31 October, 2009

For Cendol with Love!

Tempat : Kawasan rumah aku
Masa : Taon lepas Matahari condong sikit 25o ke barat.

Matahari dah menyengat. Memang syok pekena cendol tengah panas macam nie. Aku usha gerai Kak Mah yang meniaga cendol kat area depan rumah tue. Aku tak kisah ngan Kak Mah, aku kisah ngan anak dia. Giler punye seksi dan cun. Bak kate aku laa...cendol Kak Mah tawar pun aku kate sedap.

Okeyh..gerai dia On!


Dengan berbekalkan topi berlogokan Arsenal dan cermin mate Oakley (ehem ehem), aku start moto Yamaha 125z kesayangan dan menuju ke gerai Kak Mah. Bako bako sikit enjin moto (don weri..aku dah terer..).

Motor, aku tongkat sebelah. Sambil membetulkan cermin mata Oakley aku, aku jeling anak Kak Mah yang seksi. Tiba tiba cendol Kak Mah, aku terasa lazat..(..korang terasa nak sepak tak?..)

"Cendol bang?" - belum sempat aku bukak mulut, anak Kak Mah yang cun melecun tue dah tanye.
"Ha'ah.." aku jawab pendek sambil kepit suara biar macho.

"Kak, cendol tiga Kak. Bungkus!" Tiga orang budak sekolah perempuan mengorder cendol. Potong line..!!!!
"Nanti jap dik, akak bungkus abang tue punya dulu..."

"Takpe..bagi diorang dulu laa...." aku mengarahkan dengan suara ala ala Horatio Caine..idola aku, sambil membetulkan cermin mata. Harap harap anak Kak Mah terperasan cermin mata Oakley aku.

Belum siap dia bungkus cendol dak skolah tue, datang plak sorang akak yang aku saspek tengah membuyung. Dia order tiga cendol. Oder untuk yang dalam perut skali kot..

Anak Kak Mah pandang aku. Aku bagi isyarat carry-on.
"Sorry Bang!"
Hangin gak aku. Tapi nak kontrol macho depan anak Kak Mah punya pasal, aku cool...

Settle akak buyung tue..anak Kak Mah buat buat cedok cendol dalam bekas.
"Bang, Sori bang, cendol habis.." dengan muka seposen, anak Kak Mah apologise kat aku.


"Habis?!..takpelah!" aku melemparkan senyuman sambil menghala ke moto. Dalam hati..................Lah Ha Nut!


***

Malam tue aku mimpi mimpi makan cendol siap anak Kak Mah tolong suapkan. Cilakak, basah bantal aku ngan air liur!
http://emo.huhiho.com





29 October, 2009

..#@$%$#...no komen...

"Okeyh.. hari nie aku nak mintak pendapat ko... bagitau betul betul...jangan tipu.."

Dengan bacaan Bismillah..
"Ko jangan cakap banyak!...."
perlahan lahan aku panjat dier... dan dengan selamba aku pandang display dier...

"Argghhhhh!!!.....kan aku dah cakap...jangan tipuuu".....aku bertukar jadi makhluk hijau...lempar dier ke dinding...berkecai terburai isik perot dier..

Aku turun menuju ke kedai mamak.."Mamak, roti telur satu, roti kosong satu, kuah kasi banjir! cepat sikit!"


Esok aku kena beli penimbang baru...........

~~**~~

Di opis...diorang buat makan makan besar..ada kari kepala ikan, ikan mayong asam pedas, ikan goreng, sambal bacang, spaghetti marinara.... cipan betul diorang nie... time aku tak diet dulu tak nak plak buat makan makan macam nie...tapi aku berjaya menahan diri dari makan nasi..makan sayur sayur ulam jer...

"Bila ko bertukar jadi kambeng nie?" - dengan muka selamber Pak Zali bertanya.

"....$%#@)(*%........." - dulik aaaaaaa.....[-(

27 October, 2009

Harta mu..harta ku juaa...

Tempat: Sepang
Masa: Malam Sebelum pagi

SMS dari Pian..
"Bro..barang lu aku dah beli. Bila nak ambik?!"

Aku sms balik
"Mcm biasa beng, lu tggu kat tempat biasa.. esok"

Subuh..err..lepas Subuh..
Aku SMS bos aku..
"En. Zack..lambat sikit hari nie.. nak pegi bank in duit bos. Tghri saya masuk" - tipu sunattttt..
"Ok" - itu jer dier reply. Malas nak taip sms la tue...

Pagi sikit...
Sambil melayan bunyi deru enjin kenderaan canggih aku yang memecut dengan kelajuan lebih dari 300kmj, aku dok usha member sebelah. Seorang pakcik berketayap putih yang aku wasangka pertama kali naik katebang. Tapi dier rilek jer.

Sambil kunyah cikedis yang aku beli kat terminal, aku try kensentret bace suratkabo. Tiba tiba, terasa katebang jatuh kebawah. Rase nak terkeluar cikedis yang blom sempat hadam dalam perot.

"Huh...drebar langgar air-pocket" tiba tiba pakcik ketayap putih bersuara. Aku terkebil kebil pandang pakcik tue. Ke-malu-malu-an. Cess..otai rupenye. Patutlah rilek jer. Betul kate orang. Don't judge a book by its sampul.

Banyak banyak part masa terbang nie, aku tak suka time landing. Kalau pilot tue otai, cuaca baik, angin pun berbudi bahasa, bolehlah landing smoooooottthhh....kalau tak...

Gedegukkkk! tayar katebang cecah landasan

"Drebar baru nie...." pakcik tue skali lagi bersuara. Huhuhu..dah biasa la tue.

Tempat : Seberang Takir
Sampai di apot Seberang Takir, aku terus keluar. Aku memang berlenggang. Tak payah ambik beg. Aku melingas cari si Pian. Pian melambai pada aku. Setelah bersalaman, dia hulurkan barang yang aku pesan. Perghhh..aku peluk macam peluk awek. Dah lame aku ketagih benda nie..

Lepas borak borak kejap, bersalaman, aku gerak semula check in masuk nak balik ke Sepang, nak gie keje. Kalau tak, aku lepak lagi usha awek Terengganu.. Perjalanan biasa jer. Bosan. Naik body sempit tak leh layan LCD monitor. Tengok member sebelah, tengok luar tingkap, tengok stewardess....


Tempat: Opis aku
Tengahari sikit dah nak petang...
Aku menghadap monitor sambil mengunyah keropok losong dan satar yang spesial aku import dari Terengganu tadi..sambil sambil reply komen kat blog..Satar tue panas lagi.. bawah meja aku ade lagi dua bungkus keropok losong yang belom masak..kalau aku jual pon ade harge gak nie....still fresh.

 

notakecik: agak agak korang laa.. CEO CEO kat Malaysia nie jeles tak aku gie amik kopok losong kat Terengganu pas tue terus gie keje naik katebang.....

Lembing Awang entah ke mana.....

Prolog..
Tengah aku syok sendiri melayan You tube, dapat call dari ManTap.."Bro..ko ade mane?..Aku ngan Sarsa on the way ke Alamanda..tak tau nak buat ape"

"Okeyh..jap lagi aku on the way. Beli la tiket wayang cite ape ape"- sangap duk umah, lebih baik aku lepak ngan diorang. Boleh gak layan mubie seround dua.

Planning awal..
Setelah bermesyuarat sesama sendiri, Man dan Sarsa memilih untuk menonton Lembing Awang Pulang ke Dayang. Dia punya tagline maha gempak "Cinta yang mengorbankan 99 nyawa"..perghh... aku ngan Sarsa dah usha dah dari bulan lepas. Hari nie baru dapat menonton.


Waktu menonton...



Aku, Man ngan Sarsa dok gelak. Ya Tuhan...aku tengok cerita ape nie..nak gelak ade, nak menangis pon ade.. aku gelak bukan sebab cerita lawak, tapi kerana gelihati sapelah punya idea buat cerita period tapi takde buat assignment dulu nie... Nak marah pon ade.

Nak menangis bukan sebab sedih.. nak menangis sebab membazir jer aku bayo RM10 tengok cerita nie...Adoiiaaiiii..Macam mana cerita period, pakaian si Gloria punyelah fancy..lepas tue plak kat kenduri kawen, muzik iringan majlis perkahwinan dia siap ade bass ngan tweeter skali.. argghhhh....okeylah...aku over acting...huhuhuhu

Farid Kamil..gua tau lu memang best berlakon bai...tapi next time, stadi laa dulu skrip sebelum lu tibai sain kontrak..sedih gua beb!




Dek sebab tak puas ati, kitorang plan lagi layan next movie..Law Abiding Citizen. Aku mulanya tak berapa excited sangat nak tengok cerita nie. Sebab aku tak pernah pon tengok preview ataupun gazet kat TV. Tapi.. layan jugak laa. Bila dah start, cerita dia dah mula saspen. lepas tue selo kejap, then mula berplot. Kreatif dan bijak. Ganas dan sadis. Tiada maaf bagimu. Sepuluh tahun punya perancangan. Kalau korang minat cerita macam nie, aku cadangkan tengok cerita nie...tak rugi beb daripada tengok cerita Lembing Awang Pulang ke Dayang.

Epilog
Aku bukan anti filem Melayu tapi filem melayu kategori beg plastik di katakan Beg Gucci nie yang buat aku meluat nak tengok filem Melayu. Aku sokong filem filem Afdlin Shauki. Kreatif. Rancangan awal aku nak tonton Papadom. Tapi oleh kerana Sarsa dan Man dah tengok, Man dah dua kali tengok papadom..aku simpan dulu laa..

Korang rase..nak pergi jugak ke tengok Lembing Awang Pulang Ke dayang?..keh keh keh..

24 October, 2009

Evilnya Rabon!

Aku nie rabon. Kalau aku tak pakai cermin mate, memang aku tak leh bezakan peti ais ngan mesin basuh. Dua dua belah mata aku powernya di setkan pada tahap -4.oo. Huh..nasib baik la seimbang.. setengah orang, kiri kanan power tak same.

Aku jeles tengok orang pakai spek itam kununnya hensem  depan aku (jeles). Kadang kadang bila mandi kat pantai, aku tak dapat sekodeng awek awek seksi mandi sebelah aku.. rugi! Mandii kat Sungai Gabai pun aku pakai cermin mate sambil buat terjun tiruk! cess.. tak macho sungguh!...

Satu hari Cik Intan bagi aku tips melalui YM. Pakai kontek Lenses. Aku bitau dier, dulu aku ada tanya satu kedai cermin mate, dier kate takde kontek lenses yang di setkan kepada kepoweran mata aku. Cik Intan kata ada.

Bila aku cek kat kedai memang ade. Cilakak..tokei cina tue dah kelentong aku.Mungkin sebab aku tanya kontek lense yang murah dari beli cermin mata. Aku nak saman dier sebab aku dah kehilangan reputasi kehenseman dan kemachoan sebab terpaksa terjun tiruk kat Sg. Gabai sambil pakai cermin mata!.. I see u in court!!

So aku beli satu set kontek lenses jenama Bausch&Lomb. Setelah mendapatkan tips cara cara memasang kontek lenses gunakan u tiub, aku berjaya memasang kontek lenses setelah sejam!! WTH!...(aku amat sensitip ngan mate. Air masuk sikit pun aku dah terkinja kinja..huhuhu..). Pakai untuk ke opis keje Hari Isnin.

Setelah berpuluh tahun menggunakan cermin mata tanpa dapat menunjukkan kehenseman total aku kepada aweks aweks, hari tu aku bergaya dengan cermin mata Oakley berharga RM1000 (err..tolak RM990.. ) pasar malam Cempaka Puri.

Dyas siap cakap - " Hensem hari nie. Nampak ker tue?"

"Nampak laaa.. ape.. ingat saya nie rabon tahap tong gas ke?" - terpaksa berlagak sikit sebab aku pakai cermin mata Oakley.

Di opis, aku rasa tak selesa. Pertama kali letakkan benda asing dalam mata. Terkebil kebil aku nak membiasakan diri pakai kontek lenses. Sampai satu tahap, aku decide keluarkan benda alah tue. Dah cabut baru aku teringat, aku tak bawak cermin mate. Nak pasang balik, aku dok pikir, mau sejam lagi baru siap pasang! Jemm!

So sepanjang hari tue, aku tak pakai cermin mata. Dah macam tikus aku dok menaip report sambil muka di rapatkan ke monitor! Haisshh.. tak macho lansom!

Aku print satu report. Entah makhluk mane la punya idea bijak letak printer photostat jauhhhh ke sudut opis. Nak kena menapak 100 meter baru leh amik printing. Malas tul aku nak menapak. Aku nampak kelibat lelaki tinggi berkepala botak lalu berhampiran mesin printer/photostat tue. Haa.. ade pon Pak Zali.

"Bro! ambikkan printing kejap!" - aku jerit pada Pak Zali.

Dia berhenti dan kemudian mengambil printing.. Bila dia datang dekat ngan aku baru aku perasan...aiseymen..!!

BigBoss aku daaa..!!!

Nasib baik dia cuma tanya " Ko print ape?" dengan senyum sinis. Ter Err..err gak laa aku nak jawab ke malu-malu annn.... bukan salah aku. Terpaksa aku cakap..aku tak pakai cermin mate.

Dah pattern kepala dia sama ngan Pak Zali. Mano lah Pakcik tauu..!!


21 October, 2009

Malam Jumaat yang haru..

Tempat: Taman Dahlia, BBST
Masa: Lima taon lepas

"korang betul ker nak pegi nie?"


"Betui laa.. takkan nak menmain plak. Tiket dah konfem" - Kazli memasukkan baju bajunya ke dalam beg."Aku ambik visa hari nie..dapat ja aku ngan Wak Er teruih gerak" tambahnya lagi.

Petang tu, Kazli dan Wak Er bersiap siap nak pegi Jeddah buat umrah. Alhamdulillah. Diorang sampai gak seru nak ke sana. Aku entah bila. Selalu jejak kaki Medan ngan Tawau. Jeddah aku buat buat lupa. Harapkan muka jer hensem..Bila ntah nak insaf..

Aku tolong Kazli kemas skali barang barang dier nak bawak. Jeles, jeles jugak. Tolong tetap tolong. Herolah katekan..

"Ko lepak jaga umah, ngan Mat Yen" - Wak Er kenen aku dengan nada sinis. Cehh!
Nak suruh aku tunggu umah dengan Mat Yen, toksah laa.. same jer macam aku lepak sorang sorang kat umah. Dia bukannya lekat tapak kaki kat umah. Bulu kaki pun tak gugur kat umah.

***
Mat Yen tak nampak lobang idong pon. Lepak KL lagi la tue..haisshh..henpon aku berbunyi tanda SMS masuk.

"Bro, aku x balik. xyah msk. Klu dh msk, simpn dlm esbox"
Dah agak dahhh!!

****

Aku tutup lampu bilik. Cahaya lampu tangga pun samar samar manje jer masuk bawah pintu. Mata pon dah stim nak tutup..bila aku dengar bunyik pinggan berlaga kat dapur.

Aik?..Mat Yen balik ker?..tadi kate tak balik?..takde plak dengo bunyik moto ataupun pintu... tikus kot?

Aku tunggu bunyi tapak kaki menaiki tangga. Takde la plak.

"Jaga jaga. Kalau ko nampak Mat Yen kat umah, pastikan tue betul betul dia!" - ayat Wak Er sebelum dia gerak tadi memang tak leh blah. Ayat tue bukan je kitorang guna sebagai lawak menunjukkan betapa tak kerapnya Mat Yen lekat di rumah. Tapi bunyi dia tu yang tak sedap kalau sorang sorang macam aku nie. Dah la kiri kanan umah kosong. Si Kazli pun pernah citer benda pelik pelik masa dia lepak sorang sorang kat umah.

Aishhh..hati aku dah berdebar. Aku start baca ayat ayat suci. Aku tarik selimut selubung badan. Adess..malam nie malam Jumaat plak tue. Cilakak Mat Yen. Kenape ko tak balik! Kat luar..anjing menyalak panjang.. Anjing nie pun satu..nak memekak, buatlah siang siang.. malam malam Jumaat plak dia nak melolong...cess!!

Tiba tiba aku dengar tombol pintu bilik aku di pulas dari luar. Perlahan jer. Aku dah start tak tentu arah. Macam macam ayat suci aku baca, doa doa pelindung, doa tido, doa makan ngan doa bersama isteri yang Ustaz Zul ajar pon aku baca skali. Peluh jantan dah mula keluar. Makin erat selimut aku tarik, sambil mata melingas memandang ke pintu. Cilakak, aku lupa kunci pintu!

Aku dah start menggigil bila pintu terkuak perlahan. Dari celah selimut aku dapat lihat kelibat yang tak berapa tinggi dan berkepala botak dalam samar samar lampu tangga menuju ke arah aku sambil menghulurkan tangan....

"Makkkkk!!!" aku menjerit sekuat hati.
"Oiiii! Hang nie pasai apa? Mengigau ka?!"
Aku bukak mata. Dengan muka konfius aku tanya - "Hang sapa?"

"Hang nie gila ka apa. Aku laaa!"

****
Hampeh!.. rupa-rupanya Kazli dan Wak Er tak jadi ke Jeddah sebab masalah visa. Dia sorang jer balik ke rumah, Wak Er terus balik ke rumah family dia di Klang.

Cisss...kan aku dah menjerit macam pompuan. Jatuh saham aku kalau awek tauu...
http://emo.huhiho.com

19 October, 2009

Bahasa SMS...Susah Mau Sembang..

"Bro, lu kje blew? lu wat pew tu? Lu amik aq kat Tmnl. Aq smpi lm kul 5"

Ambik masa gak aa aku nak pahamkan SMS yang member aku hantar. Aku rasa macam aku nie duduk kat negara yang bercakap menggunakan bahasa Uganda dan bukan Bahasa Melayu. Kadang kadang aku pikir laa...kreatif gak laa rakyat Malaysia nie ..sampai bahasa aku yang mak aku ajar mase kecik kecik dulu pun rasa macam ketinggalan zaman..adesss..

Dalam zaman skang nie, semua nak cepat. Nak hanto SMS pon kena cepat.. nak jawab SMS pun kena cepat. Tapi aku tak reti taip SMS cepat cepat.

Adik aku siap kate aku denoso kuno yang dah nak pupus. Mane ade orang taip sms pakai perkataan penuh. Aku sorang jer..Iyer laaa.. memang pon..bior ler jari aku sakit..janji senang orang nak paham...yang aku tak paham, perkataan panjang di pendekkan, yang pendek plak..di tambah lagi dua tiga kaki huruf..Jemm!

Aku tak reti nak taip SMS guna bahasa singkatan. Cikgu aku dah ajar elok cara mengeja perkataan dalam Bahasa Melayu. Sebab tue masa SPM, aku punya result terbaik di seluruh Segamat... jangan laa paksa aku guna bahasa SMS..sob sob sob..letih aku belajo sungguh sungguh...

Tapi nak buat macam mane kan. Terpakse ikut edaran zaman. Aku harap, budak budak skolah yang amik periksa tak guna perkataan SMS dalam karangan mereka. Konfem memang asik kena ulang paper jer...

K lah. Aq nk ttp post nie. TC n TQ ...XOXO

http://emo.huhiho.com

18 October, 2009

C.A.T! Kucheng!..

Lokasi : Kuala Kubu Bharu
Masa: Doploh tiga tahun yang terlampau ..er.. lampau

Kata orang, masa kecik kecikn jiwa putih suci murni lagi. Masa nie aku baru masuk sekolah tadika. Jiwa aku masih lagi suci ibarat sehelai kain cinta putih kesayangan Siti Nurhaliza. Langsom takde cacat cela mahupun di kotori dengan noda mahupun dosa. RAM aku masih lagi kosong, C Drive pun tak di cemari dengan Virus Fesbok, Tagged mahupun internet. . Lansom tak kenal. Yang aku tauu...pegi Tadika, blaja ABC, rehat makan karipap dengan air Milo, main gelung rotan dan menyanyi Twinkle Twinkle Little Star, balik rumah main ngan kawan kawan lepas tue makan dan tido..punyalah suci!

****

Zaman nie aku dah hero. Tapi genetik kacak belum terbentuk sepenuhnya. Korang ingat senang ker genetik kacak tue nak berkembang. Time tue bapak aku hensem lagi!!...rambut ngan misai penuh!

Aku dan Eddy kawan baik aku lepak kat padang lama depan rumah aku kat Taman Bukit Bunga. Kat situ memang tempat lepak kitorang. Macam macam aktiviti kitorang buat. Takde keje! (memang pun..budak kecik mane keje!)

Eddy ajak aku masuk ke dalam parit buta..errr.. (boleh panggil parit buta ker?.. ). Parit tue dah takde air. Agak dalam jugak laa... siyes! Memang dalam. Kalau ikutkan saiz aku masa tue laaaaa......

"Ko tengok nie Piz"

Eddy pegang seekor haiwan.Aku tak pernah tengok pun haiwan tue pun. Aku cuba ingat ingatkan kembali ape yang cikgu aku ajar masa kat sekolah. Cikgu selalu tunjuk buku bergambar haiwan nie. Di bawahnya tertulis "CAT". Oooohh...kuceng!

"Ei eeee...comelnya kuceng nieeee.." dengan gaya kanak kanak Ribena aku ambik haiwan tersebut. Seorang hero macam aku, tak hero laa kalau tak sayangkan haiwan.

"Ada lagi tue...itu haaa..nampak tak?" - Eddy menunjukkan kedalam lubang di tepi parit di mana ada beberapa ekor lagi. Macam macam kaler ade..ade hitam, ade coklat ade yang bertompok tompok coklat hitam.

"Ambik! Ambik!"
"Aku ingat nak bawak balik umah laa..suruh mak aku bela" - Eddy membuat cadangan. Aku dengan naifnya menganggukkan kepala.

"Kuceng nie comel. Mesti mak aku suka punya!" - sambil membelai, usap, aku cium anak kuceng tue.

"Astagfirullahhalazimmmmmmmmmm....." - aku dan Eddy menoleh kearah suara tersebut. Aku tengok bapak aku yang masih lagi berseluar uniform dan berbaju singlet berdiri di tepi parit. Muka ayah aku masa tue brutal gila. Misai dia yang lebat melentik tue aku tengok berkuit kuit.

"KORANG NAIK! AKU SEI-PAK SEKOR SEKOR KANG!" jerkah bapak aku dari tepi tebing.
"Jap laa ayah...., nak main ngan anak kucing nie"

"KUCING KEPALA HOTAK KO! ITU ANAK ANJING! NAIK!" jerkah bapak aku lagi sambil menanggalkan tali pinggang askarnya.

Aku dah tak tunggu dah. Gile kau nak menjawab dengan Sarjan Misai. Tak pasal pasal aku kena pelupuh ngan tali pinggang askar kang!

***
Hari tu Aku dan Eddy di mandikan dengan air tanah secara live berjamaah. Kawan kawan aku yang lain datang tengok kitorang mandi. Jiran jiran mak aku pun sama dok bersidai sebelah pagar sambil sok sek sok sek nak tau cerita...sebuk jer!

Dan aku juga baru belajar hari tue, anjing tak boleh di pegang. Harommmmmm!!
Nasib baik laa aku suci murni lagi masa tue..adelah ekskiussss....huhuhuhu..
http://emo.huhiho.com

17 October, 2009

Pukul 4 pagi...Ini pun salah MIMI jugak!

Aku tersentak dari tidur. semenjak dua tiga menjak nie aku tak pernah lena tido malam. Setiap kali dan setiap hari aku samada akan terjaga pukul 2 atau 3 pagi..

Susssaahhh betul aku nak tido malam sekarang nie..
tido aku tak pernah lena dan kekusyukkan tidur aku selalu terganggu..

Dah tiga malam aku tak tido atas katil. Aku tertido duduk depan laptop, atas kerusi siap beralaskan bantal pada dagu..

Dan bila aku terjaga, kaki dan tangan aku krem!...Jemmm!!

Rupa rupanya bukan aku sahaja yang mengalami macam nie. Si Mellah pun mengadu perkara yang sama. Dia kata dia tak cukup tido. Kawan kawan dia pon sama.

Si Mimi pulak siap mintak tolong dengan Mellah walopon dia dalam perjalanan balik ke kampung..

Ini semua salah MIMI lagi !!

Salah si Mimi sebab sebarkan virus nie....

Apesal dia perkenalkan aku dengan Cafe World.
Gila sungguh addicted dengan game nie...!

Aku terpaksa bangun dari lena pukul 3 pagi semata mata nak cek masakkan atas dapo cafe agar tak basi...




Aku kan innesen........


14 October, 2009

Soalan menguji ingatan anak anak 80'an-90an..

Tak kira laa korang lahir tahun berapa, asalkan korang pernah lalui tahun 80'an-90an..korang leh test soalan aku nie untuk membuktikan korang memang anak 80'an-90an...


Jawab jangan tak jawab..kalau salah tak kena potong markah.

Soalan 1
Apekah inti yang tak boleh di makan dan sari yang tak boleh di pakai? (hah..ape?)

Soalan 2
Berapakah harga sekotak susu dalam Program Susu Sekolah? (perisa coklat pon sodap)

Soalan 3
Apakah nama asal ubat gigi Darlie?

Soalan 3
Apakah maksud sebenar bagi singkatan RMT? RMT bukan RTM!

Soalan 4
"Tapi makkkk..saya sukakan rasenya.." adalah dialog sebuah iklan mentega kacang. Jenama apekah mentega tersebut?

Soalan 5
Siapakah pelakon kanak kanak di dalam soalan 4 tersebut? Heh heh heh...

Soalan 6
Ferri Anugerah Maamor dan Norazah Aziz adalah model iklan Nescafe __________? (sedap woooo...)

Soalan 7
Sommersault berpusing!! adalah tagline femes siri Jepun. Apekah nama siri tersebut? (gila seksi awek awek nya...)

Soalan 8
Hakoto dan Minami adalah watak yang bergabung menjadi ape? Siapa namanya? (Yang mem
besar sekitar 80an..kalau tak tau memang laa....)

Soalan 9
Gaya, Mutu, Keunggulan adalah tagline jenama....................?

Soalan 10
Apekah nama rokok yang mempunyai kotak Putih Kuning dengan lambang kuda putih?

Soalan 11
"Betol tak?"
"Betollllllllll....." adalah dialog iklan susu ape?

Soalan12
Rokok rokok yang di jual mempunyai kotak 14 batang, 20 batang dan...?

Soalan 13
Siapakah Menteri Penerangan yang memotong rambut geng geng rock kapak di TV?

Soalan 14
Siapakah pencipta dan penyanyi lagu Uptown Girl?

Soalan 15
Mr. T berlakon dalam siri ...... ?

Soalan 16
BJ and The Bear adalah sebuah rancangan televisyen mengenai seorang pemandu trailer. Bear adalah seekor...?

Soalan 17
Sila sambung ayat ini. "Ingatlah teh dengan susu cap............................."

Soalan 18
Berapakah kelajuan Gaban memakai Baju Api nya?

Soalan 19
Apekah nama motor Satria Baja Hitam yang berwarna hijau? (yang di alih bahasa)

Soalan 20
Mumra adalah watak antagonist kartun ape?

Soalan 21
Gorgom adalah watak antagonist dalam siri ..........................?

Soalan 22
SAM adalah watak lelaki lembut lakonan Imuda dalam sitkom ape?

Soalan 23
Apakah nama sebenar SAM dalam sitkom tersebut?

Soalan 24
Malek Nor pernah berlakon menjadi hero dalam filem apa?

Soalan 25
Kapten Buih adalah maskot dalam iklan sabun apa?

Soalan 26
Siapa pencipta komik Aku Budak Minang dalam majalah Gila Gila?

Soalan 27
Siapa nama maskot majalah Gila Gila?

Soalan 28
Apakah nama kartun yang berbadan biru, memakai topi dan seluar putih tak berbaju?

Soalan 29
Nama kartun burung yang boleh lari laju macam ribut atas jalan dan berbunyi beep! beep!

Soalan 30
Ingatkah anda, berapa bijikah gula gula hacks boleh di beli dengan harga 20 sen, dulu dulu?

hehehehehehe....






13 October, 2009

Mat Rempit Wannabe..

Tempat: Kampung Sungai Senduk
Masa: 20 tahun yang lalu..

Semasa lepak di Panggung, Abang Black datang bawak moto Suzuki Best bapak dia. Pergh... baru darjah tiga dah pakai moto. Aku dok pakai basikal BMX tercabut pedal rantai kendur lagi. Yang aku tau, Wan, Abang ngan Adik pun dah boleh bawak moto. Dah boleh mengurat awek balik sekolah sambil bako bako enjin sikit. Aku yang kacak nie, berpoloh ketiak dok mengayuh basikal pegi balik sekolah...jemm!



Aku panas hati setiap kali kami bergerak samada ke pekan Gersik ataupun ke Hujung Tambak, aku paling last sampai. Diorang siap dah makan dua bungkus Mamee, Kam Kam dan Bon Bon baru aku sampai, putus nafas cari oksigen. Kadang kadang time datang hati mulia diorang, dapat gak aa aku berpaut kat besi belakang moto diorang. Tapi selalunya, memang aku tercicir sembilan blas tiang....haram tul!

So, satu hari tue, aku jalankan projek evil aku. Motor Cik selalunya kalau siang, dia parking kat luar rumah. Itu jer satu satunya harapan aku untuk menjadi seorang Kaki Motor...yess!..tapi projek nie berisiko tinggi. Apetah lagi aku memang cari nahas men'kidnep' motor kesayangan diktator paling sadis yang pernah aku kenal.

Berbekalkan segugus kunci rumah, selo selo aku tolak moto dia ke belakang rumah. Aku godek sampai naik pecah lubang kunci dan akhirnya aku berjaya menghidupkan suis. Hati aku berdebar kencang. Peluh jantan mula menitis. Rasa berahi mula memuncak bila kaki dah bersedia menendang starter. Dengan sekali henjut, berderum enjin moto Suzuki Cub 80 lampu petak dengan nombor pendaftaran SA7603E. Rasa teruja yang amat. Baru berjaya hidupkan enjin. Belum lagi masuk gear.

Aku masukkan gear satu dan perlahan lahan memulas throttle. Moto mula bergerak. Mula mula perlahan dan kemudian mengumpul kelajuan. Aku masukkan gear dua. Yess.. aku berjaya menunggang moto pada percobaan kali pertama.

Dengan kelajuan tertinggi 50kmsj pada gear 3, aku bergaya dengan moto kidnep. Aku bawak ke pekan Gersik. Aku hon awek awek yang dok tunggu bas di tepi jalan. Mesti diorang teruja melihat aku menunggang moto. Masa tue terasa kekacakkan dan kemachoan aku di tahap kesempurnaan. Tak sia sia aku kacak, terer plak bawak moto...

Aku berenti kat kedai Ah Lek. Beli tembikai potong doplosen. Ah Lek memuji "Waaa..lu sulah pandhai bawak moto aaa..". Terasa kembang hidung tahap gorilla. Beli air limau oren dia yang sedap (dah beso baru aku tau ais yang dia guna, tadah terus dari paip! Cilakak lu Ah Lek!). Aku rilek kejap sambil duduk atas moto tongkat sebelah sambil mem'peewwitt' awek awek sekolah aku yang datang ke kedai Ah Lek naik basikal. sebijik gaya Azroy dalam cerita Gila Gila Remaja. Terasa macho tahap Gaban..makin tinggi la saham aku.

Setelah puas berpusing pusing di pekan Gersik, masa untuk balik sebelum diktator ganas bangkit dari tidor. Aku menghidupkan enjin, masukkan gear satu dan terus memecut. Aku pulas minyak sampai habis. Gear empat aku blom test lagi nie. Kena test sebelum Happy Hour berakhir..aku pecut sampai boleh masuk gear empat. Kelajuan angin yang menderu deru buatkan aku tak leh buka mata. Telinga pun dengar bunyik angin jer. Perghh.. macam nie rasanya menjadi pelumba moto.

Sampai di depan bus stop depan sekolah, aku nampak si Ikin, Enon ngan Suzi, awek awek kelas aku tengah lepak lepak. Aku teringat Abang Black selalu bako bako enjin moto bila nampak awek. Aku pun kena buat macam tu gak...biar nampak macho.

Aku lepaskan minyak dan kemudian pulas throttle sekuat hati. Prengggggggggggggg!!!!!!!... berdesup moto melonjak ke depan. Aku tak sempat tarik brek...yang sempat aku guna, brek mulut...eh eh eh eh..

Gedegang!!!!!

***
Hari tu selain motor Cik tercalar gila babeng punya , reputasi aku sebagai hero kacak dan macho juga sama. Berbirat peha aku kena libas dengan penyangkut baju selain saguhati berbakul bakul seranah yang Cik bagi aku secara tulus, ikhlas dan dari lubuk hati yang paling dalam...

Aku juga baru tau, nak bako bako enjin, kena tekan sikit pada gear sebelum pulas minyak. Tak hingat punya aku kena gelak dengan Abang Black, Is, Abang dan Adik dan sekutu sekutu yang lain.

Tapi aku boleh terima itu semua, yang aku tak leh terima, dua minggu aku terpaksa menahan kutukan dan caci nista dari Ikin, Enon dan Suzi sebab aku tertonggeng bersama moto ke dalam parit sekolah...Jemmm!!
http://emo.huhiho.com

12 October, 2009

Biskut pun sedap...

Malam tadi aku lapo gile. Nasib baik lom gile lagi. Hampir hampir laaa..diet punya pasal.
Aku jenguk lemari es aku yang ajaib.
Ada udang ada ikan...
Ajaib sungguh. Seingat aku baru baru nie aku tak beli pun barang barang tue. Bulan lepas ade laa..
hebat sungguh lemari es aku..

Aku berhajat nak masak mee udang laaa..
korang jangan ingat aku nie hensem dan kacak jer, memasak pun aku tau laa...
tengok tangan laaa.. comel mulus..bukan setakat mengetuk kibod, mengulas bawang pon aku terer.

Aku hidupkan api dapo dan masak air untuk merebus udang.
aku tinggalkan kejap nak layan Cafe world kat Fesbuk.
seploh minit kemudian aku datang balik nak masukkan udang......

****
Aku pakat dengan perot aku makan biskut Jacob berperisa Oat dan Epal dan air sejuk jer...
...gas aku abis..
malam malam takde orang kedai yang sanggup mengusung tong gas naik ke rumah aku yang 30 kaki dari tanah nie..

esok jer laa aku makan Mee Udang.
http://emo.huhiho.com

11 October, 2009

I'm sorry Man...

Tempat : Kampung Sungai Senduk
Masa : sembilan blas taon yang lalu..

Osman budak bandar. Cuti sekolah dia lepak lepak kat kampung aku di rumah atok dia. Bila petang dia juin skali aku, Is, Ijan, Wan ngan Abang Black lepak lepak kat court depan umah Amat. Aku tak kisah, walopon dia budak bandar, dia tak sombong. Cuma kadang kadang dia agak lampi sikit dalam bab bab hal ehwal kampung nie. Itu yang kadang kadang aku suka buli dia. Bukan slalu dapat buli budak bandar.


Aku suka kalau dia balik kampung. Sebab dia bawak skali konsol game MicroGenius dia yang jarang jarang jumpa di pelusuk kampung aku. Tak pernah ada sebenonye. So tiap kali dia balik, aku sesekali akan mengendeng dia supaya onkan game tue. Dapat men sejam dua layan gak. Ada game Mario, katun bermisai yang terloncat loncat tumbuk batu bata kat atas kepala dia. Aku pelik, tak sakit ke tangan dia?..ada game donkey kong, tetris, jackal, contra, Double Dragon dan banyak lagi yang mampu leburkan masa aku dua tiga jam tanpa hasil.

Tapi aku cuma lepak umah atok dia bila atok dia takde kat umah. Atok dia yang kitorang panggil Atok Busu nie lain macam sikit cengeng. Muka brutal gila. Kalau dia jeling jer, gugur suma sifat kejantanan dan keheroan kami. Itu belum lagi dia tengking si Osman. Kalau dia tengking, kami yang takde kena mengena di luar rumah dia pun berterabur lari balik umah.

Satu hari Wan macam biasa ajak lepak di Panggung. Panggung yang di maksudkan di sini bukanlah Panggung Wayang ataupun pecah panggung tetapi merupakan sebuah teratak tepi sungai yang di gunakan sebagai tempat mandi dan membasuh pakaian. Walaupun kampung aku dah ada bekalan air paip sendiri, kadang kadang ada gak makcik makcik datang basuh baju di Panggung. Jimat air kata diorang.  Aku tau bukan sebab nak jimat air, tapi lebih kepada nak bergossip sesama sendiri. Mengumpat la tue...Tapi Panggung tetap markas rasmi kitorang masa hujung minggu dan masa ponteng sekolah.

"Man, jom ke Panggung!" aku mengajak si Osman.
"Tak nak aa.. nanti atok aku maraah" Osman menjawab dengan muka serba salah.
"Alaa..atok ko ade ker?" soal aku lagi.
"Takde..dia pegi Bukit Kepong"
"Hah..tue. Aku tau..dia baghu pegi tadi kan" si Wan pulak meracun.
"Bukan atok ko tau pun...jom aaa.. agak agak sebelum dia balik..kita blah aaaa.." sekali lagi aku mencucuk jarum.

Osman menganguk kepala.
"Dah jom pegi!" ajak si Wan kepada Aku dan Osman.

Markas rasmi kami tak jauh mana. Lebih kurang dua minit berjalan dari rumah Atok Busu. Dekat sangat. Aku rasa kalau kitorang memekik pun, atok dia boleh dengar.Sebab itulah si Osman serba salah.

Sampai di markas kami, aku dan Wan terus masuk ke belukar. Salin seluar spare. Si Osman takde seluar spare. Dah tukar seluar tanpa berlengah lagi terus melompat ke dalam air. Air pasang memang peberet kitorang. Kalau air surut, nak mandi pun takde feel sebab air rendah. Kalau terjun dari panggung, konfem jejak lumpur. Aku lumpur-lumpur nie aku lemah sikit.

"Man, turun la cepat!" aku memanggil si Osman yang masih lagi berdiri di atas tingkat atas Panggung.
"Ko tau berenang tak?" soal si Wan plak.
"Tau laaa..." Osman menjawab dengan nada kerek.
" Hah..ape lagas... kecebor laaa!" racun aku lagi.

Wan dah berenang ke luar pagar panggung. Aku mengikut. Sungai yang aku mandi tu namanya Sungai Muar. Lebar dan dalam. Ada banyak space untuk kitorang mempraktikkan kuak kupu kupu, kuak lentang mahupun terjun tiruk. Ikan kat Sungai tu , macam macam ada. Macam Astro. Ikan Baung, Sepat, Patin sesat, Ikan Sengat, Panto.. Buaya pun ade. (Tapi skang nie, nak cari belacak pun susah. Ikan hardcore apetah lagi. ....)

Sambil berenang, aku memandang kepada Osman. Aik..dah takde? Dah terjun ker? Mata aku melingas mencari si Osman. Tiba tiba aku nampak tangan si Osman terkapai kapai di permukaan air.

"Cilake Man, jangan main main laa...haram lu!" aku mengomel sambil ketawa.

Si Man masih lagi terkapai kapai. Muka dia masih lagi di bawah air. Bila mukanya timbul, dah macam ikan tak cukup air. tercungap-cungap. Laaa.. lemas betol ke?

" Woi..Man lemas!" jerit Wan pada aku.
Dengan gaya seorang pendekar laut, tanpa berlengah aku terus berenang ke arah Man. Walaupun tak belajar teknik menyelamatkan orang lemas secara rasmi, aku tau teknik asas yang tak di praktikkan sangat oleh mana mana Baywatcher. Tarik rambut dia!!

Aku bawak Osman ke tangga panggung. Tercungap cungap dia ambik nafas.
"Ko nie pehal?" soal aku.
"Oii..." Wan menegur aku. Bila aku pandang dia yang kat luar pagar panggung, aku tengok dia memuncungkan mulut ke arah atas panggung. Aku pandang ke arah tebing...

Alamak! Atok Busu dengan muka brutal dia berdiri tanpa suara dengan senapang patah di tangan kanan sambil tangan kiri mencekak pinggang. Terpancar aura pembunuhan yang melitupi sekitar panggung dan kawasan sekeliling. Aku tak tunggu lama, terus terjun ke dalam air. Wan menyelam tahan nafas. Si Osman plak terketar ketar atas tangga.


******

Aku baru tahu yang Osman memang pandai berenang, tapi kat Kolumpo dia berenang dalam kolam komuniti sekali masuk bayo singgit. Adohaiii... sungai ngan kolam komuniti bayo singgit mane same!!

Atas kesalahan melanggar undang undang parol agar tidak menghampiri sungai, Osman di jatuhkan hukuman maksima mandatori oleh Atok Busu. Dah la hampir lemas, kena libas plak  ngan tali pinggang polis, dia di ikat seharian di perdu pokok manggis dan tambahan bonus sarang kerengga dan semut api. Kesian Osman...I'm sorry Man...

Dan sejak itulah jugak, aku kempunan nak main game Mario menggunakan konsol MicroGenius dia. Atok dia dah kunci pagar umah bila keluar. Aku hero gak, tapi tak sampai hati nak panjat pago umah dia. Ada dawai duri tuuuuu...
http://emo.huhiho.com

10 October, 2009

Kisah Hari Khamis part 2

Selepas semua tetamu blah, aku tolong kawan kawan kemaskan balik meja meja dan kerusi. Jam dah pun menunjukkan pukul 6 petang. Masa untuk pulang ke sarang. Masa aku berjalan ke kereta, aku ternampak dua orang awek. Ha'ah..diorang nie laa yang aku usha masa open house tadi. Diorang berdiri di depan kereta Viva yang terbuka hud enjinnya.. yess.. masa untuk beraksi sebagai hero. Aku lebarkan dada dan kempiskan perut aku yang one pack tu sambil berjalan macho.
Sampai dekat diorang, aku tanya dengan suara ala ala Horatio Caine, " Ada masalah ker, Cik?"

"Tak boleh start laa.. boleh tolong tengokkan tak?" jawab salah seorang dari mereka. Yang seorang lagi tue aku memang konfem dah kawen.. tak yah tanye pun aku tahu.. perut dah maju ke depan. Yang sorang lagi tue kecik molek comel, masih di ragui statusnya.. boleh try.

" Errmm boleh!" aku menjawab konpiden. Sambil membelek enjin. Aku try hidupkan enjin. Bunyi ketek ketek jer, aku dah tau ini mesti masalah bateri.

" Owh bateri kong nie. Cik lupa nak tutup lampu. Tue suis lampu tak off pon. Itu yang bateri flat abis tue. Lenkali pastikan kalau on lampu, switch off sebelum matikan enjin. siang siang kita tak perasan" dengan gaya seorang laksana pakar kereta aku memberi penerangan. Diorang sengih jer.


"Macam mane nak buat nie?" tanye si kecik molek tadi.
" Kena pakai jumper laaa.. kejap saya pegi ambik kereta" jawabku sambil kontrol kacak.

Aku berjalan ke kereta aku yang lebih kurang lapan blas kangkang bapak kera jauhnya dari awek awek tadi. Jalan pun susun langkah kemas kemas kot manelah tau awek tue usha aku ker. Dalam hati menyanyi lagu Levan Polka oleh Holly Dolly. Sambil tue aku ejas sikit rambut biar nampak kemas macam Horatio Caine. Lengan baju Melayu, aku gulung kemas sampai ke siku.

Aku pulas kunci pintu kereta. Aku hero. Memang tak pakai remote beb. baru cool. (Remote dah lame jahanam sebenonye)..kunci aku cucuk pada suis pencucuh dan aku pulas..........................................eh.....takde ape ape. Takde bunyik mengehek . Ketek ketek pun takde. Ah sudahhh...aku cek lampu isyarat bateri. Langsom tak menyala. Ah sudah ...! Aku cek radio. Senyap sunyi. Apesal?.. aku cek suis lampoo... aku tepuk dahi. Jemmm... aku lupa tutup suis lampu!..pagi tadi ujan lebat. Aku pasang lampu. Sampai kat parking elok lak panas. Aku lupaaaaa....!!

Ah sudah..ah sudah.. ape aku nak buat nie?..awek tadi dah terjenguk jenguk ke arah aku. Jemm.. think Aujinz Think!... aku bukak hud kang for sure akan berketul ketul kehenseman aku gugur di jalan tar area parking tue.

Belum sempat aku pikir ape ape, awek tadi dah berdiri di sebelah kereta aku. Argghhh... tidakkk! Apesal ko tak tunggu kat kereta ko!!!

"Bang, boleh jumperkan ke tak?" soalnya tulus penuh pengharapan.
"Err..." , aku memandang ke sekeliling kot kot ade yang boleh menjadi penyelamat. Takde lah pulak.

Dengan hati berat dan terpaksa, "Cik, kereta saya pun tak leh start" jawab aku perlahan. Masa tue aku rasa suara aku dah tak macam Horatio Caine dah... lebih kepada suara Kicap dalam siri Tom Tom Bak kat astro ceria tue.. Dan aku rasa kekacakkan aku bukan jatuh berketul ketul atas jalan tar, siap bersepah lagi tue.. Addddoooiiii!!!

"Laaa... iyer ker?" awek kecik molek tue tadi ketawa kecil. "Abis tue..skang nie nak buat macam mane?" soalnya...
Nak buat macam mane.. buat bodo jer laa.."err.nanti saya try call member saye" aku jawab sambil mengeluarkan henpon.

Belum sempat aku mendail, ade kereta Satria Neo berhenti depan keta awek awek tadi. Tingkap keta yang tinted turun dan seorang jantan mane ntah menegur kawan awek tadi. Tak lame lepas tu dia turun dari kereta dan membuka hud enjin dan bonet mengeluarkan jumper. Awek comel tadi berjalan balik ke kereta dia. Setelah menyambungkan bateri kereta, tak lama lepas tu aku dengar kereta Viva tadi mengaum. Dah okey lah tue..awek tadi tersenyum. Cess.. tak dapat aku jadi hero hari nie. Awek tadi memandang kepada aku dan aku pulak buat buat berdiri menten kacak sambil bersandar pada body kereta.

Ape ape hal, saki baki reputasi aku yang tinggal kena jaga beb! Aku mengangkat ibu jari dalam isyarat bertanya " Dah Ok?"

Awek kecik molek tue membalas dengan mengangguk kepala dari jauh.

Sebelum dia blah, dia mengangkat ibu jari tanda ok. Tapi pada aku..macam dia kata "Good very good..itulaaa...menten kacak sangat!" ala ala budak tadika mengejek.

Aku plak terpaksa drop kekacakkan aku dan buat muka ayu nak mintak tolong ngan brader Neo tadi jumperkan keta aku plak.

Yang pasti, aku takkan cerita kisah nie pada boss aku.. Kalau tak, mesti berguling guling dia gelak puas hati lepas apa aku buat kat dia tadi...
http://emo.huhiho.com

09 October, 2009

Kisah Hari Khamis part 1

Boss aku bagitau, hari ni datang pakai Baju Melayu full spec sebab jabatan buat Open House Hari Raya. Dia tak payah bagitau pun takpe, memang aku dah dapat email tue awal lagi. Tapi mungkin atas dasar kewibawaan seorang ketua yang berkarisma dan berakhlak mulia tahap dewata, dia sekadar mengingatkan aku. Siap pesan skali, esok pukul dua blas, ambik dia kat Terminal.

http://emo.huhiho.comPagi pagi aku bangun bersiap untuk pegi keje. Aku dok belek baju melayu dalam gobok. Yang mane satu aku nak pakai ni?... yang hijau aku pakai untuk sembahyang raya taon nie mengerlip tak hengat. Kalau aku pakai kang, mesti ketrampilan kekacakkan aku akan lebih terserlah mendatangkan kejelesan tahap maksima kepada rakan rakan sekerja yang lain. Alaa.. aku bukan tak tau.. dalam unit aku tue, aku yang paling muda dan kacak...tak payah bagitau pun takpe.. aku paham.

Tapi memandangkan aku tahu baju melayu tue menggunakan kain yang bermutu tinggi dan mahal dan hanya sesuai di pakai di negara beriklim sejuk macam Antartika..(amat tidak sesuai untuk di pakai di Malaysia yang beriklim tropikana nie..) aku tukar kepada baju Melayu yang lebih turun ke bumi...Down to Earth kate orang kampung aku...

Di Opis, aku dah macam macam pengantin lelaki tunggu pengantin perempuan. Aku sorang jer yang pakai baju melayu, yang lain semua pakai opis attire. Aku dah kena kenceng hancen ngan boss aku agaknya...cess.. tapi nasib baik laa si Tajul, member unit aku pon pakai baju melayu. Tak hengat punya dia bergaya dengan baju melayu Merah, songkok Merah dan samping songket di ikat stail P.Ramlee.. ciss.. tergugat ketampanan aku. Tapi aku tau..dier dalam kelas diaa.. aku dalam kelas aku.. hahahahha.. (gelak jeles).

Dok tunggu boss aku lama sangat entah ke mane dia merayap, Aku gerak dulu ke majlis. Majlis bermula jam 1200 tengahari..katanya...tapi pukul 1257 baru nak start...iyer laa..pukul 12 laa jugak. Aku paham..janji Melayu!...

Ramai awek awek cun woo. Giler punya cun tapi masih lagi waras. Dek sebab leka mengusha awek tue laa aku tercedok nasi beriani. Dah nak licin pinggan baru aku teringat, patutnya aku tak makan nasik. Aku diet tak nak makan nasik untuk meleburkan rekod tak makan nasik aku yang lalu iaitu aku mampu bertahan selama 5 hari suku ( hari keenam pagi aku dah melantak nasik lemak!)...ahhh..alang alang dah cedok nasik, aku tambah lagi dengan laksa Johor, mee goreng dan popia basah.. diet laa sangat.. esok aku start balik diet..

Aku usha kira kanan, depan belakang. Mane bos aku? Aik..selalunya majlis makan makan macam nie paling dier suka. takde laa plakk...

" Abang Zack mana, En. Den?" aku bertanya pada member opis aku.
"Dia kat terminal kan?" soalan aku di balas dengan soalan. Bencik tul aku kalau kena macam tu.
"Dier tak juin ker?" soal aku lagi.
"Kan semalam dier suruh ko ambik dier kat terminal!" ayat penyata yang di beri dengan muka penuh kekonfiusan.

Aku terkedu. Alamak! Iyer laaa.. aku lupaaaa!..Zaman millenium macam nie apesal dier tak kontek aku?! Aku meraba henpon..........

Tanpa menyongeh ataupun pasang niat nak tambah laksa Johor barang sepinggan dua lagi , aku terus berlari ke Van kompeni dan menuju ke Terminal....

*********
Petang tue aku terpaksa cipta alasan paling konkrit mahupun bersimen mortar kenapa aku terlupa nak ambik dia di Terminal. Dan aku juga terpaksa mencipta ayat paling manis untuk sejukkan hati dia bila sampai di majlis yang tinggal hanyalah popia basah untuk dia jamah bersempena Open House Hari Raya jabatan. Berulang kali jugak dia kate takpe..takpe...

Takpe?..takpe ade makne tueee....

Semuanya gara gara aku tak perasan, aku terlupa nak keluarkan henpon dari pouch bag atas meja...
henpon aku siap ade pesanan lagi..

"You have 25 missed call from Boss Aku"

Alahaiii...http://emo.huhiho.com

08 October, 2009

Errk.. bukan yang itu lah !!!

Lokasi : Kampung Sungai Senduk
Masa : 22 taon dulu.....

Petang tu atuk aku bawak seplastik mangga muda. perghh.. memang peberet aku. Dah lama aku tak makan mangga muda. Selalunya aku beli jer kat Kedai Ah Lek seplastik kecik tu doplosen.


Sambil lepak lepak di beranda, aku mengunyah satu persatu mangga tersebut. Betapa nikmatnya makan mangga muda seperti kepuasan pertama kali pandai mengayuh basikal.. Bayangkan jer laa.. perghhh... Alang, makcik aku menghiris hiris mangga muda tersebut dengan amat cekap sehinggakan hirisannya mempunyai kejituan yang tinggi tahap artis seni halus.. Tak bersisa pada biji mangga tersebut untuk aku hunggis.

Cik pun, makcik aku yang bongsu sibuk membelek URTV sambil tangannya mengambil satu satu hirisan mangga dalam pinggan.

"Along, gi ambik garam.." Cik bersuara. Matanya tetap tak lekang dari  URTV yang baru di pinjam dari kawan opisnya.

"Nak banyak ke sikit?" soal aku yang suci murni jiwa dan raga. Aku capai lagi sehiris mangga muda di dalam pinggan.

"Agak agak aaa..." jawabnya selamba . Memang itu stail Cik aku kalau makan mangga muda. mesti nak cicah ngan garam. "Ko tau garam tak?" soalnya seperti memperlekehkan kegeniusan minda aku.

"Tau!" jawab aku konpiden. Ciss... memperkecilkan pengetahuan aku tentang garam amat aku tak leh terima. Tapi aku senyap jer laa.. Dia kan Makcik...!!

Aku garu kepala yang tak brape nak gatal. Dengan berlari lari anak, aku memijak lantai umah atuk yang di perbuat dari papan. Berderik derik bunyi lantai menahan berat aku yang tak berapa beso.

Kat dapur, aku garu kepala lagi. Kat mane garam nenek letak?.. soal hatiku sambil mata melilau mencari garam di atas para dapur. Aku tercari cari. Tak penah pun aku tengok nenek letak garam kat mane. yang aku tau gula jer la sebab aku selalu nampak nenek buatkan air milo aku , dia capai gula di atas para kedua.

Aku nampak satu bekas plastik jernih kecik, penutup merah, berisi serbuk putih. Hah..ade pun. Aku capai piring atas rak pinggan dan cepat cepat  penuhkan piring tersebut. Aku perhatikan garam tu... ape yang sedap sangat makan mangga cicah garam?.. benak aku ingin tau.

Pada tangan aku ade lagi hirisan mangga yang last aku ambik sebelum turun ke dapur...aku cicah dan masukkan dalam mulut... lidah aku cuba untuk menerima rasa, otak aku cuba merejek ideanya dan hati aku plak tak berganjak dengan pendirian. erk.. ape rasanya pelik bebeno nie...macam nie ker rasa mangga cicah garam. lagi baik aku makan Nini cokelat celup..lagi sedap...tak pun Ding Dang ker..segala macam makanan tak membantu pembesaran aku yang Ah Lek jual kat kedai dia.....lagi sedap. Tak sedap tak sedap pun..aku lahap gak!

"Oii Along, cepat sikit..ko buat ape kat dapo tue..Ratah Milo heh..!" sayup sayup tapi jelas sora Cik . Alamak! singa dah berbunyik. Sora dia tak yah pakai mic pun, aku leh dengar sampai belakang umah. Speaker ori!!

Aku berlari anak naik ke rumah atas. Bergegar laa almari bila badan kecik aku berlari menghentak lantai papan yang tunggu masa nak bolos ke bawah..

"Jangan lari.. bobos pulak lantai kang!" jerkah Alang...aku perlahankan step. Kang tak pasal pasal kena dengar syarahan lak kang.

"Cik... nak garamkan?.." soal aku sengih sengih macam kerang busuk. Cik tak pandang aku pon. Mata dier tetap setia ngan URTV. Kepala dia jer mengangguk. Aku letakkan piring garam tu kat sebelah dia..sambil membaca URTV, tangan dier mencapai hirisan mangga dalam piring sambil mencicah mangga tersebut pada garam yang aku ambik tadi..

Aku pun sama. aku capai mangga yang baru dan mencicah garam tadi. Belum sempat aku suapkan ke mulot...aku dan Alang terkejut bila tiba tiba Cik meludahkan mangga tersebut sambil menjerkah,

" Oii.. ko ambik ape nie?" soalnya menyinga..majalah URTV dier hempaskan ke meja.

"Garam ler.." jawab aku naif dan tanpa rasa bersalah.

"Ko ambik kat mane?" soal Cik lagi menyinga

"Kat dapo ler..atas para...dalam bekas plastik kecik tutup merah tue...." jawab aku lagi ngan penuh konfiden tanpa berbelah bagi atau mencurigai pengetahuan minda aku.

"Itu bukan garam ngoii!!.. Itu Ajinomoto!!!... ko nak bagi aku botak kepala ker!" jerkah Cik lagi sambil meludah saki baki benda alah-yang-macam-garam  tu di lidahnya.

"Laaaaaa.. bukan garam ker?"


http://emo.huhiho.com~ Petang tu aku sia sia aku kena gelak dengan Alang dengan gelakan trademark dia ala ala tekukur tue. Perlahan lahan aku kunyah sisa mangga muda yang aku dah cicah ngan benda alah yang-macam-garam yang di panggil Ajinomoto tu dengan perasaan rendah diri.......Ceh..lepas tu aku bertekad aku akan kenal semua barang kat dapur sampai aku lagi terer dari diorang...~

07 October, 2009

Ini semua salah Mimi...

aujinz : oit..
aujinz : nk mintak tlg sat..
mimi : tlg apakah
aujinz : tolong hantaq gift untuk Castle age..
mimi  : cissssssssss
aujinz  : tak cukup barang..
aujinz  : plis plis plis...


Itu adalah rengekkan manje aku bila men game di fesbok..yang aku tau game fesbok banyak dan aku pun naik pening kepala bila nak main.. ade yang aku main, dua tiga hari rase buhsan aku tinggal..banyak request untuk farmville, barnbuddy aku ignore jerk.. dah laa..jgn request game tue lagi..aku dah buhsan...

Aku tak men Mafia War..tapi baru baru nie aku try Castle Age... seronok gak aaa...nak nak..biler cepat ranking aku naik..kembang giler hidong...so semalam, oleh kerana aku tak cukup barang nak upgrade general, aku pun request la gift daripada Mimi.. nak harap dier hanto..ermm..takdelah... lima blas orang aku hanto gift, sorang pon x reply semalam....campesss...terpakselah aku dengan menebalkan monitor laptop memujuk si Mimi hanto gift kat aku..

Tup tup semalam dier citer plak...:-

Mimi : dahaga
Mimi  : nk buat air jap
aujinz  : pi la minum..
Mimi  : lapaq lak duk masak kat cafe tu
aujinz  : game cafe tue masak masak ka...
Red Zone : ya ya ya
Mimi  : try la
Mimi  : ado kek profile den
aujinz  : banyak sgt game...
Mimi : skali main addict
aujinz  : dah tak tau mane nak main..
Mimi :  last2 bosan tgai
aujinz  : hang x mancng lagi ka..
Mimi  : suka tgk menu2 rasa terhibur
Mimi : dh lama xp lubuk
aujinz  : ade khinzir tak...
Mimi : bru level 10.. 

Mimi : lom nmpk byg2 pork
aujinz : keh keh keh...
aujinz  : dok juai apa...?
Mimi : ayam ada..
Mimi : homestyle cooking pon ada
Mimi : cocktail
Mimi  : beger
aujinz  : huhuhu...
aujinz : sat nak try...


Sat nak try tu akhirnya sampai pukul empat pagi!!!....aku dok ralit layan game tue... dok tersengguk sengguk depan  laptop sebab dalam game tue aku dok masak sup bawang perancis yang ambik mase empat jam nak siap..jemm...rugi kalau tak hidangkan nanti basi atas dapo..

http://emo.huhiho.comp/s: Game tersebut bernama Cafe World....semasa entri nie di tulis, aku tengah tersengguk sengguk menahan ngantuk depan laptop lagi.. lansom tak produktif untuk aku bekerja hari nie...dan ini semua tak salah lagi..dan memang salah si MiMi!!!!!!...



04 October, 2009

Dinding itu pun dinding aku laaa.....

Aku tak ler prak sangat kalau hidup berjiran. tapi takde la sampai tak tau nak hormat jiran. At least, aku jumpe kat depan umah aku tegor.. aku-yang-kacak-lagi-hensem nie tau gak nak bagi senyum dan salam. Ini muka dah ler ketat macam seluar Amy Search mude mude dulu. dier pandang, aku senyum, tapi muke ketat giler sambil menyidai boxer dier pada penyidai depan umah aku. Ermmm by the way, pintu umah kami sebelah menyebelah.

Baru kena sembelit ke ape?

Aku tak penah nak kisah dier parking penyidai baju dier betul betul depan pintu umah aku. Iyer laa aku paham.. sebelah dier matahari jarang nak bagi chance. Baju dier jatuh dari penyidai pun aku tolong angkatkan walopon tak sampai tahap nak gantungkan semula.. (...what??). Tapi bior ler dier pikir sendiri, janganlah sampai aku-yang-kacak-lagi-hensem nie  nak keluar rumah pon terpaksa jadi askar..nak kena menyelit...aku lap hingus kat baju dier kang baru tauuu....

Lagi satu, dia dulu suka memaku dinding rumah. aku tau ler beb umah tue umah kau, dinding tue dinding kau, tapi beb, pikirlah sikit, pagi pagi bute lu ketuk dinding, aku nak membute.. buat ape!!!..kalau yer pun dah nak klimaks, ko hentak jer laa katil tuee...jemmmm..

Ade sekali tue aku dah tensen sangat, asik asik ketuk dinding, aku bukak sound karaoke aku sampai kalau-boleh-terkeluar-anak-telinga, pas tue aku nyanyi lagu Negaraku http://emo.huhiho.com

...terus senyap...padan muke lu beb..lepas tue, dah takde dah ketuk ketuk dinding lagi..Agaknye dier ketuk dinding time aku gie keje kot...huhuhu...
http://emo.huhiho.com

Yang dulu lagi best...

Hahaha..semalam dok belek belek fail lame mase aku sekolah, muda, kacak, teruna idaman dan suci dan tak di cemari dengan dakyah dakyus zaman milenium skang nie, alangkah bestnye. Oihh..best wattt... zaman skang nie bebudak mane ade lagi tau ape tue senapang lantak peluru menerung, konda kondi dan bagai. Yang diorang tau PSP, PS2, PS3, xbox bla bla bla... kalau aku cerita ngan diorang konsol aku dulu MicroGenius..sure diorang ternganga.. amende tue...meh kita imbas balik zaman 8o an yang best..yang belum lahir , korang bace jer laa...keh keh keh...

1. Cerita TV
Zaman nie dulu, zaman takde internet (dah ade..tapi lom sampai Malaysia). TV lagi akrab dengan kitorang. hah..senaraikan cerita 80 an yang korang tau....aku dulu suke tengok cerita Mask Rider Black ( aku ponteng sekolah agama setiap hari Khamis sebab nak tengok cerita nie..) Gaban ~ "Gaban memakai baju kalis api gaban dalam masa 0.05 saat- in reality dier nak tunjukkan gaye jer pun dah lebih seploh saat.., Oshin (makcik aku suke tengok), M.A.S.K, Tosho Deimos, Voltron, Robotech, ade satu cerita Ninja tak ingat tajuk penuh tapi hero dier name Sasuka, Ultraman femes taon 80 an ialah Ultraman ace - hakoto dan Minami, Maero attack ( femes ngan Sommersault berpusing!!), Macgyver, Airwolf, The A-Team, Mission Impossible (Genius) Gumbi, slot tv3 baru nak tayangkan Mega Movie, Highwayman, Manimal ( lelaki leh tuko jadik haiwan), The wizard (lelaki kerdil tapi genius cipta permainan) pas tue ade plak citer Werewolf bersiri perghh..

2. Sekolah
Oihh..mee goreng siap ngan tempe goreng dan air sirap tak abis lima ploh sen aaaa.. perghh..zaman skarang dapat ker lime ploh sen..aku dulu gie skolah bawak tiga posen jer..nenek aku masukkan dalam sapu tangan lepas tue ikat bundat. Perghh.. mase tue dapat lima hinggit pun aku leh belanje seploh orang kawan aku makan kat kantin..skarang..sorang pon mencekik dah lebih dari seringgit..
Ade program makanan tambahan, program susu sekolah, gosok gigi ramai ramai tepi parit. Keh keh keh..
Zaman sekolah dulu dulu..cikgu tetap raja. zaman sekarang murid adalah Sultan. Dulu setakat kena sebat ngan rotan, kena cubit celah paha, kena tarik sideburn tu biasa. Takde plak mak bapak murid nak marah marah..sekarangggg.....cuba try test tengokkk..

3. Fesyen
Haaaa.. paling femes rambut fesyen rambut. Aku ingat lagi makcik aku setkan rambut dier kembang macam Fauziah Latiff mase muda muda dulu. Seluar jeans ketat singkat kat betis ngan baju kembang kat bahu. Pas tu pakai anting anting beso macam file ring tue..celak ungu kat mate..adoii.. alaa.. macam awek Stephen Chow dalam filem Shaolin Soccer tue...hahahha.. lawak. tapi itulah fesyen dulu. Aku kena marah ngan makcik aku sebab aku tertarik baju yang dier gantung nak pegi function sampai jatuh atas ubat nyamuk lingkaran Fumakilla...huhuhuhu

4. Game
Huish.. game consol popular masa dulu ialah Nintendo ngan MicroGenius. tapi aku suka Microgenius lagi sebab controller dier sedap di pegang daripada Nintendo yang empat segi wayar kat tepi tue. susah nak pegang. Aku simpan duit belanje sekolah semata mata nak lepak kat kedai video cum kedai arked permainan. Beroperasi tanpa lesen..bila kena rush ngan polis, cepat cepat tokey dier suruh lari ikut pintu rahsia... keh keh keh. aku tak kisah ngan polis..aku risau ngan arwah atok aku atau makcik aku menyusul dengan rotan dengan motto tiada maaf bagimu.. Game paling best dulu, Pong, Donkey Kong, space invader, pas tue apgred sikit, Jackal, Mario, Contra (paling best sebab tau cheat code dier), Ninja Turtle. Game 3D?..ape tue?

5. Muzik
Michael Jackson, Paula Abdul, Joan Jett, MLTR, Dr. Alban ad alah antara rokoh muzik lapan ploh an. kalau tempatan plak, ofkos lah Searh, Wings, Alleycats (terima kaseyyyyy!!!), Ramlah Ram, Zaiton Sameon, Sudirman. Zaman nie jugak kugiran di majlis kenduri kawen memang biasa. Joget lambak lagi, ramai ramai depan umah pengantin. Bila ade kugiran jer, manusia entah dari ceruk mane semua datang. tau aje depa nie...

6. Video dan kaset
Mane ade DVD, VCD taon 80an. yang ade VCR jer. Guna kaset dier yang gedabak tue untuk menonton dan merakam. (Kalau tak guna tape tue lebih seminggu, gambar jadik penuh semut macam TV takde signal)..siap ade tape reverser lagi. Makcik aku punye tape reverser bentuk keta...aku sorong tarik sorang tarik buat keta mainan...dulu nak beli movie cerita best best satu tape VCR tue hargenye mencecah Rm40. So di adakanlah kedai menyewa video. skang nie, DVD pun harga RM5-10 hinggit. Tepi jalan pun banyak..kartun, movie, korean, japanese, malay, english..yang berkaler, yang takde kaler, yang satu kaler...semuaaa murah murah murah....huhuhu...

7. Permainan
Yang nie, aku konfem budak skang nie tak leh lawan. Kalau aku ajak main pon, aku konfiden leh menang. Galah adang, Bola Baling Tin, Konda Kondi, Bot Minyak Angin, Senapang Lantak, Peluru Duku, Peluru Kacang, Syiling Meja, Syiling dinding ( dua nie, aku tak rekomen, sebab mirip kepada perjudian). Kitorang oldskool 80 an kreatif cipta permainan. Aku kena denda ngan cikgu aku kutip beribu kacang hijau kat sekeliling skolah sebab main peluru kacang..keh keh keh... yang mane tak kutip tue, dua tiga hari lepas tue tumbuh jadik taugeh...ngahahahha...

Arwah atok aku buatkan senapang lantak. Sebulan oo nak siap. erk..korang pernah tengok tak senapang lantak?..di buat dari buluh kecik (ape istilah untuk buluh kecik tue..aku pun lupa)..sepanjang satu kaki setengah, dengan satu rammer yang muat muat untuk masuk kedalam buluh tersebut..alaa senang kate macam pam basikal tue laaa... Peluru dier guna kertas basah pon boleh, guna buah menerung pon boleh. Masukkan peluru pertama, ketuk, ramkan separuh laras, masukkan peluru kedua, ketuk, ram sikit dalam laras. ready to fire. semi auto kalau istilah senjata api. peluru kedua akan ready untuk di tembak bila peluru pertama dah di lepaskan. Bunyik dier kalau yang cikai, plap plap..kalau yang power plak..ploff ploff..hahahha..lawak.  Tapi guna peluru menerung, boleh birat kalau kena badan. Atok aku pakar buat senapang lantak...power ooo.. setakat seploh kaki korang kena aim, birat tetap birat...

itu antara best things of oldskool 80's. Those were the days...jemm.. i miss that moments..
http://emo.huhiho.com

Bila dia membisu...


Doiiii.. kat mane dier?.. aku rase rase macam ade tadi...abislaa.. aku dah suruh dier diam tadi..kalau aku panggil kang sure dier tak menyahut..kremmm...


Macam mane dier yang begitu penting sekali pada masa skarang nie aku leh tak pedulik. Kalau nak kat dier, tau plak aku jaga. Dengan muka ketat dan kelat aku mencari dier... nak panggil, aku tak tau macam mane. kena la cari gak...


Setelah mencari bagai nak rak,  jumpe ponhttp://emo.huhiho.com.. Ade dalam poket seluar jeans yang aku sidai kat belakang pintu yang aku plan nak basuh. Aduiyyaiii..itu dia aihhhh.. ade sembilan blasss miss call daripada boss, adik aku, mak aku, kawan kawan aku... rajin diorang call semalam.. Aku kena susun seploh jari mintak maaf. Aku tersilentkan henpon. Aku kalau hujung minggu memang aku silentkan henpon. Takmo ade gangguan dari boss aku sebenonye. Tapi hp aku selalunye letak kat dalam tray zink kecik yang penuh ngan duit syiling. Bila dier vibrate bunyik dier sakitkan hati. Tapi semalam aku lupa nak keluarkan dari seluo jeans..pas tue aku lupe langsong..


Huhuhu..jangan marah aaa..
http://emo.huhiho.com

03 October, 2009

It's all about colour...

Apa? Apa?.. nothing meh..really.. Kaler ape?.. Hitam ke Biru... doesn't matter lah what colour. As long as we know it is the same bag..bertekak ala ala manja ngan bos aku semalam. Dia memang particular kalau bab bab macam nie. Walopon perkara tue remeh. Aku plak, selagi tak menimbulkan keraguan yang munasabah mahupun munasarawak, jalan jer laaa...sejam aku ngan boss aku berdebat pasal warna beg yang kami siasat. Nasib baik laa bigboss aku masuk campur. Kalau tak, sampai ke sudah, kes tak gerak lagi...http://emo.huhiho.com


Lepas tu, Pak Zali, salah seorang senior dalam unit aku plak dok kutuk Pak Arif  yang berkulit gelap ( aku paling muda, hensem dan kacak sikit laa dari diorang..sebab tue aku panggil diorang "Pak"). keh keh keh. Tapikan, dalam jabatan aku, yang mane berkulit gelap, semua kawin dua..huhuhuhu.. nasib baik aku sawo matang...


Beraya plak kat safety department, ade sorang staff diorang bergaya ngan rambut raya, kaler berkarat tue. (mungkin air kat umah dier tak brape elok...hehehehe..). Dengan bangganya dia..Bila ditanya "Lawa Rambut Cik Siti (bukan nama sebenar), buat kat mane? " soalku perli perli. " I buat kat bla bla bla bla bla bla..." hampir lima belas minit penerangan yang di berikan hanya untuk soalan tak berapa kerat tue...wow...nasib baik la kulit dier putih hidung,terletak (yer laa..idong sape plak tergantungkan kan kan). Nampak kena gak laa gaya. Yang sorang lagi lak, kulit ireng kate wong jowo...ade hati gak nak karatkan rambut..aduhaiiii...dah macam besi terbakar berkarat dah aku tengok..duhhhhh...http://emo.huhiho.com..tapi nasi tomato yang dia buat..sehdappppp....nyum nyum nyum..



Anyway... peberet kaler aku Biru ngan Hitam.. Apekah warnamu.......oret... till next time... see ya..
http://emo.huhiho.com