Dan, Tiramisu sangat senang nak buat. Takde baking baking kalau korang sediakan semua bahan dengan cukup terutama biskut Savoiardi aka Lady Fingers. Oleh kerana biskut tue kategori rare, susah nak dapat, korang boleh buat sendiri. Senang je bhai.. koh koh koh...
Gua nie dulu kabo, last resipi, last resipi.. tak last last gak.. koh koh koh.. oleh itu...
Bahan utama korang perlu ada:
250gm Mascarpone cheese (cari kat Tesco RM12.90)
kalau takde, Cream Cheese pon boleh (RM13.90 500gm)
Savoiardi aka Lady Fingers (RM12.90 kat Cold Storage. Kalau takde, korang buat sendiri macam gua)
4 biji telo ayam sefresh yang boleh ..kalau boleh, ko follow jer mana mana ayam yang nak bertelur, sampai ayam tue dok pikir "Hampeh punya manusia, aku nak bertelur pon tak senang". Dia bertelur jer, ko sambut.
6 sudu besar gula castor (gula biasa pon boleh.. kita buat dia..ape ade hal)
2 sudu besar Kopi atau Nescafe + air masak sejuk
Serbuk Koko
Eh, takde whipping cream? Muahaha.. takde beb. Resepi authentic Italian Tiramisu depa guna telur tak guna whipping cream. Buat elok elok, korang takkan rasa telur dalam Tiramisu tersebut. Sebab itu telur korang kena fresh... Maksud gua, telur ayam korang...
Yang tak suka makan telur mentah, boleh gantikan dengan whipping cream. Tapi gua nak kabo, mayonis dan aiskrim dalam mangkuk tu pun guna telur mentah beb.. koh koh koh..
Cara buat Tiramisu:
1. Adunan A - Lu worang asingkan kuning dan putih telur di dalam dua mangkuk yang berbeza. Pukul putih telur dengan 3 sudu gula sampai jadi foam bertanduk kobau bagai. Dah yakin putih telur tue dah bertanduk, cuba terbalikkan mangkuk tu atas kepala adik/abang/kakak korang. Kalau tak jatuh, dah ok laa tue. Kalau tak, diorang plaklah bertanduk lepas tue.
2. Adunan B - Pukul kuning telur dengan baki gula sampai pucat dan berkrim. Pas tue masukkan Mascarpone ( sebutan dia mas.kar.poney) dan pukul lagi sampai sebati. Pastikan Mascarpone/Cream Cheese lu orang suhu luar peti ais. Gua tak tahu suhu bilik berapa darjah Celsius. Depa dok kabo suhu bilik, suhu bilik berapa darjah Celsius woi?? Suhu bilik gua macam oven. Lagipun gua masak kat dapur, gilo apo nak masak kat bilik.
Lu worang ada hand mixer, guna mixer. Gua guna whip macam nak tercabut tangan.
3. Dah siap. Masukkan adunan A kedalam Adunan B. Fold (balik kaup) selow melow sampai dia cukup cukup bercampur jer. Dah. Ketepikan.
Custard telur |
4. Preparekan Kopi korang. Rendam Savoiardi aka Lady Fingers korang dalam bancuhan kopi sekadar basah. Jangan sampai lembik. Susunkan dalam bekas. Masukkan pula adunan Telur + Cream Cheese tadi dan ratakan. Taburkan serbuk koko. Ulang Biskut -Adunan Cream Cheese-Serbuk Koko.
5. Dah siap, masukkan dalam lemari es dan sejukkan sekorang korangnya 4 jam. Hidangkan semasa sejuk.
Kalau korang tak jumpa savoiardi, boleh buat sendiri jer. Senang banget dong...
Resepi savoiardi aka Lady fingers
Korang kena ada dua 3 biji telur,
6 sudu gula castor,
1/2 cawan tepung naik sendiri,
dan 1 sudu teh esen vanilla.
1. Asingkan kuning dan putih telur. Pukul asing asing dengan 3 sudu gula setiap bahagian. Pukul sampai kuning telur pucat dan berkrim manakala putih telur sampai bertanduk cucuk langit.
2. Kuak lentangkan dua dua bahan yang kena pukul tadi slow melow sambil mengayak tepung sedikit demi sedikit. Jangan over kuak lentangkan. Cukup sekadar bercampur. Panaskan oven korang 180 darjah dua Celsius.
3. Masukkan dalam beg pastri. Kalau takdo, buat guna beg ziplock.
gua guna muncung piping bag lama. Gua potong nozzle kasi lubang lebih kurang setengah inci |
4. Griskan / tepungkan / alaskan dgn baking sheet pan korang dan paipkan adunan sepanjang 5 inci. Jarakkan kalau nak buat satu satu. Dah siap, bakar dalam oven selama 10 minit atau sehingga separa perang.
Gua tau tak cantik.. tapi watdehel.. janji sodap... ghaso dio macam bahulu... |
Lepas tue follow jer resepi Tiramisu yang kat atas. Siap! Korang boleh hidangkan dengan cara berseni dan kendian postkan ke FB Instagram bagai dengan presentation terbaik korang boleh buat konon konon ala ala hotel....
Atau dengan cara lantak gualah nak hidangkan macam mana ko ape kesah!
Gemok tetap gemok gak...
rasa coklat, kopi dan cream cheese yang Heavennnn.... koh koh koh...
Adios ~
perrgh...
ReplyDeletebest!
best best.. koh koh koh
Deleteingatkan nak cakap rindu kt aku tadi..kohkohkoh..
ReplyDeleterajin buat..
nanti buat lagi lebih2..senang aku nk mintak...
hahhahaha.. hang nama Tigha ke? koh koh koh... ahhh.. buat sendiri lah Nget
Deletesuhu bilik tu ambient temperature dlm 20 - 23 darjah celcius mcm tu la... maknanya kalo kat msia ni, bilik ber"ekon" diperlukan yg mana hg kna set suhu bilik tu 20-23 darjah celcius... hahah
ReplyDeletelama sungguh aku tak pekena tiramisu, tak rasa mcm nk makan walopun aku tau rasa dia sedap... aku kalo bab benda2 manis ni kureng skit, kira selamat la jugak berat badan aku sbb aku takda "sweet tooth"... kakaka XD
p/s: pssst, brapa BMI hg skang ni jinz? jaga2 woo sayangilah badan anda heee~ X3
oooo... baru aku tahu.. tapi kat Malaysia nie mana dapat 20-23 darjah Celcius gitu... purata 32-34 darjah celcius... koh koh koh..
Deletehahahha.. jangan tanya laa BMI aku, dari dulu pun memang tak seimbang.. koh koh koh
nk order!
ReplyDeletesaya tak jual... koh koh koh
DeleteKebanyakan bahan2 yg ko sebut tu aku tak pernah kenal dan tahu pun kewujudannya. Memang aku buta resipi.
ReplyDeleteRumah yg aku sewa ni ada kosong lagi. Meh la jadi housemate aku. bolehla ko masakkan utk aku kohkoh
hahahhaha.. amboi, aku dah bagi resepi tue, boleh lah buat sendiri.. koh koh koh
DeleteNyampah aku dengan aujinz ni. Pandai betul buat tiramisu
ReplyDeletehahahhaha... alaaa jangan laa menyampah sangat...
DeleteNyampah aku dengan aujinz ni. Pandai betul buat tiramisu
ReplyDeleteamboii.. bebetul menyampah nie.. sampai dua kali dia pos.. kah kah kah
Deletehaahahahaha tak perasan
DeleteHmmm hmmm..dah boleh bukak kedai pastri dah tu.
ReplyDeleteinsyaAllah.. hua hua hua
Deletepergh, 39 minit masa yg diambil utk load comments form, sah lah line ternet dh nazak sgt *lap peluh.
ReplyDeleteApesal ojin lakiiii kan bagus kalo ojin gegirl mcm titeww bulih dok serumah, bulih lah titew berisi sikitt >_< *jilat skrin
hahahhaha... syukurlah saya lelaki... koh koh koh
Deleteterbaekkkk lah...!
ReplyDeletebiskot Lady Fingers pon boley buat sendirik...hebak hebakk
heh
hik hik hik... alaa... bukan susah mana pon..
DeleteTak pernah makan tiramisu. Tengok macam sedak la pulokk
ReplyDeletesedap beb.. heavennnnn
DeleteAntara perkara yg aku respek kat ko Aujinz, ialah kepoweran ko dlm memasak...
ReplyDeleteAku?
Masak megi segera pun tak menjadi...hehehe
mana ada power bro... aku men bedal jer..
Deletemmg mengancam
ReplyDeletehua hua hua.. memang mengancam rasa dia.. mengancam diet...koh koh koh
Deletesedap nampaknya..kalah la i..
ReplyDeleteYummy...rietta kurang minat tiramissyou...sebab pahit tu kdg kdg kuat sgt...rietta lebey suka chocolate...alaa, pas makan p naek trun tangga....hehehe...
ReplyDeletenapa mcm complicated huwaaaaa
ReplyDeleteawak jual tak? pm hahaha
pinggan tu pinggan tu pehal gitu tu?
ReplyDeleteterliuq aih..
ReplyDeleteterliuq aih..
ReplyDeleterespect la lu bro... bijok dan rajin benor masaknyer...
ReplyDeleteSudu tu pun sangatttt berseni. Kihkih
ReplyDelete