29 November, 2010

Nak menipu dengan taktik keji.

Pepagi buta, aku skodeng henpon aku dapat satu SMS

Ini ayah Tolong bagi credit mexis 50RM ke nombor baru ayah
0128640745
Ayah lgi ada msalah kat balai Police. ta payah caal sekejap ayah call.

Aku terus cerah bijik mata.
Apehal plak nie sampai ke balai polis nie? Ape kes?

Dalam kepala aku dah rancang nak transfer kredit online sambil mendail nombor yang di beri, bila benak aku yang agak mamai terpikir...

..Kejap. Apesal nombor dia pelik sangat? Bukan no henpon, tapi nombor talian yang hantar SMS.

+6285298316894

Cipan sungguh laaa..
Aku terus call no Ayahanda. Elok jer orang tua tue tengah keje.

Badigol soot sungguh laa. Nak menipu taktik macam nie.
Dah la lenggok SMS dia sama ngan ayah aku.

Korang korang.. sila berhati hati bila dapat SMS macam nie.
Tengok nombor pon dah tau dari mana.
Macam celaka!

28 November, 2010

Gawat der!

Dah dua hari rumah aku takde air.
Sangat seksa der. Bengong punya management. Nak tukau paip pon, jangan laa buat hujung minggu!
Kalau takde air, semua nak kena catu. Kencing pun kalau boleh sehari, sekali jer.

Bila takde air, aku kena pastikan aku tido malam tak mimpi basah.
Kang, nak kena mandi wajib plak, dah membazir air kat situ.

Dan.. korang tau,
bila masanya ia menjadi berganda ganda punya sengal keretapi?

Bila air takde, time tue laa kena cirit birit penangan air coke Pizza Hut!
Dua tiga round boleh lah tangki air menampung lagi. Lebih dari tue, sendiri mau ingat bila air paip dah mengalir macam kencing tikus.

Lepas tue, terpaksa aku berlari ke rumah member.
Hampeh, terkemut kemut aku menahan asakan bertubi tubi..


Bila nak ade air nie weiii!!!

27 November, 2010

Hati aku kata:

"Tak yah aaa.. esok ko nak kena datang lagi!"

Mulut aku kata :

"Aku dah janji doh..hari nie takde orang cover opis!"

***

Sampai di Opis,

Hati kata :

"Padan muka ko!"

Mulut aku kata :

"Cipan!"

***

Kalau aku tau, aku buat bodoh jer.
Boss kata takde sape cover opis hari nie..
Tipah Tertipu!



Hari nie aku rasa macam Tong Sampah.

Aku mencarut laju laju.


26 November, 2010

Orang berhajat jangan ditahan tahan..

"Pak Zali, Pak Zack panggil masuk meeting"

"Eii.. kejap, nak jumpa Mr. Tan!"

"Pak Zack kata urgent. Bos nak report cepat!"

Desak aku lagi.

"Alaaa.. "

"Li, mai masuk conference room jap!"

Pak Zack melambai kepada Pak Zali yang dah nak melangkah keluar dari opis.

Pak Zali dengan muka badak tak jumpa bini melangkah lemah masuk ke conference room.
Tarik kerusi dan duduk.

Pak Zack mula pot pet pot pet sambil yang lelain buat buat dengar.
Aku layan fesbuk jap.

Tetiba Pak Zack berhenti bercakap. Dia pandang muka Pak Zali dengan muka giler punya terseksa.

"Hang ka Li?"
soal Pak Zack sambil mengipas mukanya.

"Perghh.. bau bangkai!"

Aku berlari keluar dari Conference Room.

"Aku nak gie berak korang gie tahan sape suruh!"
Pak Zali dengan muka selamba tersengih sengih sambil menyenget dan melepaskan sedas lagi.
Kali nie tahap bom Nuklear bunyiknye.

Dan..kitorang terpaksa keluar dari conference room dengan agak lama.
Aku rasa melekat kat kerusi dua tiga jam kot.

25 November, 2010

Dengan sport rim sekali kena tibai!

Haishhh... apelah nak jadi!
Nak sapu, sapu la sebijik terus...

Haa.. ni, sape nak jawab?











tayar depan dah cabut..
Nasib baik depa tak sempat nak angkut!



24 November, 2010

haiyyaa.. mane ade!

Dengan kesunyian menyelubungi opis aku. Ketiadaan bos bos besar yang pegi Meeting, habis beras tinggal tin. Juga keredupan mentari pagi yang di lindungi oleh awan gelap menandakan hari nak hujann.. angkat kainn koranggg!!

Sambil melayan lagu Yang Paling Comel, aku menyiapkan statistik bulanan. Dengan penuh khusyuk dan tawadduk. Bila dah sampai feel nak keje tue, rasa macam best plak. Cuba time datang bengong kuali aku, hidangkan lah fail tinggi lapan inci kat sebelah, haram aku nak pandang. Layan blog lagi feel.

Aku godek godek excel, susun graf, padam, susun balik, masuk balik data, padam..senyum bila dah cantik, sengih-sengih sorang sorang. Padam. Tukar kaler graf. Padam..

"Arip, ko tengok L7 buat ape!"
suara garau Pak Zali berkumandang membantutkan syahwat aku nak buat keje.
Rupanya Pak Zali dari tadi memang dah berdiri di belakang aku.

Pak Arif datang ke meja aku.

"Astagfirullah.. hang lukis gambaq lucah ka Pit?"

"Mane ade!"

***


Aku cuma lukis graf der.

23 November, 2010

♣ Aku budak kampung : Sagun

Masa zaman terejal toyol dulu, aku suka makan makanan yang tak berapa nak kembangkan minda. Ape orang sekarang cakap? Kudapan? Aku tak pernah dengar pun sebelum nie perkataan tue. Asal dari mane eik?

Masa kecik kecik, aku suka makan Sagun aka Sagon.
Aku nak cerita pasal Sagun.
Sape tak kenal Sagun? Angkat kain!!!!

Ok ok.. turun kain.

Gambar ihsan Pakcik Google
Aku pernah tanya ngan member baik aku Is;

"Beb, sagun nie buat dari ape eik?"

"Ape ke lembab ko nie, buat dari sagu laa!"
 [..sape orang Muar, sila bercakap lenggok orang MuO!..]

Sejak dah pandai mentenet nie, aku gugel baru aku tau Sagun di buat dari kelapa. Ciss!.
Si Is pon dua kali lapan sama dengan lapan jugak lembabnya.
Temah tertipu.
Tapi tak kisah laa.. sedap dimakan begitu saja.

Dulu Sagun dibungkus dalam kertas yang di balut macam rokok. Panjang panjang. Susun empat lima batang dalam kocek baju.
Nak makan kena koyakkan hujung dia.

La nie, dibungkus dalam plastik aiskrim Malaysia.
Aku suka makan Sagun bila petang petang nak gie mengaji tue.
Makan Sagun korang tak leh bercakap. Tapi aku suka bercakap. Kengkadang saje nak kenakan kawan kawan.

Penuhkan mulut dengan Sagon, lepas tue korang try bercakap dengan perkataan yang bermula dengan huruf "S" dan "F". Mulut tue rapat sikit ngan muka member. Alamat memang penuh laa muka dia dengan serdak Sagun.
Lepas tue muka kau pun penuh gak ngan kesan tapak tangan anggun.

Tapi Sagun nie pun ade yang tak baiknya.
Nak makan dia, kena dongak, ketuk hujungnya.

Kalau tersedak,
..hematnya....mau keluar air mata buaya wooo..


Haishh.. jom beli Sagun..kita makan ramai-ramai tepi sungai!!!.

21 November, 2010

Lenkali jangan buat pasai..

Aku dapat SMS dari Bonda.

- Balik tak minggu nie?

- Tak tau lagi. Tapi tak ber uang nie, x balik kot.

- Kalau tak balik. Takpe la.

Semalam, pepagi buta aku dah packing barang. Terus drive balik ke Rawang. Aku tak call mak aku dulu. Bagi surprise sikit.
Dengan semangat yang membara jitu dan berkobar kobar, meredah jam dan tol bagai,
dua jam kemudian, sampailah aku dengan selamat depan rumah.


Pintu berkunci aku tak heran.
Takde kereta si Angah itu agak mengherankan.

Aku bagi salam.
Senyap.
Aku bagi salam lagi.
Senyap.
Salam kali ketiga.
Senyap.

Bak kata orang, tiga kali kita bagi salam tak jawab, kita blah jer la.
Tapi..ini rumah mak aku.

Aku keluarkan henpon.
Aku dail nombor Angah.

Di hujung talian, belum sempat Angah jawab;

"Woi,lu kat mane?"

"Along, ini Cik laa.."

"Eh..Cik. Angah mane?"

"Dia pergi pekan ngan Adik"

"Pekan? Kat mane nie?"

"Kampung laaa..."


***

Masa tue aku terasa lemah syahwat.
Nilai ke Rawang dua jam.
Nilai ke Muar dua jam.
Rawang ke Muar empat jam.

Aku keluarkan laptop. On. Bersila depan rumah aku.
Online sejam sambil mengepos status yang GEMBIRA sebelum drive balik ke Nilai.

Apesal laa aku tak telefon dulu sebelum gerak!!!!


KAWAII GADJET'S CONTEST

Ini first time juin kontest. Sebelum nie belom pernah pon. Ni nak juin kontes Mommy Pinky. Sajer jer nak try. Koh koh koh. Haa.. sape sape yang nak juin leh klik banner di bawah dah dilinkkan terus ke entri Contest beliau. (^_^). Syarat syarat pon semua ada kat sana.

Klik banner untuk ke Contest dan syarat syarat.

Entri saya sempoi jer Mommy Pinky.
Inipun kira entri jugak kan kan kan?
MP3 lagu ade kat tengah tengah. Ahaks..




Love Story oleh Taylor Swift - cover versi Melayu oleh Amri




Oleh kerana saya google kawaii keluar blog mommypinky, dan terus ke blog Kawaii Gadjet
so..
Referral saya ialah   Mommy Pinky

Kena tag minimum tiga orangkan.. baeklah..

Saje tag yang pompuan.
Diorangkan rajen juin kontes.
kan kan kan?
Koh koh koh..


P/s: kepada Mumblee Bee..yup entri ini memang untuk kontes. (^-^)v

19 November, 2010

Hari Jantan Sedonia

Hari Lelaki Sedonia
 
dengan
 
Hari Tandas Sedonia

disambut pada hari yang same?

Sheetttt!!!

***


Hahahahha... Diskriminasi nie!

Pak Zali kata:

"Bro, rambut baru potong ka?"

aku kata :

"Ha'ah..kacak tak?"

Pak Zali kata:

"Heh... kacak takde laa..tapi kalau kau pakai tudung, aku cakap ko cantek!"

Argghhhh... mak maskulin nyah!
Ok..ade sape sape nak suggest aku nak pakai shawl ape?


Selamat Hari Lelaki Sedonia...khas untuk mereka yang keras aje.


18 November, 2010

Hei Orca!

Hei Orca,
Di suatu petang belas tahun yang lalu,
di bawah para batu, aku lihat kau yang kecik comel duduk sambil memandang aku. Berbulu kelabu tetapi dada dan kaki berwarna putih. Aku gelak sebab ia kelihatan seperti stokin. Kau seperti kucing biasa cuma pada hujung telinga dan ekor kau berwarna putih. Itu yang membezakan kau dengan yang lain.



Aku tau, Cik ada semput dan alergik dengan bulu kucing. Alang lagi sadis sebab kalau dia nampak kucing, dia libas dengan penyapu lidi. Pendek kata, mana mana kucing yang tengah makan angin kalau bertembung dengan Alang akan mencicit lari tak jejak tanah. Tapi aku beranikan diri jugak untuk membawa kau pulang.

Nama kau ku beri bersempena nama ikan paus Orca. Hitam dan putih, cuma kau, kelabu dan putih. Tapi nama kau rare kan?

Alang yang bencikan kucing pun boleh get along dengan kau. Alang panggil kau si Kelabu. Cik pun takde masalah dengan kau. 

Kau tahu kenapa kau istimewa? Kerana kau sangat comel dan manja. Kau kucing aku yang pertama dan kau sangat istimewa. Bila kena marah, kau cuma duduk setempat, kembangkan dada dan memandang aku atau sesiapa dengan mata kau yang bulat. Sape sape pun takkan marah lama lama. Dan juga trademark kau yang suka sengetkan kepala bila sesiapa merenung atau bercakap dengan kau.


Kau jarang mengiau. Aku ingatkan kau bisu. Tapi kau memang jenis tak kecoh satu dunia. Dan rumah aku tidak lagi kedengaran bunyi tikus semenjak kau ada. Dah habis tiga generasi tikus kat rumah atuk kau kerjakan. Kau susun bawah dapur minyak atuk.

Kau temankan aku tidur. Kau temankan aku makan. Bila aku balik sekolah, kau mesti ada di depan pintu. Bila aku sibuk menonton Satria Baja Hitam, kau sibuk bertenggek atas peha aku. 

Tapi aku tak kisah. Tapi aku tau, kau minat tengok Moero Attack macam aku kan kan kan?. Dasar jantan!

Aku ingat hari itu, aku marah marah dan pukul kepala kau dengan kuat sebab koyakkan buku latihan aku. Kau macam biasa, duduk setempat memandang aku. Aku tak pandang kau pun. Hati aku masih marah. Tak lama kemudian kau keluar rumah mungkin untuk bermain.

Aku bergegas keluar rumah bila mendengar kau mengiau kuat seperti kesakitan. Dan hati aku luluh bila melihat kau terbaring tak bergerak di bawah kereta Tok Ngah. Aku berlari mendapatkan kau dan memangku kau di atas peha. Aku usap usap badan kau dan terasa ada tulang yang bergerak. Darah keluar dari hidung dan mulut kau.

Aku memanggil nama kau dengan suara tersekat-sekat, tapi tiada lagi mata comel yang menyahut panggilanku. Mata kau terpejam dan dengan susah payah kau menarik nafas. Dan aku masih memangku tubuh kecilmu ketika kau terkulai kaku. Aku kehilangan teman yang comel.

Aku sangat menyesal memukul kau pada hari itu. Walaupun kau seekor kucing, namun kau tetap makhluk yang ada perasaan sakit.

Tiada lagi peneman tidur, makan dan  menonton Moero Attack bersama sama. Dan semenjak hari itu, aku tak pernah lagi membela kucing. Dan aku amat benci mereka yang menganiaya spesismu.

Hei Orca,
Aku cuma ingin catatkan di sini, Terima Kasih kerana menjadi teman aku walaupun cuma setahun.





P/s: Yup, watak Orca ada dalam Clueless Mumble.

Malam..terdengar sepantun lagu..

Tadi petang..

Pak Zali kata :
"Kena balik awal woi. Malam nie Malam Jumaat, malam permintaan kaum ibu."

aku kata:
"Cit! Pak Zali, hari nie hari Rabu laa.."

Pak Zali kata:
"Eh..iye ker? Alaaa...Aku tiap tiap malam, malam Jumaat!"

***

Oihh.. dah pukul 1.30 pagi pon aku tak tido lagi. Buat ape woii.. Tunggu tikus? Aiyark.. kenapelah idea selalu datang malam malam sunyi bila pasangan berumah tangga lebih enak menguliti sesama sendiri tanpa rasa bersalah sehingga berlaku adegan...tetttttt...

aku dah kelaot..

Malam lagi best. Eh..malam nie takde bunyik cengkerik laa..diorang cuti raya lagi ker?

15 November, 2010

Payah kalau dah otai nie..

Bekerja dengan otai otai nie, kita kena berfikiran terbukak, bersedia menerima sebarang lawak lawak peringkat tertinggi yang tak terjangkau dek akal macam aku yang suci nie.
Ape yang ko merepek nie setan??

Tapi, itulah hakikatnya. Tapi kerja ngan otai nie memang best. Nak nak, satu kepala.
Masuk air. Kalau ko orang yang lurus macam pembaris besi, ade harapan menangis ter-esak-esak celah peti ais.

Pepagi buta, Pak Zali dah panggil aku menghadap beliau. Walopon beliau otai, tapi bab bab IT nie beliau agak kurang syahwat sikit.
IT jer..yang lain OK..

"Ade ape bro?"

"Ko tolong aku tukarkan password nie.. dier dah suruh tuko"

jawab Pak Zali.

"Alaa..senang jer.. macam nie.."


godek..godek..godek..godek..


"Ok..apa password lama?"

"Password lama?"

soal Pak Zali balik.

"Ha'ah.."

" Celah Bedah"
Jawab Pak Zali dengan muka konpiden.

"Apehal macam cipan password Pak Zali?"


"Dah tue.. itu jer yang senang aku ingat!"

jawab Pak Zali ..selamba tanpa rasa bersalah terhadap aku..


***

Pak Zali dah tukau password baru.
Aku tak tau ape perkataan yang hujung..tapi yang mula mula aku nampak dier taip CELAHCELAH jugak..

celah sape la plak yang jadik mangsa..
suke ati kome la yob!

14 November, 2010

Padan ngan muko eh..

Dah di bilang, jangan monyet..jangan.
Kau tue amatur, bukan pro..


Hah..skang..ghasokan..padan nan muko eh..

Arggggghhhh... tangan aku lenguh sebab main boling enam frame.
So..aku terpaksa cuti update blog yang laie satu sampai di beritahu nantik..


argghhh... nak urut. Omakkkkk!!!

13 November, 2010

Siri berSMS dengan Angah..

Aku paling tensen time aku tengah bernafsu nak mengerjakan kerja, time tue laa SMS nak masuk. Masa aku tengah bermalas malasan tujuh belas ratus kali tengok henpon kot kot ade SMS, takde plak nak masuk SMS.

SMS dari adik aku.

Bro, lu keje ka? Nk tanya ckit.
 

Apehal?

lu agak2, kmpeni bg 80k, gua leh survive x kt Jepun setaon?

Boleh jer. Kalau 80k, yang kedekut taik idom masin macam lu leh survive lapan taon. Asalkan lu jgn beli buku blue kt sana sudah..kalau x, 80k pon x cukup. Bila nak gie?

Entah. Mcm malas nk gie.
 

Lu gilak laa.. org len berebut nk gie. Lu tolak rezki. Kalau lu lepak sana, gua ada harapan nk ke Jepun. Kurang2 gua dah x yah pk pasal hotel.

Gua tengah pk nk gie ke x

Kalau gua, gua sapu jer beb!

Gua tgh pk nak gie ke x, sbb membr gua kate, kt sane kena mndi bogel ramai2



***

Kesian adik aku.


10 November, 2010

Atas ke bawah?

Kehidupan yang penuh dengan cabaran (cewah). Kerja kerja kerja. Sampai dapo aku pun dah tak berapa nak berasap sangat.

Diet aku lagi laa ke laot. Nasib baik berat masih menten. Habis kerja, terus aku singgah mamak. Hampeh ker idak, mamak nie lansom takde wifi free.

Setelah mengambil port paling baik tengok awek cun berpeluh ketiak mengipas sate, aku panggil pelayan.
Aku order teh tiga lapis. 

Aku sangat la dummy tahap belanga ngan teh tiga lapis nie. Korang tolong ajo sikit, macam mane nak minum? Sedut layer by layer ker, atau  kacau dulu? Aku kacau macam tak sedap jer rasa dia.

Mamat tue masih lagi berdiri depan aku. 
Aku order menu yang nampak pelik bagi aku...first time gak try.



***

"Berapa telur abang? Mau letak atas ka bawah?

Bila aku order Roti Telur Tampal Special.
Tersedak air liur aku di buatnya.


Cipan..
atas ke bawah, ade aku kisah?

***

09 November, 2010

Lenkali berlapik sikit bila berborak ngan boss..

Pagi tadi di kafe opis.

"Kita punya next sessi special assignment , 3 haribulan!"
Pak Zali mengomel sambil mengais nasik lemak sambal sotongnya.

"Okeyh. Exco exco Kelab Muda Mudi, sila ambil perhatian"
Pak Zack mengingatkan yang lain.

"Bila lantik exco nie? Siapa Pengerusi?"
soal aku

"Saya la pengerusi. Tapi macam biasa laa..sebelum pukul sepuluh, pengerusi balik dulu, exco teruskan agenda sampai malam!"
jawab Pak Zack.

"Kalau Pengerusi balik sebelum pukul sepuluh, kena tukar nama kelab la..tak leh guna nama Kelab Muda Mudi.."

"Abis tue..nak buh nama apa?"
soal Pak Zack sambil memandang aku.


"Kelab Mickey Mouse!"



***

Hampeh.
Aku kena bayar sendiri sarapan pagi tadi.

07 November, 2010

Kalaulah dulu aku nie bijak sikit..

Masa kecik korang pernah main Tikkam tikkam?
Tak pernah? Bagus.. bukan elok pun.

Sebagai bakal lanun di masa hadapan, aku pernah terjebak dengan tikkam tikkam nie.
Aku salahkan Ah Lek seratus peratus sebab dia mengajar aku berjudi sewaktu aku masih lagi suci teruna. Tapi ..anak Ah Lek lawa..

Masa aku kecik..

Kalau ade seringgit, dalam kepala bersepah benda nak di beli. Tora ngan Ding Dang pun leh dapat..

Macam bese, port perabih duit aku ade laa kedai Ah Lek. Walopon kedai dia aku kentut pun bumbung boleh roboh..tapi Ah Lek nie kaye.
Korang baru nak bisim bisim satu Malaysia..kampung aku, Melayu Cina India semua dah satu Malaysia. Tue, sepupu Ah Lek si Goncong tue leh cakap Jawa, abang Ravi boleh baca Jawi, Abang Mat Tembak leh cakap Tamil ngan Mandarin.. lagi satu Malaysia..

Kemana aku melalut..ok.. bak kate orang, apa yang kita nak, belum tentu kita dapat..

Yang penting..berusaha dengan lebih gigih..

Soal terkorban semasa berusaha tue belakang cerita..

..yang penting..KEPUASAN. 
Walaupun pada masa tue..tak sedo..diri tue dah kena tipu.

Ya Adik adik..judi itu haram. Berdosa..
Nanti masuk Neraka!
Padan muka!

06 November, 2010

Patut laaa...

Member aku kata :

"Lu kalau bukan pompuan comel, kiut, body macam gitar, dada kencang, atau lu lelaki, muka tak kacak, dah la tak kacak, tak nak tayang kat blog, entri takde lucah lucah, takde maki sane maki sini, lu baca sorang sorang laaa lu punye entri!"

...Bila aku cerita pasal trapik blog.


***


Terus aku insaf der..

04 November, 2010

Pesan otai..

Abang sepupu aku cakap:


" Zaman sekarang..Kalau tak six pack, jangan berangan nak tackle awek sambil basuh kereta pakai boxer!"

sambil beliau meng-iron boxer kaler Turquoise.

***


03 November, 2010

Orca the Stapler

Gua nak kenalkan peliharaan gua..


Ini Orca, stapler belaan gua yang di kategorikan sebagai rare-breed. Gua dah bela dia lama dah, semenjak gua belajar lagi. So, Orca nie gua kategorikan beliau sebagai old-timer laa.

Walaupun old-timer, beliau gua kategorikan sebagai friendly laa. Sebab bila masa gua perlukan dia, dia sentiasa ada. Talak sombong punya...

Bestnya ada si Orca nie, bila gua suruh gigit, dier gigit. Mulut dia punyalah power. Kalau gua suruh dia gigit 20 keping kertas AA, sekali gigit jer, terus tak leh cabut cabut lagi. Tapi itu dulu laa..masa beliau masih muda.

La nie dah kategori Old-timer kan..gigit sekali, melekat gigi ngan rahang. Macam kena kancing gigi.. menggelepar nak lepas..tapi..gua tak kisah. Bila tepuk tepuk kepala dier, dier ok la balik.

Kalau gua tak suruh dia buat tue buat ini, dier akan buat aksi aksi manja..contohnya macam nie..

..ataupun macam nie..

Baring baring sebelah laptop gua. Dier ingat gua boleh cair terpedaya dengan aksi dier. Tak dapek do...

Kalau bab makan, Orca agak cerewet. 
Setakat biskut raya dua bulan lepas dia tak layan.. pandang pun tak..

Tapi kalau gua letak Ferrero Rondnoir atas meja, laju jer dier datang. Dasar materialistik.. lempang kang. Tapi dier tak makan, dier ambik bau jer. Entah ape pesen punya belaan.


Si Orca nie, ada jer kat mana mana atas meja gua. Kadang kadang masa gua tengak syiok syiok melukis, dier pun menyibuk sekali. Kadang kadang gua terpaksa angkat dier, letak jejauh sikit sebab mengganggu. Tapi kadang kadang jugak, gua biarkan jer, sebab dier boleh jadi  paper-weight.

Kalau bab bergurau, Si Orca nie agak kasar sikit. Teman rapat dier atas meja si mouse hijau tue dah berapa kali kena buli. Kelepuk kelepak dier tindih. Tak sedo diri dier tue berat macam lesung batu. Selalunya dier buat macam tue biler gua tak perasan. Kalau gua perasan, takde la plak dier hentak kuat kuat kawan tue.

Kalau gua tengah blogging, dier pun sekali la nak menyibuk. Menyibuk jer..bukannya paham pon.
tapi..
yang paling gua tak leh blah..



Si Orca nie ade fesbuk dowh.. tengok, ternganga biler ngadap fesbuk.
Entah biler dier create account, gua pun tak tau. Gua tanya lu buat ape ngan akaun fesbuk? Dier kate, dier nak carik kawan kawan dier satu batch masa kat kilang dulu. Gua malas nak layan. Dier nak mintak chip nak main poker, gua kater judi tue haram.

..friendlist dier lagi ramai dari gua... cam chicklucker.

Oh..lupe lak nak bagitau..
lu orang kalau jantan, tak yah buang masa susah susah add dier dalam friendlist. Lebih baik lu add gua.

Sebab Orca approve awek jer.
Kalau lu jantan, dier rejek lu tanpa belas kasihan.



02 November, 2010

Special assignment

"Wei bro, masuk bilik meeting,  Pak Zack nak jumpa semua!"
Pak Zali menepuk bahu aku.

"Ade ape?"


Pak Zali angkat bahu.

Di dalam bilik meeting.

"Macam kita bincangkan minggu lepas untuk assignment kita nie"
Pak Zack, bos aku memulakan meeting.

"Visa saya terhad...kena fly balik awal"
Kata Pak Zack.

"Ape la Pak Zack, pie apply visa terhad sape suruh!"

Aku perangatkan Pak Zack.

"Alaa..dah dapat visa pun kira nasib baik!"
jawab Pak Zack tersengih sengih.

"Lanjutkan laa sikit lagi!"
saran Pak Zali.

"Tak boleh. Kena la ikut peraturan!"
balas Pak Zack.


"Bro, ko biase tempat tue kan?"
soal Pak Zali kepada aku.

Aku mengangguk.


***

Malam
Bilik special assignment.
Lokasi dirahsiakan.

 Pak Zack pilih , Pak Zali pekena dulu.

"Hah, cepat! Lepas nie saya! Lagu apa lagi ada?"
Jerit Pak Zack.

"Pak Zack, visa Pak Zack dah tamat sejam tadi. Kang Home Secretary kunci pintu rumah kang!"


***

Selesai special assignment sebelum balik, belum sempat sampai ke kereta, Pak Zack patah balik;


"Bulan depan kita buat special assignment lagi. Sapa tak nak join, hantar saya surat tunjuk sebab sepuluh usul!"
 

Err..haruskah?

01 November, 2010

Anti-klimaks!

Dah tabiat aku, kalau kat rumah, speaker laptop aku burst sampai atass. Lepas tue, bukak Utiub layan lagu Muse atau Linkin Park..

Bila dah nak tido, aku terus off laptop.

Pepagi buta, sampai opis, aku keluarkan laptop, on, jolok BieBie kesayangan yang banyak kerenah. Nak kena tunggu dier turn-on dulu, nak warm up dulu baru nak layan aku...jangan ngengade lelebih sangat Biebie, lu ngan gua dah tamat tempoh edah. Gua cari lain kang!

Sambil aku belek email guna PC opis, aku on blog guna laptop. Aku klik link blog yang aku follow kat dashboard yang dah apdet.

Plip plip terus kuar, walopon status kat bawah masih loading.

Sambil tue, aku kaber kaber line lah jugak. Baca blog orang sama penting macam baca sotkabo. Tak baca tak senang duduk.

Aku baca perenggan pertama..perenggan kedua...
baru nak sampai klimak bila tetiba....


Laptop aku menyanyi nyaring dengan lagu Justin Bibir!

Nyaris aku kejung terkejut depan laptop!
Cepat cepat aku pangkah blog tue sebab aku gelabah tak jumpe button mute.

Iyer. Ade blog yang sangat menyetimkan entrinya..
tapi ada lagu Gei yang buat aku tak sempat klimaks!
 

Hunsff! Hunsff! Hunsff!


Aku Zombie

Aku kata:
"Mereka punya lidah, tapi bukan semua tahu menggunakannya"

Abang Lan kata :
"Aku guna untuk mengecat!"

Macam cipan!

***

Otak aku tertinggal di atas meja.
Hati aku tertinggal di rumah
Mata aku mampu tembus segala galanya. Jaga jaga.
Mulut aku berkata kata tapi tiada siapa mentafsirnya.
Frodo cerita pasal coli dan dada
aku tak faham.

Hanya raga berjalan.


Iyer.
Aku siapa?