Showing posts with label Sawan Underground. Show all posts
Showing posts with label Sawan Underground. Show all posts

05 September, 2010

Sessi Melantak di Paksu Corner

Semalam, majlis berbuka puasa dengan bebudak VF Central. Aku orang yang paling last minit participate. Sebab awal awal aku tak konpiden leh datang.

Tapi..semalam, aku adelah antara jantan terawal yang sampai.. koh koh koh..
Selalunya aku sesat kalau juin event yang keluar daerah nie.
Tapi semalam..setengah jam jer dah sampaiii..

Pakcik asal kampung. Tapi dah maju sekarang. Ade GPS..
Koh koh koh..

Semalam gak la diet aku jahanam lagi. Tapi ..hentam jer laa labu.


Sebelum berbuka. Semua sopan santun.. tengok tengok.. MiszNorul pon ade..

Menu orang diet... lalalalla...eh..mane ade Lala..


Yang nie.. encik Man punye.. aku tumpang sekaki kat kuih dier.. sup tue aku takottt nak tumpang hirup..minyak..


settle... Burp.. Alhamdulillah....

Ade sorang blogger lagi yang juin. dak Zyra Caca Marba. Meja sebelah pun buat dokno jer..Hang ek ngan ceq no.Nasib baik ade orang pecah tembelang. Kalau tak, boleh den skodeng dalam diam ..


Settle berbuka Posa.. pekena plak ABC torpedo kat Sek 2 Shah Alam ngan Geng VF Underground. Perot korang nie, panjang macam stoken ka?.. Muahahahha..

hari nie plak yer! Jumpa di Muara!

01 May, 2010

Kisah Malam Jumaat lagi..

Korang nie...pantang sebut malam jumaat..
Malam Jumaat itu hari aku pegi menonton wayang.. Ip Man 2 dan Iron Man 2. Habis kerje, balik umah mandi, pakai baju, spender, seluar bagai terus ke GSC Alamanda.

Sebelum masuk wayang sempat meneman tuan puteri comel makan selo selo Mee Hoon Udang dier..mee hoon dier makan, udang aku makan..saje nak bagi aku menambahkan kolesterol..



Aku tak pernah tengok Ip Man 1. Tapi filem nie kedua dier pun best. Man Tap pun kate yang pertama lagi banyak eksen. So..balik keje nie, aku akan ke speedy cari Ip Man 1.

Suku jam lepas keluar panggung layan Ip Man 2, kitorang masuk panggung balik tengok Iron Man 2. Macam biasa, aku suka watak Tony Stark. Dan dier ada member gak iaitu War Machine. Not bad laa citer dier. Cuma rasa macam kelam kabut sikit jalan citer dier. Layan jer laaa..




Lepas wayang macam biasa, kitorang akan ke mamak kembar di Precint 9. Aku makan roti canai kosong ngan Kopi Tarik. Lepak sampai pukul lima pagi sempat lelap kejap... Balik rumah, mandi mandi dan terus pergi keje.

Macam nak tercabut mata aku tahan ngantuk sambil menaip report...


27 April, 2010

Panggilan Pulau part 2

Weh..tak yah gie jejauh kalau nak cuti cuti.. tak yah gie obersi..nie kat Ganu pun sedak gok...hua hua hua..

Wow..awek Ganu semua come come belake (kepada yang berkenaan..ini adalah ayat penyata!..bukan ayat menggatal!)

Meh aku tunjuk gambo..
 Tempat aku menginap. Berjaya Redang. Terima Kasih kepada Bro CaE.

Suite aku yang sebelah atas. Sila abaikan tuala tersebut. Saya asal dari kampung.

Mase ning, takde lagi awek awek mat saleh bersidai.

Haaaa.. kan kan kan..pemandangan dari balkoni bilik aku ke jeti kecik. Rase takmo balik! Apekan daya, aku kene keje. sob sob sob..

Heaven kan?.. orang Ganu mane yang tak sampai sini lagi..korang memang rugi. Wanie-sang, sila balik Ganu skang!

26 April, 2010

Panggilan Pulau..


Baru balik dari percutian Panggilan Pulau Redang. sebagai seorang lanun, laut dan aku memang tak dapat di pisahkan. Modula Oblogata aku lom leh lagi stabil. Terasa bergoyang goyang macam di pukul ombak walopon aku duduk straight tegak terpacak macam patung atas kerusi.

Apepun..kepada GSU, Geng Sawan Underground, bercuti bersama korang memang selalu terbaek!..

Sommersot berpusing ala Lanun!
Macam katak terbalik pon ade!

10 April, 2010

Merapu Malam Sabtu

Habis kerje aku terus ke Seksyen dua, takde ape saja jer nak ronda ronda, sambar dua tiga batang pen lukisan, nak datang sini lagi entah lah bila bulan.

Jumpa si Sarsa di seksyen Dua. Ape kata pekena ABC Torpedo secawan dua, aku kata ahhh memang itu plannya, dah datang situ takkan nak tengok jer.


Si Sarsa order nasik ayam, Nasiknya banyak ayamnye mak aih, kedekut macam haram, "Bang, ayam dah abis yer?" soal si Sarsa dalam makna yang mendalam, tersengih sengih brader tue terkulat kulat masam macam mempelam.

Selepas makan kami ke Danau Kota, nak pekena lagu barang sebarang dua, sampai sana awek tue kata, bang bilik takde kalau nak booking dulu ler...mak aih punye laa ramai orang, diorang tak reti duk kat umah ker?

Jenjalan di Uptown ushar dan cuci mata, sambil sambil tue kaji anatomi awek awek Malaysia, yang tinggi melampai, yang rendang pun ade, yang pakai baju tak cukup kain, buat aku sesak dada.

Selepas sambar jibbitz barang satu dua, kami kembali semula untuk bertanyakan bilik yang ada, korang jangan pikir bukan bukan, tanya bilik bukan nak tukar haluan, .. partner aku jantan bukannya perempuan.

Lega bila awek tue kate, Bang bilik ade tapi kena tunggu sejam ler. Ape ade hal setakat sejam dua, jom pekena Kuew Teow terbaek di Mali's Corner si sarsa berkata, bab menghancurkan diet aku, Sarsa memang terer.

Kuew teow Mali's corner pergh sangat dasat, orang ramai beratur nak rebut seat pun tak dapat, tukang masak dier nak lap peloh pun tak sempat, yang amik order pun susun pinggan dengan ligat. Aku harap yang masin itu garam, bukannye keringat.

Amik yang special udang dier tak hingat punye, sampai naik senak perut aku udangnya tak abis juga, berbaloi keluar duit sampai nam hingget, udangnye tak hengat punye banyak bukan siket siket.

Lepas makan kembali ke Koke Danau Kota. Sempat melalak sejam setengah alahai terasa kejap pula, habis selagu sambung selagu sampai tak hingat donia, bawak bawak la balik jang oii, esok ko nak keje!

Bawak kereta balik rumah dah macam orang mabuk todi, kejap ke kanan, kejap ke tengah kejap ke kiri, punyelah mamai, calling card KKTV aku ingatkan resit tol, aku hulur dengan duit.. brader tol tengok aku mesti pikir, mamat nie betul ke tak betul?.

***

Aku parking kereta, aku tengok ade dua orang awek dok bersidai kat tepi blok.

"Aiii, dah malam pun tak tido lagi ker?"

"Nak pegi keje"

"Aik?.. ade gak shif tengah malam buta eik?"

"Kitorang masuk keje pukul 6"

Aku garu kepala. Aku tengok jam..
Pukul 5.30 pagi.
Bukan malam buta daaa...ini dah pagi buta!

***

watak utama : Aujinz dan Sarsaparilla
watak pembantu : Abang Nasi Ayam, Abang ABC Torpedo, awek Karaoke, 
Watak tambahan : perayau dan peniaga Uptown, abang Polis dekat trapik light Danau Kota, Brader tol, dua orang awek tepi blok.

28 February, 2010

Gurindam Hari Sabtu..

Destinasi : Melaka-Muar Bandar Maharani-Segamat-Melaka-Nilai.
Tujuan : menghadiri majlis pertunangan salah seorang geng VF Sawan Underground, Oyin.

Pepagi  dah tunggu si CaE datang ambik. Janji pukul 9-10 gerak dari Melaka bukan dari Gerik. Tapi pukul 11 dia call masih kat Seremban jugak. So..tak leh nak marah..tunggu dengan sabar tak leh nak jelak jelak. Tumpang dia..karang kena tinggal plak. Sambil tunggu aku dan dia drive thru kat McD, pekena dulu barang sebuku dua Filet-O-Fish. Diet aku, hujung minggu selalu kantoi..tak macam aku diet kat opis.

Dari Melaka ke Muar nak layan ekon pun tak puas. si CaE bawak Estima dia macam kapal terbang nak berlepas. Meter 180 sampai tak leh bergerak dah habis pulas. Kalau highway, aku tak kisah. Ini jalan biasa silap langkah leh arwah. Lepas tue siap leh tanya yang berdengung tue bunyi tayar, Apesal makin kuat?.. Aku dah siap keluarkan kertas ngan pen nak tulis wasiat.

Sampai rumah Oyin, melantak dulu. Aku tak makan nasi so lauk dier yang aku tuju. Ayam madu dier sangat best sampai jilat garfu. Nasib baik laa aku ingat rumah orang..kalau tak, sepinggan tue aku hadap sorang2. Diet?.. boleh ke laut..esok lusa perutku pasti gendut.

Aku ingatkan pilot bertukar, pemanduan pun selesa dan makin lancar. Owh..aku silap. si Sarsa bawak keta lagi menuju ke langit. Agaknya.. Nurul, berapa kali hang tekan brek angin sampai hangit?

CaE, aku lupa nak tanya sebelum bertolak, Estima ko seat belakang ade eject seat tak?

Hajat di hati nak mandi manda di Ledang. Tapi apakan daya, masa lak dah kurang. Ke UiTM Segamat, Ke Bandar Segamat jalan jalan lepas tue patah balik ke UiTM..awek kat sane cun cun bukan kepalang. Aku swit swit..orang kat sebelah dah jeling jeling tak senang.

Selepas misi ke Ledang gagal dari yang di plan, diorang dah rancang nak ke tempat lain. Aku ikutkan jer laa..habis tu takkan aku nak komplen. Owh, contact lense yang aku pakai bila kena aircond cepat buat mata aku letih. Terasa mengantuk, nak tido sampai air liur meleleh leleh...sebab tuelah aku tidur dalam kereta. [Geng sawan, sila percaya alasan beta].

Entah berapa kali kepala aku terhantuk pada dinding kereta. Pilot Sarsa bawak kereta macam bawak F1 jer. cilok kiri cilok kanan. Aku nak tido pun tak aman. [Awak, tolong picit kepala saya...benjol! *gedik plak engko..nak kena tangan???*].

CaE beli burger McD berkati kati. Macam tak bagi aku diet itu hari.  Tapi burger di beli belum sempat sentuh lagi, Sebab Nurul dan Sarsa dah beli keropok Twisties dan Cheezel sesuka hati.

(korang memang dengki..!!)

Dari Segamat menuju ke Melaka. Kata CaE nak jumpa kak Syahnie pula. Kak Syahnie bagi direction langsung tak leh guna. Sampai jambatan kecik untuk moto pun dier suruh lalu juga.

Di warung Mek, kitorang singgah. si Nurul perangai sungguh tak semenggah. Dengan kucing pun dier takut, Uh! Uh! Uh! melompat sampai meja berubah arah. Kitorang yang lain ketawa berdekah dekah..sampaikan si Nurul, muka merah merah.

CaE kate badan melekit lekit..aku plak kepala sakit sakit..jom kita ke Air panas Gadek, kat sane leh lah kita gedik adik beradik..

Airnya panas bukan kepalang..mencucuk cucuk sampai ke tulang, Dah laa Sarsa, aku tak tahan..sampai kaki aku pun dah kemerah merahan. si Sarsa selamba rendamkan badan. Ekau apo kono jang..sawan?

Selesai mandi, kitorang pun bersurai. Jam dah pukul 12, masa untuk cindai mengilai.  Perjalanan masih jauh, aku nak drive balik Nilai. Kepada kawan kawan dan tersayang aku kate Hai Hai Bai Bai..

korang memang best.
Meh.. nak cemolot sikit. ♥


***
Watak utama :
Aku
DYAS
CaE
Sarsa
Nurul
Syahnie