Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

27 July, 2015

Selamat Hari Raya.. koh koh koh

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Amboi, bulan puasa takdak entri, tetiba raya ke sepuluh baru nak wish... koh koh koh..

Alaaa, aku bizi der. Dengan kerja lagi, puasa, malam plak kekenyangan makan lagi...
lepas tu raya plak.. koh koh koh... sampaikan berat aku naik lagi tinggi dari sebelum puasa itu hari... sob sob sob. Tahun ni aku sempat beraya dua hari jer kat kampung. Hari Sabtu balik ke Muar, hari Ahad balik ke Nilai. Jem nokhorom. Dari kampung aku, nak masuk tol kena jem kat Serom 3 sampai ke Tol Tangkak ikut kabonya, patah balik lalu tol Bukit Gambir, dah kat highway sebelum sampai tol Tangkak kena jem sampai ke Alor Gajah. Duh... Malaysia ni nama jer ada highway, takde high mana, lowway ada laa! Tapi ok laa.. aku redah ikut jalan dalam lepas Alor Gajah. koh koh koh...

Ok, tahun ni tak sempat main mercun sangat. Aku rembat mercun 2 bijik nokhorom power giler bunyi dia adik aku punya. Itu jer laa mercun aku tahun ni. Dah tua tua ni, takde nak main mercun sangat. mercun mahal.
Dua tahun lepas kot, ada aku up entri pasal mercun-mercun femes masa Aku kecik. Tahun ni, Aku nak up pasal Meriam yang underdog ni. 
Meriam Tin!







Koh koh koh ~
Adios

27 July, 2014

Hujung Ramadhan

Entri ni terperap dalam draft dari minggu pertama puasa itu hari...
dah nak raya baru nak publish.. dasar pemalas kann.. koh koh koh


Aku pun tak faham kenapa peniaga suka guna "Lima dua ringgit"
Tak boleh ke kabo terus seketul empat posen.... 
depa ingat aku lemah matematik sangat ke?

Eh, esok raya eik?
Tahun lepas aku beraya di opis. Tahun ni balik kampung laa... koh koh koh
Aku nak wish Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Aku still kat tempat kerja lagi ni.
Orang lain dok kabo tersangkut jem atas highway.
Aku rileks jer dah dua kali ulang alik balik kampung dengan tempat kerja koh koh koh...

Yang balik mendrive tu, hati hati memandu.
Semoga jangan terlebih makan lemang ketupat.
hiks


19 August, 2013

Mencari Ketupat Raya 2013

Selamat Hari Raya... kakakaka.. dah dua minggu raya baru aku nak wish.
Almaklumlah, aku merajuk aa tak nak wish raya kat blog.. 
sebab aku beraya kat opis jer...
boleh alasan gitu? 
koh koh koh...


Hari Raya pertama, aku dah gerak awal ke opis. Solat Sunat Aidilfitri kat masjid kompleks opis. Siap solat, dapat makan makan. Tapi makan lemang dengan Mee Hoon. Agak kecewa sebab aku mengidam ketupat. aaa... selalunya ada member member datang opis bawak makanan. Tapi still takde ketupat idaman dengan kuah kacang dan masak lodeh...grrrr


Masuk Hari Raya kedua, harapan nak dapat ketupat memang takde. So, tak mahu harapanku kecewa lagi, aku start puasa enam. Member datang opis bawak lemang (lagi) pon aku dah tak kisah. (sentap tak dapat ketupat).. 

Hari Raya ketiga
Aku balik ke kampung di Muar. Harapan nak dapat ketupat adalah tipis. Selalunya, ketupat raya kitorang akan habis pada Hari Raya Kedua. Special request untuk ketupat pun tipis gak, sebab family aku dah sesiap nak buat majlis kenduri kahwin sepupu aku. Suasana raya bertukar kepada suasana merewang. Kupas bawang, potong kentang, goreng ayam... dari petang sampai ke pukul 5 pagi.. tidur pun kat balai rewang jer... waaaaaa... aku nak ketupatttt!!!


Hari Raya Keempat
Hari langsung majlis sepupu aku. Dengan muka tak cukup tidur, lepas Subuh dah kelam kabut tolong itu ini. Aku dapat syif jaga air dan cawan. pfffttt, takde maknanya, aku gak laa yang jaga lauk, jaga pinggan, topap lauk, topap air, bancuh air, basuh pinggan, basuh cawan. Nak cari ketupat celah mana gila!


Dapat budak kecik yang tak habis habis nak menyakat aku, rasa nak basuh jer budak tue dengan sabun cap kapak.

Hari Raya Kelima aku dah balik ke rumah sebab ada kerja lain kat opis. Dan berakhirnya cuti raya aku.
begitulah kisah aku mencari ketupat raya 2013... Raya tahun nie paling takde suasana raya untuk aku..
sampailah ke entri nie di taip...

...aku belum merasa ketupat Raya 2013 lagi...
huaaaaaaaaa ~


Jangan suruh aku makan Ketupat segera atau Nasi Impit,
rasa dan feel dia tak sama tau dak?!

02 September, 2012

Ketupat dan Rendang 2012

Selamat Hari Merdeka. Koh koh koh
Dah nak masuk tiga minggu beraya baru nak up entri pasal raya. Pesen ketinggalan zaman betul.

Sebenonye, Raya tahun nie biasa biasa jer..biasa biasa tue macam biasa laa.. lepas Solat Hari Raya, ziarah ziarah sampai petang, lepas tue melepak kat rumah. Hari kedua dah gie memancing. Elok la sikit daripada raya raya tahun sudah, lepas Solat Raya, balik rumah online Facebook dan layan game.

Mungkin faktor umur dah meningkat dah tak teruja macam zaman bebudak dulu. Masa kekecik dulu lain laa, Raya adalah hari mengumpul duit raya sebanyak mungkin...rumah entah siapa pun buat muka steamroll main terjah jer.. la nie kalau buat macam tue.. memang soal jawab panjang laa.. dan awkward itu pasti..

Mungkin tue hanya untuk sepupu sepapat aku yang baru nak membesar pulak. Bagi can kat depa la yer tak..



...well... mungkin zaman diorang nie lain sikit...

***

Tahun nie sepupu sepapat aku tak ramai yang balik. Yang balik pun dah terkeluar dari kategori layak dapat duit raya..penanda aras kena ada, jimat sikit duit aku.. koff..

Soalan biasa diterima bila berkumpul ramai ramai, dah malas nak jawab. So.. bila malas nak jawab aku samada sengih atau jawab tera retis... koff koff koff..

Tapi ada satu soalan nie yang aku rasa menusuk menikam ke kolbu di pagi Hari Raya..



Angah kata Along kerja lagi lama dari Angah, mesti duit Along banyak kan? Angah bagi adik duit lima keping, Along bagi satu jer.



...hah.. macam mana nak jawab tue?..

Angah hulur ke dia not biru kecik lima keping, aku hulur sekeping ke dia not biru beso...
..hunsff hunsff hunsff..

17 August, 2012

Perkara perkara penting sebelum bercuti

Hari Lebaran pun dah tak berapa hari lagi. Ramai yang dah  balik ke kampung.
Aku jugak laa yang mengalahkan Bangla dan Nepal gigih bekerja bila mana orang lain dah selamat anyam ketupat di kampung..

Sebelum balik bercuti panjang, ada faedahnya juga kita buat senarai semak antara perkara perkara penting sebelum meninggalkan rumah..

1. Berkemas awal dan bawak benda yang penting jer. Yang memberatkan lagi membebankan beg seperti lesung batu, blender, sinki dan tilam dinasihatkan tinggalkannnn.. walopon aku sendiri pun terasa nak bawak tilam balik kampung... time raya for sure akan tidur atas lantai berlapikkan selimut sebab penuhhh rumah dengan sedara mara.. sob sob sob..



2. Pastikan semua peralatan elektrik, kepala tong gas, seterika iron baju (dah seterika, iron plakkk..) dah dicabut dari soket dinding. Kalau korang jenis kedekut, cabut la sekali plag peti ais dengan motor pam akuarium.. lantok ler ikan tue nak bernapeh lagu mana.. koh koh koh



3. Seeloknya maklumkan kepada jiran anda yang tak balik beraya atau beraya di situ, tetengokkan rumah anda kot kot ada lori ke van ke tolong pindahkan barang walhal anda takde niat pun berpindah dari situ.. jangan sesekali troll member, jiran yang tak balik beraya. Silap haribulan, rumah anda clean and clear kena sabotaj..

4. Polis pun ada nasihatkan, maklumkan kepada depa kalau kalau korang nak bercuti lama. So depa bolehlah reronda sekitar kawasan rumah anda. Setakat itu jer laa.. toksah laa korang pie pesan kat polis suruh siramkan pokok bunga, bagi ikan arowana korang makan, atau bersihkan sangkar kucing dua kali sehari.. itu dah over..


5. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan kenderaan anda tip top to the top. Pastikan lesen memandu, cukai jalan semua hidup, kalau tak kang, korang memandu tak keruan mengenangkan lesen/cukai jalan yang dah kojol. Biasanya, time tue laa polis ke JPJ ke nak troll korang.. time korang tak ingat, tak dak plak depa nak buat roadblock...

6. Jangan menggunakan telefon bimbit semasa memandu samada untuk check in 4square, BBM, Twitter, approve friendlist, berblogging dan sebagainya. Ingat, kedua dua tangan mesti pada stereng.. (koh koh koh.. aku nasihatkan diri sendiri nie.. hua hua hua..)

7. Yang penting, pandu dengan cermat dan sabar toksah nak tergesa gesa, takkan lari kampung dikejar. Meter satu lapan bukan sasaran walopon dalam hati korang berkata "Apa tungku bawak seratus!". Kalau boleh, menten kelajuan persekutuan.. err..kerajaan ada turunkan had laju musim perayaan tak?


Semoga selamat sampai ke destinasi korang dengan selamat di samping keluarga.
Salam Lebaran. Maaf Zahir dan Batin.
XD

NotaKaki Lanun
mentabahkan hati untuk bekerja sehari lagi.. hua hua hua