30 December, 2012

Top 3 - Kotak Pensil paling lejen zaman persekolahan aku

Zaman persekolahan memang best.
Zaman aku bersekolah dulu pun memang happening.
Aku ingat nak imbau kenangan kenangan zaman persekolahan semula lah. 
Oleh itu aku mulakan dengan yang ini dulu... yang lain kita bincangkan kemudian.

Zaman persekolahan bukan setakat nak timba ilmu. Selalunya disinilah adalah dimana bebudak sekolah menunjukkan harta harta mereka. Masing masing tak nak mengalah.
Terutamanya.. Pencil Case atau bebudak sekolah panggil Kotak Pensil 
Kotak pensil apa paling femes dulu dulu... 

Tempat Ketiga

Kotak pensil ini masa dedulu aku rasa sangat lejen. Bertingkat der. Kira zaman tue tak pernah jumpa, jadi peghak sikit laa..dibuat dari zing, kadang kadang plastik.. aku punya dulu aku dapat hadiah beli Milo. Memang bangga gila bila guna. Tapi sekejap jer laa.. dah lama lama, aku rasa kotak pensil nie lebih kepada kosmetik kerana praktikalnya.. pretty useless. 

Jenis macam aku, aku suka bawa pensil pen dan pemadam yang banyak. Kengkadang aku isi marker. Kotak Pensil jenis ini tak boleh simpan pen menimbun. Dan, tingkat dia yang selalu lari dari rel menyebabkan ia tak boleh ditutup. Mangkuk Tingkat sungguh... Aku guna dua bulan jer.. lepas tue..aku campak dari tingkat 3.. aku cari kotak pensil lain.


Tempat kedua

Kotak Pensil Dua kompartmen. Ia ada dua lid atas dan bawah. Biasanya, salah satu kompartmen adalah lebih cetek dari yang satu lagi. Pretty cool though. Penutupnya bermagnet, ada poket plastik yang boleh letak jadual sekolah, letak gambo awek. Nak access ke alatan tulis juga senang terima kasih kepada teknologi magnetnya. Siap ada pengasah pensil bina dalam. siap boleh cabut lagi. cool giler.

Tapi drawback dia banyakkkk.. Pun tak boleh nak simpan pensil dan pen yang banyak. Kalau banyak, penutup dia takkan melekat pada magnet. Dan lagi, bila lama lama, magnet dia jadi lemah, kau flip ke compartment satu lagi, alamat berteraburlah pensil kau ke lantai bila penutup compartment bawah terbuka.
blerghh.. tak sesuai kepada pelajar lelaki yang menjaga imej terhadap awek-awek.

Tempat Pertama
Dalam banyak banyak pencil case aku, aku paling suka yang ini. Sekarang susah nak jumpa sebab orang dah tak guna VHS lagi. Kalau guna pon, kotak dia jenis slide-in. tak cool.
Takkan nak guna kotak DVD plak kan.. apa baranggg.. 
Aku punya VHS Box pencil case aku rembat dari VHS Michael Doohan Story milik ayah aku. Kaler dia yang oren tue yang buat dia mahal.

Boleh sumbat seberapa banyak pensil, pen dan pemadam yang aku mahu. Dek kerana aku suka Drawing Pen, kotak ini paling praktikal. Penutup dia ketat dan saiznya sedang sedang elok sedap masuk dalam beg silang.
Yang paling best, dia ada sampul plastik di luar. Aku letak lukisan yang aku lukis dan.. jadilah custom made pencil case. Apa yang kau letakkan bawah sampul plastik tersebut adalah statement of genuinity. 
Masing masing ada gaya masing masing. 
Cool giler.. at least.. pada masa tersebut.
Aku guna pencil case nie sampai aku habis belajo di UiTM.
koh koh koh...
La nie.. payah bebeno nak jumpa.. pfffttt.. ~



So, korang punya top 3 Kotak Pensil plak yang mana?
koh koh koh


25 December, 2012

Keputusan Le Lanun Ranggi Contest 2012


Ho ho ho.. terima kasih kepada kesemua peserta yang join contest Lanun Ranggi. Aku ingatkan tak ramai yang sudi join XD
Korang punya entri semua power power sampai aku naik pening. Jadi terpaksa aku berhempas pulas tombol pintu lima hari memilih pemenang. Aku pilih 7 yang terbaik. Kalau ikutkan hati, semua aku nak bagi menang
tapi.. tapi...

Aku print kan kesemuanya dan suruh 3 orang member opis aku pilih 3 yang terbaik tanpa memberitahu tujuan. 
Dan keputusannya secara sebulat suara ialah

Pemenang Pertama


Pemenang Kedua


Pemenang Ketiga



Hadiah Khas
Aku takde cerita pasal hadiah khas kan? Tapi bersempena dengan Birthday aku hari ini, aku nak bagi hadiah ke korang pengomen tegar blog Lanun Ranggi..ho ho ho..hadiah apa? Biarlah rahsia XD ho ho ho..Tanpa pengomen tegar, apa ada pada blog Lanun Ranggi kann..

oleh itu

dari senarai pengomen tegar dibawah, aku pilih tiga yang bertuah dengan random generator.


dan mereka ialah






Tahniah kepada semua pemenang. Sila e-mailkan alamat korang ke aujinz@yahoo.com
Kepada yang lain, jangan kecewa dan kecik hati, cuba lagi di contest tahun hadapan.
إن شاء الله
XD

P/s: Kepada pemenang Hadiah Khas, hadiah korang mungkin lambat sikit sampai. XD

Lanun Ranggi

22 December, 2012

Sempoi Pai Epal untuk orang yang malas menguli



. Tetiba teringin nak makan epal Pai. Nak ke McD, nanti korang kata aku tak sensitif. So, marilah kita buat Epal Pai sendiri.

Ini resepi aku yang terakhir yang ke lapan. Koff....Oleh kerana aku pemalas,aku masak pon nak sempoi sempoi jer, bahan pon nak sempoi sempoi jer, buat dia pon nak sempoi sempoi jer..

jadi,
aku cipta Pai Epal Sempoi Lanun Ranggi (untuk orang yang malas). Resepi ini terjadi dek kerana aku lambat bangun nak pergi kerja, dah tak sempat nak menguli dan malas nak menguli.
Siap dalam masa 15 minit


bebahan yang sempoi:
2 bijik epal hijo
4 sudu besar gula perang (Brown Sugar)
1 sudu teh tepung jagung (Corn starch)
1 sudu teh serbuk kayu manis (Cinnamon)
1/2 sudu teh serbuk buah pala (Nutmeg)

8 keping roti putih
1 biji telur

cara sempoi nak buat:


1. Potong dadu epal hijau korang. Jangan tiru gambo di atas. Itu aku malas. Lepas dah ambik gambo baru aku dadu kekecik.


2. Wapkan roti putih korang sekejap. Ini untuk mengubah struktur roti (kemain). Tak nak wapkan pon takpe, cuma crust tak garing jer laa.. Dah wap, gelek. Yang korang bergelek Inul kenapa? Gelek roti korang sampai nipis. ai ai ai

3. Inti sempoi: Masukkan epal korang dalam sos pan. Nak guna kuali pon boleh asalkan mak tak marah. Masukkan 4  sudu besar gula perang. Ikut suka korang. Nak manis..tambah lagi. Nak kena kencing manis, bubuh sebaldi. 
Taburkan cinnamon powder. Lagi banyak lagi wangi. 
Taburkan Nutmeg Powder plak. (Amaran, serbuk buah pala menerbitkan aroma berangin pada inti pai. kalau suka, letak banyak, kalau tak, letak sikit sahaja pon dah sempoii..)

4. Masukkan air sedikit. Tak payah banyak, bila epal lembut, otomatik air dia akan bertambah. dah cukup lembut, masukkan 1 sudu teh tepung Jagung. Adjust ikut kepekatan. Tepung jagung akan buat korang punya inti jadi likat. Siap. Sejukkan inti. Sempoi kan?

5. Guna pastri brush, oleskan telur yang dah dipukul pada permukaan roti. Letakkan inti epal korang yang sempoi tadi.

6. Lipat sempoi jer. tekan hujung roti dengan garfu. Sempoi kan?

7. Oleskan pai mini korang dengan lapisan nipis telur (renjiskan sedikit nutmeg dalam telur untuk lebih aroma)  dengan pastri brush. Sempoiiii..

8. Gorengkan pai korang dalam minyak panas berapi sederhana atau kecik (Bergantung kepada tebal atau nipis kuali korang) sehingga kuning keemasan. ... Siapppppppp..
Sempoi dak? 

Resepi nie untuk orang yang sempoi, yang suka makanan sempoi, suka masak sesempoi yang boleh dan tak suka menguli. Nampak tak betapa banyak sempoinya resepi ini.
P/s: Sedap dimakan di kala masih panas di waktu pagi atau petang.


Ini resepi sarapan aku buat semalam.
Pagi ni, aku sarapan menda alah ini.


Koh koh koh.. nak resepi? tekan button silang sudip dibawah header blog.
Selamat bersarapan.

Ada yang dah cuba resepi Pai Sempoi. Kita baca apa kata mereka

19 December, 2012

Ikut awaklah.. ~




 Ikut kita tapi bila kita bagi cadangan, eh.. kena rejek laa plak..
tak kira laa kawan ker, pasangan ker.. ada jer yang macam nie..

Nie siapa yang ada pasangan yang jenis macam nie..
atau diri sendiri jenis macam tue..
bawak bawak laa berubah..
payah nak buat keputusan, tahu?!





17 December, 2012

Mini Troll 2




Sememangnya dia tak lukis apa apa.
Dia cuma suruh aku tengok kertas kosong yang dia lipat lipat lipat lipat...
lepas tue dia buka dan nampak laa kesan lipat lipat tue
yang pada dia cantik.


Ceh..
iya iya jer aku ingat dia lukis something...


15 December, 2012

Spesis yang mampu menguasai dunia





Entah kenapa, lipas terbang lebih digeruni dari lipas yang melepak 
saja saja di atas dinding troll orang.

Tapi dengan aku, lipas yang terbang depan aku adalah kesilapan besar..

Sebab itu agaknya lipas lebih memilih berlari tak cukup kaki dari terbang 
depan aku.
koh koh koh

P/s: Entri ini adalah entri respon kepada entri dak cEro dan Si nazha Anua
koh koh koh

12 December, 2012

Pari Pari Biskut

Aku suka stokkan biskut kegemaran aku, Munchy's Muzic . Kalau aku beli, aku beli sekali banyak dan letakkan dalam balang.
Time tengok tv ke, time online ker, aku hadap biskut tue.

tapi minggu lepas bila aku check biskut aku, aku tengok makin lama makin sikit walaupun
aku tak makan. Musykill gak aku.. 
So, bila aku rasa ruang tamu senyap cuma kedengaran suara tv, perlahan lahan aku 
skodeng situasi...

dan aku dapat tangkap Pari Pari yang curi biskut aku...
Pose budak kantoi ambik biskut itu hari... kah kah kah.. 

Patut laa biskut aku makin lama makin kurang.
Ada Pari Pari Biskut rupanya..
La nie, aku stokkan Biskut Beras kegemaran dia..tapi.. biskut aku tetap luak jugak..
Koh koh koh


10 December, 2012

Le Lanun Ranggi Contest

Ola Ranggiers XD
Bersempena dengan er.. entah berapa lama aku berblog,
dan seperti yang dah diwarwarkan pada entri terdahulu serta Page FB Lanun Ranggi
Hari nie, Lanun Ranggi akan adakan kontes, khas untuk pembaca blog merapu gaban ini.
Korang dah ready?

Hoist the colours!!! Hee-hooo!!!
Contest Banner


Hah.. senang jer kontes nie, korang save image di bawah.
Isikan Dialog bubble dengan dialog sengal korang sendiri..
dan publish di blog korang.
Senang jer kannn...



Syarat syaratnya?

Aaaaa.. begini syaratnya *gulung rokok daun*

Syarat-Syarat
1. Korang kena ada blog. (Yang tak pirate private)
2. Korang kena ada akaun blogger ataupun Wordpress. Anonymous, maafkan saya ya.. XD

3. Copy dan paste contest banner di atas, linkkan ke entri ini, ingat..ENTRI INI..(siapa link ke blog, memang kena jentik telinga dia. (!) 

4. Buat satu entri khas untuk kontes ini. Korang isikan dialog bubble kartun di atas dengan ayat dan kreativiti korang sendiri, tempelkan dalam entri tersebut. Sekiranya korang isi dengan tulisan tangan dan scan, pastikan tulisan boleh dibaca tanpa perlu belek belek, kais kais, genyeh-genyeh biji mata atau menggunakan kanta pembesar. (..Abang rabun, dik..)
Bersempena dengan konsep blog ini yang santai, dialog yang paling menarik, lawak dan sengal ada harapan tinggi untuk terbang..er.. maksud saya menang.

5. Dialog yang menyentuh sensitiviti masyarakat, lucah dan tidak sepatutnya akan terbatal penyertaan (!) (..Nanti mak marah..)

6. Korang kena post link entri di sini habis lambat pun pada 20 Disember 2012 sebelum 12.00 tengah malam.

7. Pemenang akan dipilih berdasarkan entri terbaik, memenuhi syarat dan bodekkan melambung..(ok. yang last tue boleh abaikan..koff..). Keputusan adalah muktamad. Surat menyurat tidak akan dilayan kecuali surat ajak berkapel. koff ~


Apa hadiahnya?

Cadangnya aku nak bagi kapal persiaran sebijik, tapi malangnya aku Lanun pencen yang miskin, harta karun pun dah kena sita. 
So yang aku mampu cuma ini sahaja... koff ~

Tempat Pertama:
Sebiji Mug Lanun Ranggi Edisi Terhad

dan ini..
Dua ketul Fridge Magnet (warna adalah random)



Tempat Kedua :
Sebiji Mug Lanun Ranggi Edisi Terhad


Tempat ketiga :
Dua ketul Fridge Magnet (Warna adalah random)



P/s:
Hadiah tiada kena mengena antara Malaysia dan Thailand malam tadi.. XD
Lanun miskin, korang faham faham jer la kan.. XD
So, harapnya korang sudilah join ya.
Selamat melanun..
koh koh koh

06 December, 2012

Pesen Pelupa Ya amat..




Yang ini kali ketiga jadi benda yang sama..
Itu hari aku beli santan, dah bayo, terus aku masuk kereta, balik rumah.
Terpaksa aku turun menapak balik nak kutip santan yang tercicir.
Nasib baik dekat.

Kali kedua pulak, masa aku ke pasar malam beli kebab.
brader tue letak depan aku, aku yang tangan penuh ala ala suami yang turun tolong bini beli sayur,
alihkan barang dari tangan kanan ke tangan kiri, hulur duit. ambik baki dan blah.
Ate dah sampai ghumah idok ler teman ghajen nak patah balik.
berkeroncong lapo ler perut malam tue..

Yang Coke nie, 
tak kuasa aku nak patah balik.
Walopom awek kaunter tue cun...
Jauhhh tueeeee...

Nak kena minum Pati Ayam Brand ke 
..makan kismis lapan belas kotak nie?

01 December, 2012

Power tak power laa ~

Setiap kali aku jaga Mem Kecik, aku takkan ada harapan nak tengok rancangan kegemaran aku si TV. Biasanya, aku cuma boleh tengok bila dia dah tido.. 
tapi...




Walaupun mata pejam, dia boleh tengok Dora sambil tido.
Kau mampu?
tapi kalau dia takde botol susu kat mulut laa...
Haishh.. kalau aku jaga dia seharian, dari pagi sampai ke malam channel tak pernah lari dari 610 sampai 615.
Padan muka. Sape suruh aku gatal gie langgan channel nie.
Ai ai ai..

Sekarang nie pun. dia tengah tengok Disney Fairy Tales kat Astro..
grrrr.. tapi aku pun layan sekali..
koh koh koh