Showing posts with label manga. Show all posts
Showing posts with label manga. Show all posts

16 December, 2013

Shingeki No Aujinz.. eh... Kyojin

100 tahun yang lalu, kemunculan makhluk gergasi diberi nama Titan yang gemar melahap manusia telah menyebabkan spesis manusia hampir menghadapi kepupusan. Manusia yang terselamat telah membina dan berlindung di dalam negara yang dikelilingi tembok setinggi 50 meter yang diberi nama Tembok Maria, Tembok Ros dan Tembok Sina. Selama seratus tahun manusia terselamat dari ancaman Titan sehinggalah kemunculan dua Titan yang berjaya memecahkan Tembok Maria dan memulakan kemusnahan manusia sekali lagi.

Titan yang dikategorikan dalam beberapa kelas mula menyebabkan huru hara di dalam kawasan penempatan Tembok Maria. Ramai yang terkorban kerana kerakusan makhluk tersebut membaham manusia.



 Tentera tentera khas yang diwujudkan untuk menjaga keaman sejagat terpaksa berkerja keras untuk menyelamatkan seberapa ramai manusia yang kini di ambang kepupusan sekali lagi.


Antara tentera khas tersebut, 
Legion Peninjau adalah yang paling terkenal dan dihormati kerana terlibat menentang Titan secara berterusan. Mereka hanya popular di mata rakyat biasa, tidak kepada pelatih pelatih baru. Anggota2 mereka menyertai pasukan tersebut secara sukarela dan mereka yang menyertainya tahu jangka hayat seorang anggota Legion Peninjau adalah singkat dan tidak menentu.


Koh koh koh.. itu adalah plot Manga/Anime Shingeki No Kyojin aka Attack On Titan. Aku mula sangkut dengan anime nie semenjak melihat ke hype an peminat anime tentang Attack On Titan yang aku tidak sedari kewujudannya. Bila aku mula mengikuti siri ini, aku terus terpaut dan tidak berpaling lagi. cewah..

Serius aku tak pernah tertarik dengan manganya sebelum ini walaupun pernah sekali menyingkap mangareader sebab stroke Hajime Isayama tak berapa kemas pada aku tak seperti Eichiro Oda. Tapi anime dia memang ohsemmmm.. cerita dia 100 kali lagi best daripada Gantz yang dulunya ohsem sekarang dah merapu hilang akal.

Ia adalah kisah persahabatan, konspirasi, misteri Titan yang tidak mereka fahami motif dan tujuan mereka membaham manusia, pengkhianatan, putus asa, semangat dan semua itu bercampur-campur menjadikan siri ini sangat best.

Seperti LightSaber yang sangat sinonim dengan Star Wars, siri ini punya identitinya sendiri;
3D Maneuver Gear (3DMG) yang membolehkan pemakainya bergerak secara 3 dimensi seperti Spiderman dan mempunyai kelebihan ketika menentang Titan yang boleh mencapai ketinggian 50 meter.

Cuma, walaupun aku tahu ia cuma kartun, aku masih terfikir bagaimana 3DMG berfungsi. Konsepnya mudah dalam komik tapi realitinya susah. koh koh koh...




Siapa follow siri nie? 
Kalau korang nak baca Manga dia, boleh ke Mangareader.
kalau nak tengok streaming anime dia sila ke AnimeUltima.net. Puas hati baq hanggg...

Sekain. 
eh.. sekian

P Tendang S:
Dah lama tak melukis komik. gian dowhh...
gila happy walaupun dapat lukis 4 panel jer..
koh koh koh

Owh, singgah Devianart dan Instagram aku kalau nak lihat yang berwarna punya.
Eh, bukan semualah tapinya... XD
koh koh koh

26 June, 2011

Dunia Liyana #2





P/s :  Err... lalallalalalala...rajin plak aku post entri dua hari berturut turut..
koh koh koh


24 May, 2011

Sebagai pekerja yang cemerlang..dugaan memang banyak





***
Eheh.. dedikasi la sangat.
Kalau dah penagih internet tue,
Ape pon tak boleh!
koh koh koh..

29 April, 2011

Nak post kat sini ke kat sane?.. Pening sudah..

Aku nak berdrama kejap. Ape?
Lanun mane leh jiwang?.. tapak kaki mau?..

Gue lanun. Muka ganaz tapi dalam hati ade taman permainan.
Lagipun, aku conteng conteng jerp.. last last dok pikir, aku nak post kat Lanun Ranggi ke... Clueless Mumble..????

Ahh.. lantak aaa.. dua dua boleh. Hue hue hue...

Dunia Liyana






bersambung..

Sila SMS ke 44494-Hakptuih kalau nak suruh sambung Citer tak abih lagie nie.. dah panjang ke bawah dah Senah wehh... Setiap SMS aku akan caj RM8.50.

Ape?.. mahal?.. Nasik Lemak Sotong yang pipih macam dada Peshah Sendah tue pun mahal Senah oii..

12 February, 2010

...ape yang ko buat??????

Aku tengok Nescafe ngan menu tetiap pagi, pun dah tak lalu.
Aku menghadap laptop nak kutip cukai kat MyTown pun dah tak kisah..

Aku pandang PC nak buat report pon dah malas.
Aku cuma termenung...termenung dan termenung..

"Ko nie kenape?.. macam tupai mati bini?"
soal Pak Zali.

"Tupai mati bini pun ok..ade gak dier bini sebelum tue.."

"Abis tue?"
soal Pak Zali lagi..

"Portgas D. Ace dah mati....."

".................??????????"
...Pak Zali ngan muka blurr...

***



 
Chapter 574 : The death of Portgas D. Ace


Oda sensei...ape yang ko buat nie!!!!!

21 March, 2009

Semenjak dua menjak nie, aku terasa macam rajin plak nak menyusun kertas, mencuci berus lukisan dan mengangkat G-pen untuk melukis.... hahahahaha... aku belek balik lukisan aku masa mula mula melukis komik dulu, aduh malu lak rasanya. Kalau korang tengok pon mesti gelak... tapi aku selalu belajar belajar dan belajar.. almaklumlah... kita takkan habis belajar walaupun kita dah tauu kan kan kan....


Sebelah nie...draf awal aku semasa aku buat draf untuk komik aku Malayundra kalau tak silap aku tahun 1996. Masa nie aku kat bangku skulah lagi..har har har... kalau korang belek..masa nie aku lukis tak pakai stroke ( gaya melukis garisan ). Aku main bedal jerk setiap stroke pakai pen yang sama. Sampai tengah tengah..aku dah blur...bizi pun salah satu alasan aku..:P..tak tau macam mana nak sudahkan.. sampai sekarang tak siap siap lagi...hahahahaha... so bila aku comparekan komik aku ngan Naruto ataupun One Piece..aku malu sendiri..wakakakakka... ahhh lantak laaaa....

Kisah nya berlaku di alternate world..orang melayu kate dunia lain. Walaupun begitu..ia sedikit banyak cedokkan dari Sejarah Melayu lama... hahahaha... di modenkan dan di adaptasi secara fantasi. Ada kisah persahabatan, percintaan dan pertarungan dan pengkhianatan. Perghhh.. aku punya plot cerita berbelit belit..sampai aku pun pening. So sebab tue lah tersangkut sampai sekarang. Dah tak boleh nak ungkai...ekekekeke...


Sekarang..aku dah lukis balik, lukis dari awal tueee..giler aaa... tapi komik ini yang aku paling komited..sebab dah 80 page aku lukis..jalan cerita pun aku olah sedikit...pas tue aku lukis balik dari mula..hahahahaha...sengal.. aku improvekan stroke aku agar tak laa nampak macam budak tadika melukis... harap harap sampai sudah laa.. so dah siap esok, aku ingat aku nak load kat sini. korang leh laa baca online...hantar ke majalah asyik kene rejek jer.... hahahahhaa...enjoyyy.... larieyyyooooo....

Aku amat sukakan komik dari Jepun atau lebih di kenali sebagai anime..ops..silap..manga (bukan mangga daaa..bunyi jer sama). Manga yang aku ikut ialah One Piece, Dragonball dan yang terbaru ialah Naruto. Naruto nie sebenarnya aku tak layan mula mula. aku pun hairan, apesal kawan kawan aku semua minat ngan Naruto.. aku tak tertarik pada mulanya. Aku teringin gak nak tahu.. sebelum nie aku cuma layan One Piece. So aku pun bacalah komik tersebut secara online... kalau nak baca One Piece, Naruto, Bleach ataupun Dragonball free..sila ke Onemanga.com. Selain manga yang di sebutkan ada lain lain manga yang aku tak terlayan nak ikut...

So kerana teringin tahu sangat..aku pun baca. Patut laaa... watak Naruto pun lebih kurang sama macam Son Goku dan Monkey d. Luffy. Sangat sukakan cabaran. Jadi..aku ikutlah sampai sekaranggggg.... aku sangat sukakan watak Kakashi..cool beb...dan sengallll....hahahahaha...
So kerana aku dah terpaut dengan komik tersebut..kadang kadang aku pun berimaginasi.....

..hahahahaha..apesal plakkk.... biase laa tue...wakakakakakaka.
cool tak.. Narujin dengan sharingan..wakakakakaaakaa....