30 September, 2013

Contest GA #1 - Isi Buih Kata Komik

Sebagai blogger yang mempunyai semangat kesukanan, gua menjoinkan diri menjoin kontes yang di buat oleh dak Plain83 nie. Selain nak berseronok dan meramaikan majlis, gua bolehlah memecahkan kesepian blog ini sementara gua nak apdet entri baru. kakaka

Sesiapa yang berminat nak join, boleh klik banner di atas ini. 

Okeyh.. ini entri gua Plain.
Lu pastikan gua menang. Gua pecah otak pikir secara deep apa yang hang cuba sampaikan melalui kartun dua dialogue bubble nie.. kakaka


Hua hua hua.. itu jer yang gua mampu pikior..
lu kasi wa menang.. lepas tue kalau gua menang, gua nak demand Omurice sepinggan.
Ingat!

koh koh koh

P/s: Gua makan crab stick dengan Wasabi. 
Pedas dia Astagfirullah... 
Eh.. ada cicaklah kat dinding!

23 September, 2013

Maksud tersirat yang jujur

Di suatu petang yang hening...







Kemain makud tersirat dia punya pukulan tue..
ai ai ai...
sekeh gak budak nie kang..

19 September, 2013

Pelabuhan Persinggahan - Younique Nurdani

Ramai blogger fesyen, tapi tak ramai blogger yang melukis fesyen fesyen yang diperagakan.


Enter Nurdani.

Haaaa... blogger kecik molek nie patutnya aku tak payah nak perkenalkan sebab dah ramai kenai dia, apatah lagi dia dah terpapar dalam ruangan .Com sotkabo Utusan. Yang bestnya dulu masa aku mula mula follow dia, dia melukis menggunakan Excel. Excel baq hang... yang banyak kotak kotak tue... haa laaa... power kann kan kannn?

dicilok dari blog beliau

Bila dia buat tutorial melukis menggunakan Excel, aku ngomel "Owh senang jer nie, aku boleh buatttt"
Setelah buat buat padam, buat buat padam, nak lukis Proton Juara terus jadi peti ais walaupun tepuk lantai aku kabo Proton Juara dan peti ais tak jauh beza, aku terus taubat dan berjanji takkan membuat kerja yang sia sia ini lagi dimasa hadapan. Jilaka punya susah baq hang...

Bagi ayam makan takdelah susah macam melukis guna Excel. (T___T) Oleh itu aku serahkan saja melukis menggunakan Excel kepada Dani manakala aku terus menganga melihat keohseman lukisan beliau yang tiada tolok taranya.
Nampak tak kecomelan beliau... errr.. maksud aku kecomelan lukisan beliau

Dan, secara halusnya beliau mengrequest aku melukis kartun untuk beliau, sedikit sebanyak aku turutkan lah permintaan beliau memandangkan beliau pun dah berapa kali mention aku yang kacak ini di dalam entri blog beliau... koh koh koh.

Nampak tak cara halus beliau di situ mengrequest lukisan gaya gadis gadis. Kah kah kah...ekceli, ini yang second kali kot.. sebelum tue dia ayat kat Instagram...hiks.

So, dengan tulus ikhlas gua lukiskan kartun untuk beliau. Gila geletor tangan nak lukis ke pakar melukis pesyen. Ibarat seperti mengajar English kepada Professor TESL. Aku mana reti lukis pesyen pesyen...janji ade ghope jer la yer makcik... Nyiahahaha

memandai jer aku ubah design baju dia.. kakakka... 

 oooo... kalau korang nak request aku lukiskan kartun korang dengan cara Dani juga, ghentikannnnn... gua dah tak termakan pujuk rayu sebegini lagi..cari cara lain... koh koh koh...

So, silalah terjah blog beliau di yoUnique Nurdani . Boleh buat tempahan karikatur korang juga kalau dia ada buka tempahan. Hehehehe

17 September, 2013

Cerita Orang Dewasa

Sekali sekala bila aku takde idea, aku akan melengu di dashboard tengok usha usha kot kot ada silent reader yang meninggalkan jejak...
amboi, ramai jugak yang cari resepi epal pai terterjah ke blog aku.. koh koh koh...
eh kejap...


bakpenye ada orang cari cerita orang dewasa sampai ke blog aku nie???
kakakkaka...
maaf lah kalau mengecewakan..
blog aku nie takde cerita orang dewasa,
yang ada cerita kanak kanak yang tak berapa dewasa ibarat buku teks pembelajaran bergambar.
Pernah gak nak buat cerita dewasa dewasa tapi cerita jer dewasa tapi aku perangai macam kanak kanak tak jadi jugak kan...

oleh itu aku cuba laa melukis watak dewasa sikit...
mendesign balik watak watak komik aku yang dah lama tergendala...

okay.. terlampau mangaish... koh koh koh

masalahnya,
aku sekarang mengalami sindrom Art-Block.
so, aku malas nak habiskan melukis.

Oh ya, saja nak kabo,
Lanun Ranggi dah 5 tahun 28 Ogos lepas...
dengan hasil Nuffnang yang tak cecah cecah RM50... sob sob sob...
bila boleh kaya kalau ini machiammm ~



dan aku harap korang tak tanya soalan seperti

"Bila nak sambung Origami Biru?"
gua sumbat hidung lu worang dengan pemadam kang.




08 September, 2013

Masa Berkualiti

Antara tabiat aku dari kecik sampai ke beso ialah...

masa kecik aku suka bawak majalah Ujang dalam jamban,
sampailah zaman Millennium nie wujud benda alah picit picit takde kiped tue...


yup..
definisi #TahiTwitter yang sebenar....
koh koh koh...



02 September, 2013

Konda Kondi

Di kampung aku, kitorang panggil Coktat. Dari mana nama tue datang jangan tanya aku. Tapi nama komersial dia Konda Kondi atau Kaunda Kaundi. Nama lain pon ada gak macam Catuk Ayam, Ketuk Pedang dan entah apa apa lagi. Glemer gak game nie.

Permainan nie perlukan tiga benda jer. Kayu anak - (10-15 cm), kayu Ibu (60 cm) dan sudah tentulah pemain. Takde pemain takde lah permainan.. koh koh koh.. oh ya, dan juga lubang yang dikorek di tanah. Lubang kecik kira kira beso penumbuk.

Bebudak kampung aku main game nie dengan dua step jer. Sungkit dan Catuk Ayam. Kalau ikutkan dia ada 3 step. Tapi dua jer pon dah berlengaih ketiak baq hang.. Ok, ini stail permainan kampung aku. Lain lain tempat, mungkin berbeza cara permainannya.

Langkah pertama - Sungkit.

Dua team paling kurang 3 orang pemain. Kalau dah takde kawan, dua orang pon boleh. Tentukan giliran pertama dengan Osom atau lambung duit. Pemain pertama bolehlah letakkan kayu anak melintang pada lubang. Dengan menggunakan Kayu Ibu, sungkit kayu anak sejauh yang boleh dan bukan setinggi yang boleh. Sebab apa? sebab pasukan lawan akan cuba menangkap kayu anak tersebut. Kalau pasukan lawan tangkap sebelum kayu anak jejak ke tanah, seluruh pasukan akan habis giliran.



Kalau pasukan lawan gagal menangkap Kayu Anak, permainan diteruskan. Kiraan mata boleh dibuat dengan mengira jarak di mana Kayu Anak jatuh dari lubang permulaan menggunakan panjang Kayu Ibu. 

Setelah itu, pemain lawan akan berdiri di mana Kayu Anak jatuh dan baling Kayu Anak ke dalam lubang permulaan. Kayu Ibu hendaklah diletakkan melintang pada permukaan lubang. Samada Kayu Anak masuk ke dalam lubang atau menyentuh Kayu Ibu, pemain akan hilang giliran untuk ke step seterusnya.



Langkah Kedua - Catuk Ayam

Sekiranya pihak lawan gagal memasukkan Kayu Anak ke dalam lubang atau menyentuh kayu ibu, pemain akan ke langkah seterusnya iaitu Catuk Ayam. Kayu Anak akan di letakkan/disandarkan pada penjuru lubang. Dengan teknik yang betul, pukul Kayu anak yang akan menyebabkan ia melenting ke udara. Hayun sedas sebelum ia jatuh ke tanah. Pihak lawan akan cuba menangkapnya seperti langkah pertama.



Teknik ini paling susah, oleh itu pemain diberikan peluang sebanyak tiga kali. Sekiranya gagal memukul kayu anak selepas tiga kali, pemain akan hilang giliran. Sekiranya pihak lawan berjaya menangkap kayu anak selepas dipukul, seluruh pasukan akan hilang giliran.

Sekiranya pemain berjaya memukul Kayu Anak dan pihak lawan gagal menangkapnya, permainan diteruskan, mata dikira dan ulang langkah pertama sehingga pemain hilang giliran. Pemain seterusnya akan mengambil alih.


Selalunya permainan akan berlanjutan sehingga berjam jam atau sehingga salah satu pasukan fed  up dan mengalah atau ada pemain yang bergaduh kutuk-kutuk nama bapak sebab tak puas hati. Oleh itu, permainan hendaklah dimainkan dengan jujur dan semangat kesukanan. Koff..

P/s: 
Konda Kondi agak merbahaya kerana menggunakan kayu yang melenting. Tetapi jarang ada pemain yang cedera terkena Kayu Anak atau Kayu Ibu. Kalau ada pun cedera sebab kena beduk dengan Kayu Ibu kerana mengelat semasa mengira mata.
Nyiahahaha...

Permainan tradisional dah semakin pupus ditelan zaman.
Tak pasti laa samada bebudak sekarang tahu main Konda Kondi lagi ke tak.
Ini laa permainan aku semasa kecik, dimana handphone, iPad, Temple Run, Pou dan PS3 belum wujud lagi.

Amacam, ada bran??