.. kalau x, mau masuk statistik budak kudung tangan kaki gamaknye. hohoho~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, walopon aku dulu pernah buat kerja gila masukkan belerang dalam besi aerial tv, siap ketuk ketuk mampatkan lagi... Astagfirullah...


      huhuhu

      Delete
  17. Main mercun tarik.
    Letup dalam baldi.
    Dalam baldi ada air.
    Lepas letup baldi pecah.
    Standby la kena marah.. (^_^)v

    ReplyDelete
    Replies
    1. mercun tarik boleh pecahkan baldi?.. powernya.. ke mercun lain?..

      Delete
  18. mercun bola dgn telor mmg power!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada satu lagi mercun power... mercun naga, yang bunyi macam bom tue..

      Delete
  19. skag min mercun naga jek ..
    tuh pun kira meriah jugak ..
    koh koh koh :D

    ReplyDelete
  20. semua mercun yang mention kat sini , pernah main kecuali yang nom 9 tu....hahaha ,tapi sejak dah tua ni , tak lalu dah nak main , just tengok budak2 je main

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... dah tua tua nie, tengok budak main mercun rasa nak sepuk jer.. kah kah kah

      Delete
  21. haha boleh tahan eh pakcik ojin ni punya nakal dia XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha.. opkos laa.. bebudak lelaki kannnnn ~

      Delete
  22. Replies
    1. bunga api king cat paling lawa heee~ :3

      Delete
    2. yang dawai besi tue kan kan kan... aaaa... aku pun suka sebab dia tak banyak asap

      Delete
  23. paling ganas pernah main pon mercun pop pop =.=.
    teringat masa dekat matriks, time puasa dok baling-baling dalam bilik.
    pernah baling bawah blok sampai orang yang lalu bawah blok terkejut.HAHHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. isk isk isk... nasib baik mercun pop pop jer.. kalau mercun bola.. nayaa... koh koh koh

      Delete
  24. aku pernah main mercun mancis dan mercun papan dlm bilik. bunyi dia perghhh.. gema tu yg best. tp tak lama.. lepas tu dh ada org tunggu depan pintu dgn penyapu lidi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah.. dah kenape ko main mercun dalam bilik?.. hua hua hua

      Delete
  25. hang tau jinz, masa skolah rendah dlu aku penah buat satu buku scrap pasal bunga api dan mercun... utk chapter bunga api, satu page aku akan salotapekan peket bunga api yg kosong, dan sampel bunga api (yg dah main) kat sebelah peket tu on the same page, pastu aku tulis description skit, kira satu brand dpt 1 page dlm buku tu... chapter mercun pun sama konsepnya, 1 brand dpt 1 page, aku salotapekan peket/kotak dia yg kosong, dan mercun yg dah main on the same page... ada la beberapa aku dpt kumpul, ada yg bukan dari aku main pun, aku amik dari kawan2/cousins aku lepas dorang main mercun tu... lol bleh tahan merapu gak aku dulu, skang buku scrap tu dah hilang entah ke mana, LoL

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguih laaa hang.. kalau ade buku scrap tue lagi mesti best sebab dah boleh jadi jurnal rujukan kan kan kan.. eh.. aku nak buat gak laa taon nie.. koh koh koh

      Delete
    2. hahaha baik, aku ijinkan hang pakai idea "buku scrap bunga api n mercun" aku itu, nnt bila nak dekat raya taon depan nnt hang publish la entry boh pics contents buku scrap yg dah complete tu okies? bleh la aku nak mengimbau kembali kenangan lama yg dah hilang... kakaka :D

      Delete
    3. malangnya beb, taon nie kitorang kurang main mercun... kakakka.. adik aku beli mercun yang meletup banyak banyak kat atas tue, acaner aku nak masuk dalam buku scrap

      Delete
  26. Replies
    1. Pop pop tak berapa lejen sengat sebab dia sentiasa ada walopon tak raya.. kah kah kah

      Delete
  27. Pop-pop tarak???
    Abah aku polis, jadi dia agak strict bab mercun ni...
    Aku main mercun2 selamat je..hehehe

    Jgn terlebih kreatip sudah, takut habis jari jemari jadi mangsa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pop pop tarak bro.. hahahha.. pakcik aku polis gak.. tapi dia la selalunya supply bekalan kami tetiap tahun masa dia bujang dulu.. koh koh koh...

      Delete
  28. salam bro..aku pnah buat mercun sendiri guna copper air-cond, alumimium ariel tv n aluminium btg penyapu...haha berjemaah jugak aku ngan kwn2 buat, n terus berhenti smpai skarang sejak kwn buat mercun copper n masuk sikit kat perut n calar kat muka..alamat 1st day raya dlm wad la kwnku, n aku sbagai pengasasnya tahan tlinga jek kna ceramah

    -m84, kb bru9-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Astagfirullah... huhuhu.. haaa tue laa pasal.. sekarang nie kalau baca berita apa gaknya perasaan? kah kah kah.. aku pernah buat gak benda bangang macam tue tapi syukurlah jari aku masih cukup.. tapi sekarang bila ingat balik, aku geleng kepala dan kutuk diri sendiri buat benda bodoh macam tue.. serius.. koh koh koh

      Delete
    2. hehe, skrang kalo jumpa kwn aku tu dah tgl parut halus jer muka dier yg calar tuu..seriusly memang bodo laa kalo dpkirkan balik, bahaya sangat2 broo...skrng aku main mercun macis biasa jer, lagipon isinya byk n murah..hehe^^

      -m84, kb bru9-

      Delete
  29. That is my childhood game. Long time no play. Miss those firework game. Nanti Raya will see battle of fire work again ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha... how about your Raya? any battle of fireworks?

      Delete
  30. Ekekkee...rietta mmg xmen mercun dr dlu lgik...mahal sgt nk bli....ekekeke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh... kalau perempuan tak per kot, memang perempuan jarang nak main mercun nie.. selalunya bunga api jer..

      Delete
  31. lepas mercun diharam kan,aku berjinak bermain meriam...abang aku ajar cara nak bg meriam power.dan yang paling best,bapak aku buatkan meriam besi..ntah mane paip besi die ambik pi buat meriam...skrng meriam besi aku yang lejen dah bocor,xbleh main lagi...dan setiap deretan rumah mempunyai meriam tersendiri,dan salah satu nya meriam besi ak...miss you meriam besi!dan kabait cap Nenas!....

    ReplyDelete
  32. xsuka mercunn tahap kegerunan dia melampau2.. layan mercun pop pop manaj je..huhu

    ReplyDelete
  33. pergh~ teringat mase kecik2 dulu. hahahaha

    ReplyDelete
  34. gua rasa mercun bola menjadi kegerunan gua dulu kini dan selamanya T_T
    fobia masa kecik mmg deep

    ReplyDelete
  35. Mercun Ketupat best gak!!, mercun robot!, bunyi suma lejen!!!

    ReplyDelete
  36. errrr... deno main mercun pop pop je... hohoho

    ReplyDelete
  37. Mmg lejenlah semua ni...hehehe

    -NA-

    ReplyDelete
  38. info yg berguna. sbb saya x taw apa-apa psl mercun. Percaya x? hehe..

    ReplyDelete
  39. semalam sblm balik rmh sempat main mercun mancis n roket... at least sakit jantung jugalah kucing2 dirumah tu~ ehe....

    ReplyDelete
  40. salam hari raya ye aujinz!!!

    owh masa balik kg kat taiping,mau cair tahi telinga mercun berdentam-dentum.confused seketika,kak lea balik ni time raya puasa atau raya cina agagagaga.....

    ReplyDelete
  41. masa dulu2 penah main mercun telur pastu baling kat pokok durian dgn harapan bg durian tu gugur cepat. tp baling jauh2 la. Pakcik yg ajar kaedah ni bila masuk dusun n it works..hehee
    dah beso2 ni, bila dgr mercun yg bunyik kuat rasanya nk je kuar p piat telinga bebudak tu..:)

    ReplyDelete
  42. hari ni baru tahu mercun mancis tu bole meletup kat dalam air.. nak cari mercun tu la, nak test buang dalam air.. haha..

    ReplyDelete

Tahukah kamu, komen kamu adalah makanan seorang blogger, lagi banyak komen, lagi banyak idea mencurah ke ladang gandum lagi rajin dia apdet.. hah, apa lagi.. komen ler XD